Misi : Aku Tak Nak Tinggalkan Kau

2.1K 168 16
                                    

Boboiboy : Eh?

Boboiboy melihat ke bawah. Ada seekor kucing mengusapkan kepalanya pada kaki Boboiboy. Tapi ianya bukan kucing biasa. Ianya...

Boboiboy : Cattus?!?!

Ya, itu adalah Cattus. Cattus mengusap kepalanya pada kaki Boboiboy dengan manjanya sambil mengiaw.

Cattus : Meow!

Boboiboy mengangkat Cattus ke atas dan memeluknya di dalam pelukkannya. Cattus mem purr di dalam pelukkan Boboiboy.

Boboiboy : Macam mana kau boleh datang sampai ke sini, Cattus?
??? : Biar aku yang jawapkan.

Terdengar suara kecil seperti kanak kanak datang dari leher Cattus. Ya, siapa lagi. Dialah Bellbot. Power spera yang telah memberi Cattus kuasa dan berjaya buat Cattus bertahan hidup bersendirian setelah lari dari rumahnya. Boboiboy terkejut melihat Bellbot.

Boboiboy : Bellbot?
Bellbot : Ya, Boboiboy! Ni aku. Dah lama kita tak berjumpa.
Boboiboy : Hehe. Betul. Dah hampir 3 bulan, kan?
Bellbot : Hm! *angguk*
Boboiboy : Jadi, jawaplah. Macam mana korang boleh datang ke sini?
Bellbot : Oh, ya. Cattus sebenarnya nak berjumpa dengan kau lagi. Dia tak nak tinggalkan penyelamat dia.
Boboiboy : Penyelamat dia?
Bellbot : Ya, Boboiboy. Kan kau yang telah selamatkan Cattus dari Adudu dan A.B.A.M. Cattus tak mahu tinggalkan penyelamat dia, iaitu kau. Nasib baik aku ni power spera. Aku berjaya mendapatkan lokasi kau dan telah datang ke sini. Cattus sangat gembira bila dapat jumpa dengan kau. Kan Cattus?
Cattus : Meow!

Boboiboy hanya mampu tersenyum mendengar balasan dari mereka berdua. Dia ada kawan lagi rupanya. Tak adalah dia kesunyian kalau yang lain ada misi. Boboiboy memeluk mereka berdua erat, tidak kesah dengan sakit yang dirasai bila duri Cattus menusuk tangannya.

Boboiboy : Korang tinggallah dengan aku.
Bellbot : Tinggal dengan kau?
Boboiboy : Ya. Tinggal dengan aku di M.A.T.A. Kita mulakan hidup baru. Kita tak perlukan TAPOPS lagi. Mereka hanya pentingkan kekuatan dan kuasa sahaja. Kalau ada yang lemah, mereka akan dilupakan. Kalau waktu senang, mereka lupakan kita, kalau susah, waktu tu lah nak cari kita. Kita tak perlu kan orang macam mereka dalam hidup kita. Korang nak?

Bellbot dan Cattus memandang sesama sendiri. Mereka menggangguk. Bellbot pun pandang semula ke Boboiboy.

Bellbot : Aku dan Cattus setuju untuk ikut kau, Boboiboy! Betul cakap kau. Kalau mereka tak perlukan kita, kita pun tak perlukan mereka.

Boboiboy tersenyum mendengarnya. Boboiboy pun meletakkan Cattus dan Bellbot di atas bahunya. Boboiboy pun berjalan menuju ke M.A.T.A semula.

Skip time, di dalam M.A.T.A, mereka berjalan menuju ke bilik utama. Boboiboy ingin mendapatkan kebenaran Jeneral untuk Cattus dan Bellbot tinggal bersamanya di M.A.T.A.

Mereka pun sampai di bilik utama M.A.T.A. Boboiboy mengetuk pintu bilik itu. Jeneral pun memanggil Boboibpy masuk dari dalam.

Jeneral : Masuklah!

Boboiboy pun masuk ke dalam bilik itu. Jeneral Rama Rama Terbang Tinggi Sampai Nusaigima, seperti biasa, duduk di atas kerusi besi BeSaRrRrRrnya.

Jeneral : Kenapa Ejen Khairul mahu berjumpa saya kali ni?
Boboiboy : Er.... Saya mahu minta kebenaran.
Jeneral : Kebenaran? Kebenaran apa?

Cattus dan Bellbot pun melompat ke atas bahu Boboiboy. Jeneral terkejut bila tiba tiba ada kucing hijau mendarat di bahu Boboiboy.

Boboiboy : Saya mahukan kebenaran untuk kucing saya tinggil di M.A.T.A. Boleh ke, Jeneral?
Jeneral : Hm... Boleh. Tapi. Sebelum tu, saya mahu tahu. Kucing ni ada apa apa keistimewaan ke? Dia boleh berlawan?
Boboiboy : Ya, Jeneral. Dengan bantuan kolar di lehernya, dia boleh menjadi besar dan menyerang musuh dengan Ganas.

Jeneral nampaknya berminat dengan apa yang Boboiboy katakan.

Jeneral : Lagi?
Boboiboy : Dia bukanlah kucing biasa. Dia seperti mutasi antara kucing dan pokok kaktus. Sebab tulah namanya Cattus. Ekornya boleh mengeluarkan duri duri tajam sama seperti pokok kaktus dan menusuk orang lain.
Jeneral : Hm... Menarik! Memang boleh dibuat ejen. Sama seperti kucing milik Ali.
Boboiboy : Eh? Ali ada kucing?
Jeneral : Ya. Namanya comot. Dialah haiwan pertama yang telah menjadi ejen di M.A.T.A. Dan nampaknya, dia dah ada kawan baru.
Boboiboy : Jadi, Cattus boleh tinggal sini dan jadi ejen, Jeneral?
Jeneral : Ya, Ejen Khairul! Kamu memang pandai mencari ahli baru untuk menjadi Ejen di M.A.T.A. Kerana kamu, M.A.T.A telah menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Memang tak sia sia saya suruh mereka culik kamu 2 bulan yang lalu. Kamu pun selalu lakukan misi kamu dengan berjaya. Terima kasih, Ejen Khairul.
Boboiboy : Sama sama, Jeneral. Saya lakukan semua ni pun, untuk selamatkan Cyberaya dan mahu kawan kawan saya berada di sisi saya. Saya minta diri dulu, Jeneral.
Jeneral : Baiklah, Ejen Khairul.

Boboiboy pun keluar dari bilik itu, bersama Cattus dan Bellbot.





700 perkataan

Yay! 2 episode sehari! Cattus pun dah masuk M.A.T.A! Makin banyak ahli M.A.T.A sekarang! Author pergi dulu! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 2 : Kembalilah Bersama Kami (Complete) Where stories live. Discover now