Part 18

1.7K 93 0
                                    

Diam. Jaan pandang Firas, Firas pandang Jaan. Kedua-duanya kelu hendak membuka mulut. Perlahan bibir Firas mula tersenget ke kanan. Senyum.

"Apa ni mama?" tanya Firas.

"Barang babylah," jawab Datin Syafiqa selamba.

Wanita itu mengeluarkan segala macam barangan bayi dari pelbagai jenama, lalu disusun di hadapan Jaan dan Firas. Pagi tadi Datin Syafiqa keluar ke pusat membeli belah. Katanya hendak membeli barang. Tup tup wanita itu pulang dengan berbelas jenis beg kertas yang semuanya dipenuhi dengan barang bayi.

"Err... tahu. Tapi, untuk apa? Rumah kita mana ada baby." Firas ketawa.

"Ni untuk bakal cucu mama. Tadi mama lalu ternampak semua barang comel ni. Itu yang mama beli. Sekarang tunggu kamu dan Jaan je." Datin Syafiqa melirik ke arah perut Jaan.

Wajah Jaan terus berona merah. Mereka baru seminggu berkahwin, ibu mentuanya itu sudah meminta cucu. Nak-nak encik suami sudah tersengih lebar. Firas lantas memeluk bahu Jaan.

"Baik, mama. Firas cuba yang terbaik." Firas bersuara yakin.

Jaan terus mencuit perut lelaki itu. Firas pun sama naik dengan Datin Syafiqa.

"Bila kamu berdua nak balik rumah sendiri?" Datin Syafiqa bertanya sekaligus menamatkan isu cucu tadi.

"Esok mama," jawab Jaan.

"Dah balik rumah nanti hati-hati. Dekat berita pun ada keluar kluster baru yang kena wabak Covid-19. Risau pula mama."

"Insya-Allah, ma. Mama dan papa tu jaga diri. Jangan keluar merayap sangat," pesan Firas.

Datin Syafiqa ketawa. Paha anak lelakinya itu ditepuk.

"Yalah."

"Kalau ada apa-apa telefon Firas." Si anak berpesan lagi.

Jaan tersenyum. Ini satu perkara yang membuatkan dia tertarik dengan Firas. Lelaki itu adalah seorang 'family man.' Jaan pasti satu hari nanti Firas pasti menjadi ayah yang baik kepada anak-anak mereka.

+++

Bagasi dikemas dan diletakkan di hujung katil. Esok pagi mereka akan bergerak balik ke rumah sendiri. Tidaklah jauh mana, masih dalam negeri sama. Jaan naik ke atas katil dan menarik selimut. Matanya menjeling Firas yang sedang membuat kerja di meja.

"Banyak lagi ke kerja?" soal Jaan.

Firas mengangkat muka lalu tersenyum.

"Nak siap dah. Benda ni urgent nak kena urus hari ni."

"You tengah cuti pun kerja," ngomel Jaan.

Mendengar omelan dari mulut isterinya itu membuatkan Firas ketawa. Dia menyudahkan kerja dan naik ke atas katil. Sengaja dia berbaring rapat dengan tubuh Jaan. Nak bermanja.

"Dah macam kucing siam ni kenapa?" Jaan menjeling.

"Saja nak manja dengan isteri tercinta."

"Mengadalah you." Jaan ketawa.

"Jaan..." Tiba-tiba suara Firas kedengaran serius.

Jaan mengangkat kening. Tangan kanannya mengelus rambut Firas yang terjuntai di dahi. Entah kenapa dia suka bermain dengan rambut lelaki itu. Menyenangkan.

"You sayang I tak?" soal Firas secara tiba-tiba.

Jaan ketawa.

"Soalan apa ni?"

"Alah... jawablah. I nak dengar dari mulut you sendiri." Firas menyendeng lagi ke bahu Jaan seakan anak kecil.

"Hmm..." Sengaja Jaan berjeda.

"Sayang ke tak?"

"Isy, you ni. Mestilah sayang. Kalau tak sayang, I tak kahwin dengan you." Jaan menepuk dada Firas.

Lelaki itu tersenyum lebar. Mungkin puas hati dengan jawapan yang diberikan Jaan. Tiba-tiba telefon pintar Firas berbunyi lantang. Tertera nama Latif. Firas bangun dan menjawab panggilan tersebut.

