REUNION HARI CIKGU

482 13 1
                                    

SEMPENA HARI GURU, bonda belanja REUNION HARI CIKGU

"Azrai, kenapa datang lambat lagi ni? Dah tiga hari berturut-turut awak datang lambat. Awak ada masalah? Beritahu cikgu."

Semua mata memberi tumpuan pada Azrai yang baru masuk ke dalam bilik darjah. Lelaki itu nampak berpeluh-peluh. Mungkin dia berlari tadi. Jari tangannya juga kotor.

"Azrai pergi minta duit perlindungan dulu cikgu, sebab tu lambat." Syafiq bersuara sambil tersenyum-senyum.

"Tak pun cikgu, dia pergi belasah orang dulu. Bapak dia kan gangster!" Lukhman menyambung kata-kata Syafiq.

"Entah-entah dia pergi mencuri dulu cikgu. Bapak borek anak rintik!" Danny ikut menyampuk.

Cikgu Roshmina bercekak pinggang. Dia menghampiri kelompok Syafiq, Lukhman dan Danny. Tanpa ampun lagi dia menarik telinga mereka satu persatu. Terjerit-jerit mereka bertiga minta dilepaskan.

"Mulut tu memang tak ada insurans yer. Bukan main lagi bagi idea buruk-buruk. Azrai tu kawan  sekolah kamu juga."

"Dah dia tak jawab cikgu, kami tolonglah jawab kan. Betul tak Azrai?"

Lebih ramai yang menyembunyikan tawa melihat keberanian Syafiq memprovokasi gangster kelas mereka. Masing-masing bimbang Azrai naik hantu.

Azrai melangkah menghampiri kelompok Syafiq, Lukhman dan Danny. Pucat terus muka mereka bertiga. Cuma Cikgu Roshmina yang tenang menanti Azrai sampai di depannya.

"Tadi saya lambat sebab saya tolong tukar tayar kereta Cikgu Nita. Semalam saya bangun lambat. Kelmarin saya tolong hantar adik saya ke sekolah dulu." Tanpa senyuman dan tanpa jiwa ketika Azrai memberikan jawapan. Dia tidak memandang Syafiq, Lukhman mahu pun Danny. Matanya hanya milik Cikgu Roshmina. Kemudian tiba-tiba sahaja dia membuka beg sekolahnya. Satu bungkus hadiah yang dibalut dengan pembalut warna hitam diberikan pada cikgu Roshmina.

"Dalam tu bukan bom. Saya hadiahkan cikgu Novel Pena Kayu. Saya tahu cikgu suka baca novel Pena Kayu Balak tu."

Cikgu Roshmina gelak. Sesuka hati sahaja Azrai menambah perkataan balak.

"Saya jahat. Saya tahu. Tapi saya nak ucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih sebab tak pernah putus asa dengan saya."

🌸🌸🌸
Okey, dah. Cukuplah. Nanti tak boleh tekan brek, jenuh nak baca berjela-jela 😂😂😅

Kepada semua cikgu,
SELAMAT HARI GURU 💋💋💋

Bonda masa sekolah dulu ada dua orang cikgu yang garang sangat. Nak pergi sekolah pun bimbang. Nak nak pula bila arwah ayah n arwah mak bonda kata macam ni Kat cikgu. Setiap tahun pun sama ayat depa berdua.

KALAU ANAK SAYA NAKAL CIKGU ROTAN JER DIA. 😭

Alhamdulillah, tak pernah kena rotan. Kena marah jerr. Bonda anak murid yang baik 😆😆😆

💏💏💏

UNTUK MENEMPAH ENOVEL REUNION, WASAP SAJA KAMI 👇

UNTUK MENEMPAH ENOVEL REUNION, WASAP SAJA KAMI 👇

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
e-Book REUNION | Best SellerWhere stories live. Discover now