NYONYA

593 17 3
                                    

Yang ramai orang suka. AZRAI. Yang ramai tu tak termasuk bonda tau 😎

"Nina, kenapa awak belum berkahwin? Awak tak takut jadi anak dara tua?"

Mulut Azrai memang minta dicabai. Kalau bukan dicabai, mungkin meminta dibelasah teruk-teruk.

"Awak tanya saya, tapi awak sendiri pun belum berkahwin. Jawapan kenapa saya belum berkahwin, mungkin sama dengan jawapan kenapa awak belum berkahwin."

Nina dapat rasa Azrai sedang merenungnya dengan cukup mendalam. Terus goyah perasaan Nina. Dia sepatutnya berkeras membantah idea berkongsi kereta.

"Perlahan sedikit kereta ni, Nina. Awak dah pandu melebihi 120. Kita ni dekat jalan bandar, bukan dekat highway."

Gara-gara perasaannya yang goyah, Nina tidak sedar dia telah menekan pedal minyak.

"Saya boleh saman awak kalau awak memandu melebihi had laju."

"Tak payah nak jadi pegawai JPJ sangatlah. Awak tak sesuai. Jadi penyangak sesuai."

Nina melihat Azrai menyelongkar beg sandangnya kemudian satu kad dikeluarkan. Kad tersebut diberikan padanya. Sama ada nasib Nina tidak baik atau Allah sedang menghukumnya. Kad pekerja Azrai yang membuktikan lelaki itu adalah pegawai JPJ diserahkan semula kepada lelaki itu. Tidak pernah Nina bayangkan Azrai merupakan pegawai JPJ. Azrai itu pembawaannya jenis yang suka melanggar arahan. Jadi amat mustahil lelaki itu bekerja di jabatan yang menguatkuasakan undang-undang.

"So, saya nak saman awak berapa ribu ni?"

Nina dah agak, Azrai tidak akan melepaskannya dengan mudah.

"Dengan kawan sendiri pun awak nak saman ke?"

"Mesti kena saman. Lainlah kalau awak ni bakal isteri saya. Itu dah jadi lain cerita."

Nina hampir melanggar pembahagi jalan.

"Hei, pandu elok-elok sikit. Saya belum berkahwin. Kalau boleh saya nak mati selepas ada isteri. Rugilah kalau mati tapi tak sempat peluk isteri sendiri. Ramai kata kahwin ni seronok."

Semakin terganggu pemanduan Nina.

"Kalau dah kemaruk sangat nak beristeri, kahwinlah esok. Peluk isteri awak tu 24 jam."

"Awak ni beri saya lampu hijau ke?"

Azrai sebut lampu hijau pula. Ayat Azrai, langsung tidak ada kena mengena dengan perbualan mereka sekarang.

"Awak yang nak berkahwin, kenapa nak dapat lampu hijau saya pula?"

"Sebab saya nak berkahwin dengan awak."

Untuk kali kedua, Nina nyaris melanggar pembahagi jalan. Dia sudah menerima hon dari kereta yang berada di belakangnya.

"Saya belum nak berkahwin. Dan awak ni kenapa asyik nak kaitkan saya dengan awak?"

"Awak yang ada depan mata saya sekarang. Takkan saya nak kaitkan dengan nyonya yang drive sebelah kereta awak ni?"

💏💏💏

UNTUK MENEMPAH ENOVEL REUNION, WASAP SAJA KAMI 👇

UNTUK MENEMPAH ENOVEL REUNION, WASAP SAJA KAMI 👇

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।
आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Jun 12, 2023 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

e-Book REUNION | Best Sellerजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें