" tak. " balas Felicia lantas tertawa memperlekehkan. Ray berubah raut, menjadi keliru. " itu langsung tak membimbangkan aku. " tambah Felicia lagi dengan sisa tawa.

" Alana tu lemah. Emosinya kuat memainkan peranan pada diri dia. Dia malah tak tahu dia tu apa sebenarnya. Mustahil dia akan terima diri dia jika dia tahu dia tu apa sebenarnya. "

Felicia mengukirkan senyuman yang penuh isi tersirat. Ray hanya mendiamkan diri, wajahnya ditundukkan. Tattoo pada lengannya dilihat sekilas sebelum melirikkan matanya ke arah Felicia.

" jadi apa yang bonda bimbangkan? "

Senyuman Felicia mengendur. Matanya redup memandang Ray sebelum dia membalas pertanyaan gadis itu.

" Pihak yang akan masuk campur dalam hal ini kelak kerana dia. "

— a e d i r n

MALANG sekali, di Aedirn juga tiada kewujudan kristal kelapan. Keempat lelaki itu pulang dengan tangan yang kosong bersama wajah sugul. Aku memandang mereka dengan pandangan simpati.

Masa berjalan laju, tak mungkin akan menunggu. Kami perlu kejar masa memandangkan masa semakin singkat. Bila-bila sahaja Kerajaan Skyfall akan bertindak dan memulakan perperangan. Mereka perlu sedia.

Tetapi ketiadaan kristal kelapan membuatkan segalanya sukar. Selagi tak jumpa kristal kelapan, selagi itu mereka tak akan selamat.

" Malam ini kita ada perjumpaan dengan Putera beraja Aedirn. Korang tahu bukan? " Namjoon menyoal, untuk memastikan membuatkan yang lain memandang ke arahnya dengan wajah yang terkejut.

" Jumpa dengan Putera Aedirn? Tak tahu pun! " Taehyung berkata dengan wajah tak puas hati. Tetapi sedikit sebanyak membuatkan dia teruja.

Namjoon menggelengkan kepala sambil tersenyum. Taehyung sudah mengacip giginya sambil tersenyum lebar; jelas menampakkan dia teruja. Jimin di sebelah dah ketawa mengekeh.

" eh kenapa pula dia nak jumpa kita? " Yoongi mengajukan soalan, curiga. Namjoon menghenyak punggung di sebelah Seokjin lantas menatap Yoongi.

" Ada hal penting katanya. Aku syak ia mengenai kita ataupun perperangan antara Skyfall dan Northern kelak. " jelas Namjoon, kelihatan tenang. Dia menyisip minumannya.

" Putera beraja serigala memang buat aku curiga.. sebab dengar-dengar putera itu dingin. Kejam pula tu. " Hoseok mengutarakan kebimbangannnya. Berbanding Taehyung, dia nampak gugup tatkala mendapat tahu mereka perlu bersemuka dengan Putera Raja Aedirn malam nanti.

" fikir positif sajalah Hoseok, dia jemput kita keistana takkan lah nak buat benda tak bagus pula kan? " Seokjin berbalas kata, cuba memberikan semangat.

Hoseok terangguk perlahan, dia sambung memakan makanannya walaupun hati masih tak tenang. Yoongi pula hanya mendiamkan diri.

" Lana ikut? "

Soalan daripada Jungkook membuatkan kepala aku yang sekian lama menunduk tu terangkat. Aku memandang lelaki itu dan Jungkook hanya menayangkan wajah selambanya; menunggu jawapan daripada Namjoon.

" Mestilah, Lana ikut. " Taehyung mencelah, menerima anggukan setuju daripada Namjoon. Jungkook mengangguk kecil seraya menyuapkan makanan ke dalam mulut.

crystal.Where stories live. Discover now