"Helo, Latif."

"Helo, bro. Balik bila?" Latif menyoal di talian sana.

Jaan memberi isyarat agar Firas membuat loud speaker agar dia juga dapat mendengar perbualan dua lelaki itu. Firas mengikut.

"Esok. Kenapa?" jawab Firas sedikit kuat bagi menyaingi jarak telefon dan mulutnya.

"Cun. Jom, futsal malam esok. Tak cukup oranglah," ajak Latif.

Mata Firas terus bergerak mencari mata Jaan. Sah! Dah kena jelingan maut. Firas tersengih.

"Err..."

"Alah... tak akan takut bini kut. Setakat Jaan tu petik jari je." Latif menjawab sambil ketawa kuat.

Jaan mengetap bibir. Bulat matanya memandang skrin telefon.

"Amboi, amboi. Seronok kau gelakkan?" sindir Jaan kepada Latif.

Terus mati ketawa kawan di sana.

"Oi, mem besar! Aku tak tahu kau ada dekat situ." Latif bersuara sambil menyambung tawa yang terhenti tadi.

"Sakan kau mengutuk aku. Siaplah jumpa dekat ofis nanti." Jaan memberi amaran dalam nada mengusik.

"Firas, mem besar kau ni garang dia tak berubah. Ingat dah kahwin jadi lembut sikit," usik Latif selamba.

"Eh, dia lembut dengan aku je. Akukan suami tersayang dia. Boleh manja-manja." Firas mencelah laju.

"Auch! Kau orang berdua bagi aku jeles lagi. Sakit hati kita, wak..."

Kali ini Jaan dan Firas juga ikut serta ketawa mendengar nada lembut Latif. Memang sengaja dia 'melembikkan' suara di ayat terakhir itu.

"Kalau sakit hati, cepat-cepatlah cari penawar." Jaan mengusik.

"Alah... perempuan semua nak dekat lelaki gagah. Aku ni terlembut sikit. Ada ke yang nak?" luah Latif tidak semena-mena.

"Oi, siapa berani cakap kau lembut. Mari aku ajar dia. Walaupun kau tak segagah husband aku ni, kau ada kelebihan lain juga. Mesti ada perempuan yang akan nampak diri kau sebenarnya," pujuk Jaan.

"Anak akak jiran sebelah rumah tukan macam suka dekat kau. On jelah," tambah Firas.

"Iyake? Aku ingat dia suka dekat kau." Latif ketawa.

Sekali lagi Jaan menjeling Firas. Laju encik suami itu menggeleng.

"Bukanlah. Dia suka dekat kau, bukan aku. Sebab tu dia selalu masak hantar ke rumah kita." Firas menjelaskan.

"Okey, set! Aku cuba kawan-kawan. Doakan kejayaan cinta seorang Latif ini."

Sengal. Jaan dan Firas sudah ketawa dengan kata-kata Latif itu. Siap dapat dibayangkan gerak tangan si sahabat seorang itu.

"Dahlah. Kita orang nak tidur." Firas berkata selepas tawa mereka reda.

"Faham-faham. Orang dah kahwin ni suka tidur awal. Bye!"

Dengan suara dibuat-buat cemburu itu Latif terus mematikan talian. Jaan mengelap tubir mata yang berair. Sakit perut kalau melayan telatah sengal Latif. Baru Firas meletakkan telefon di atas meja, tiba-tiba ia berbunyi lagi. Kali ini tertera pula nama Ra, bekas teman wanitanya. Jaan mengangkat kening.

"Sibuk betul kanda Firas malam ni," sindir Jaan.

Dia menarik selimut dan membetulkan baringan. Sengaja Jaan buat tidak endah dengan panggilan Ra itu. Tilam rasa terhenyak apabila Firas naik ke atasnya. Lelaki itu turut masuk ke dalam selimut dan memeluk pinggang Jaan.

"Ait, tak nak angkat ke telefon tu?" tanya Jaan kerana telefon masih lagi berdering.

"Tak nak. Tak ada sebab untuk I jawab panggilan dia. Baik I bersayang-sayang dengan kesayangan I ni," jawab Firas selamba lalu mengeratkan pelukan.

Jaan tersenyum lebar. Puas hati. 

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now