Kawannya Syaitan

637 14 0
                                    

"Nak  ke  mana  tu?  Mee  atas  pinggan  tu  belum habis.  Membazir  tu  kawan  baiknya  syaitan." Sempat  lagi  lelaki itu menyebarkan  ceramahnya pada  Nina.

"Dah  putus  selera  saya  dengar  awak  berkata-kata."

"Saya  cakap  perkara  betul  pun  salah  ke?" Memanglah  tidak  salah,  tetapi  lelaki itu  mesti faham.  Nina  cukup  pantang  di  sindir  sekarang,  Lebih-lebih  lagi  kalau  yang  menyindirnya  lelaki itu  sendiri.  Nina tidak  tahu  apa  yang  mengusik  hormonnya.  Sekarang  dia mudah  terasa  kalau  lelaki itu  salah  berbicara.

"Duduklah.  Kalau  berdiri  macam  tu  dengan muka  macam  singa  nak  berak  tak  lepas,  mereka  akan fikir  kita  ni  pasangan  suami  isteri  yang  tengah  berkelahi. Awak  tak  nak  mereka  fikir  macam  tu,  kan?"

Lelaki itu  tak  pernah  tak  berjaya  membuatnya terkejut.  Bahasa  pasar  lelaki itu boleh  tahan  teruknya! Nina  duduk  semula  di  kerusinya.

"Habiskan  mee  tu.  Belajar  menghargai makanan.  Kalau  selalu  sangat  membazir,  nanti  Allah  tarik balik  rezeki.  Tak  fasal  awak  melidi  dari  penyapu  lidi dekat  rumah  saya.  Nak  peluk  awak  nanti  pun  tak  rasa apa-apa.  Rasa  lidi  saja.  Kecil,  keras  dan  tak  best."

Nota Bonda PK :
Sempena hari pekerja ni, bonda bagi entri best best jer. Best tak entri ni? 🙈🙈🙈

Yang belum menempah EBOOK REUNION, eloklah tempah sebelum Preorder tamat. Harga sekarang RM13 SAHAJA 🔥🔥🔥
Selepas Preorder tamat, harga jadi RM21.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
e-Book REUNION | Best SellerWhere stories live. Discover now