Part 12

1.5K 96 0
                                    

Jarum jam sudah menginjak ke pukul 8.00 malam, namun Firas masih belum menerima panggilan daripada Jaan. Dia mengetap bibir.

"Kenapa dia tak call? Dah sampai rumah ke belum?" soal Firas menggumam.

Sekejap dia duduk, sekejap dia bangun berdiri dan mundar-mandir di dalam bilik. Hatinya disapa risau. Lantas telefon pintar dicapai dan nombor Jaan ditekan.

"Helo," ujar Firas laju sebaik Jaan menjawab panggilannya.

"You dah sampai rumah ke? Kenapa tak call I? I risau tahu tak." Firas meluahkan.

Badan terus ternaik mendengar penjelasan Jaan di talian sana. Selepas menamatkan panggilan Firas terus mencapai jaket kulit serta dompet dan kunci keretanya. Kaki belari keluar dan kereta terus memecut laju membelah kegelapan malam.

Dari kejauhan dia sudah nampak kelibat Jaan yang sedang berdiri di sisi kereta. Usai meletak kereta Firas terus mampir.

"Kenapa you tunggu dekat luar? Bahaya!" Marah Firas sebaik kaki sudah berada di sisi Jaan.

Jaan tersengih. Tangan kanan naik menggaru dahi yang sedikit berpeluh.

"I dah call mekanik. Kejap lagi sampailah," jelas Jaan.

Firas bercekak pinggang dengan mata tepat memandang Jaan. Sebuah keluhan kecil dilepaskan. Risau bercampur lega kerana dapat memastikan keselamatan Jaan.

"Susah-susah pula you datang sini. Kan I cakap I tak apa-apa." Jaan memandang Firas.

Lelaki itu menggeleng.

"I risau. Nasib baik I tergerak hati nak call you tadi."

"Sorry. I ingat sampai rumah nanti baru nak call you. Tak sangka pula kereta tiba-tiba meragam," jelas Jaan.

Firas diam. Anak matanya jatuh kepada baju yang sedang dipakai Jaan. Blous warna putih itu sedikit basah dek peluh, menampakkan singlet di bahagian dalam. Firas berdeham. Segera dia membuka jaketnya dan dihulur kepada Jaan.

"Kenapa you bagi jaket dekat I? Panaslah." Jaan menolak.

Firas ketap bibir. Kecik besar matanya merenung si Jaan. Tanpa amaran dia mengibas tinggi jaket dan disarung ke tubuh bahagian depan Jaan.

"You panas tak apa. Jangan I yang panas," jawab Firas selamba.

Jaan mengerut dahi. Kurang mengerti tetapi dia membiarkan saja jaket itu di tubuhnya. Mereka berpaling saat sebuah motor mampir dan berhenti di sisi.

"Cik Jaan?" Lelaki itu turun dari motor dan bertanya.

Jaan mengangguk.

"Enjin tiba-tiba mati. Tak boleh nak start." Jaan menerangkan.

Lelaki itu mengangguk. Selepas memeriksa di bahagian bonet depan, lelaki itu mengeluarkan wayar. Selepas mencucuk wayar itu pada bateri kereta dan kotak yang dibawa enjin kereta berjaya dihidupkan.

"Cik kena tukar bateri. Minyak hitam pun dah kena servis ni. Enjin kereta ni jangan matikan. Kalau mati tak boleh hidup dah." Mekanik itu memberitahu.

"Bengkel buka lagi ke sekarang? Saya terus pergi."

"Dah tutup. Tapi, cik boleh bawa kereta ke sana. Esok buka kami tukar bateri dan servis sekali."

Jaan diam sebentar. Matanya mengerling Firas yang mengangguk.

"I hantar you balik rumah. Kereta tu tinggal je dekat bengkel. Esok balik kerja boleh ambil." Firas mencadangkan.

"Habis, I nak pergi ofis macam mana?"

"I kan ada. I ambil you." Firas senyum.

Jaan mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta dan mengikut motor itu sampai ke bengkel. Firas juga membontoti dari belakang. Mekanik itu membuka pintu bengkel dan menyimpan kereta Jaan di bahagian dalam. Lebih selamat.

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now