Part 3

1.8K 107 4
                                    

Matanya memerhati ke sebelah kiri, melihat dua orang wanita dan seorang lelaki sedang berbual rancak. Dia pusingkan kepala ke kanan pula. Di situ dua orang lelaki dan dua orang wanita juga sedang bercakap-cakap. Pandangan mata dikembalikan ke hadapan. Tanpa sedar dia bertatapan dengan sepasang mata bundar milik lelaki di hadapannya.

"You apa khabar, Jaan?" Lelaki di hadapannya itu bertanya.

Jaan menarik senyuman pendek.

"Baik," jawabnya ringkas.

"Tujuh tahun tak jumpa. You makin cantik." Lelaki yang bernama Ariz itu bersuara dengan senyuman lebar.

Jaan perhati semua mata kini sedang memandangnya. Dia ketawa. Tangan mencapai gelas air dan diteguk sedikit. Kurang minat dengan perhatian yang sedang diberikan kepadanya. Bukan dia tidak tahu maksud pandangan mata daripada ex-classmate nya dari zaman universiti ni.

"I biasa je." Jaan menjawab malas.

"Betullah. Makin cantik si Jaan ni." Lelaki di sebelah kiri pula menambah.

"Cantik je buat apa. Tapi, tak kahwin-kahwin lagi." Ada suara wanita datang dari sebelah kanan. Perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran semua orang.

Jaan ketawa kecil. Dia tahu bicara itu bukan gurauan. Sejak mendapat kad jemputan untuk majlis reunion ini, dia sudah mengagak isu ini akan dibangkitkan. Hanya dia seorang yang masih bujang di meja ini. Maka isu kahwin itu pasti saja akan disebut.

"Itulah. Dulu I ajak kahwin tak nak." Ariz menjawab dengan bibir yang sedang ketawa. Mereka semua di meja itu juga turut ketawa.

"Kan. Kalau you terima Ariz dulu mesti dah beranak pinak sekarang." Tambah wanita di sebelah kiri.

Jaan menyelak rambutnya ke belakang. Panas pula dengan setiap kata-kata yang terlahir di bibir setiap orang. Ini bukan reunion. Sebenarnya ini lebih kepada masing-masing hendak menunjuk kehidupan sekarang.

Ada suami, ada isteri.

Ada anak-anak.

Ada pekerjaan itu dan ini.

Argh! Ini semua drama yang menggunakan title 'majlis reunion.'

"Kalau I terima you dulu, tak adalah you kahwin dengan wife you sekarang," jawab Jaan selamba membalas kepada bicara Ariz tadi.

"Woo..." Balasannya itu mendapat sorakan daripada rakan-rakan lelaki yang lain.

Ariz kelihatan mengangguk-angguk dengan senyuman lebar.

"Tapi, tak salah lelaki nak pasang dua, kan?"

"Woo..." Ujaran Ariz kali ini mendapat sorakan yang lebih rancak.

Jaan berpeluk tubuh. Dia perasan beberapa rakan wanitanya sudah memandang dengan pandangan jelik. Yalah, wanita mana yang suka mendengar tentang madu. Jaan seolah-olah dipandang seperti wanita perampas.

"Nasib baik kita tak bawa suami. Kalau tak mesti kena goda dengan si Jaan ni." Wanita di sebelah kanan bersuara.

Jaan menggaru dagu dengan senyuman sinis. Jari kanan sekali lagi menguak rambut ke belakang tanda tahap kesabarannya sudah makin menipis.

"Iya? Kenapa pula takut? Suami you cepat tergoda ke?" Jaan memandang wanita yang lantang bersuara tadi. Sengaja dia mengedip mata beberapa kali sambil tangan kanan menongkat dagu.

Wanita itu tersentak dengan wajah sedikit merah.

"You!" Jari telunjuk diarah kepada Jaan.

"Yang gelabah sangat kenapa? Tadi masing-masing bukan main lagi tayang cerita pasal suami isteri. Suami kacaklah, suami romantiklah, isteri cantik sampai sayang nak bagi keluar rumahlah," sindir Jaan.

Tangannya selamba mencapai kentang goreng dan dibawa masuk ke dalam mulut. Sambil itu matanya memerhati setiap wajah di hadapan mata. Terkulat-kulat wajah kawan-kawannya. Jaan ketawa.

"Walaupun I belum kahwin, tapi I bukan bahan untuk dijadikan cerita. Salah ke wanita umur 33 tahun tak kahwin lagi? Ramai je wanita di luar sana macam I. Kalau belum sampai jodoh, buat macam mana pun tetap tak akan jadi." Jaan berkata lagi.

Bosan dengan pandangan manusia tentang isu ini. Tak berubah!

"Okeylah. Untuk tak nak rosakkan mood, I minta diri dulu. You all berseronoklah." Jaan menolak kerusi dan berura-ura untuk berlalu.

Baru dia memusingkan badan, bahu terasa dilanggar seseorang. Hampir-hampir dia hendak tersungkur jatuh kerana kasut tumit tinggi yang agak licin. Nasib baik lengannya terasa dipegang menahan tubuh dari menjadi mangsa lantai.

"Jalan tu hati-hatilah." Marah Jaan. Sebab memang salah lelaki yang melanggar bahunya itu. Dia mengangkat muka untuk melihat gerangan yang melanggar dan sedang memegang lengannya ini.

"Eh?" Jaan dan lelaki itu sama-sama terkejut.

"Cik Singa?"

"Mamat lif?"

Jaan dan Firas bersuara serentak. Cepat-cepat Jaan melepaskan diri dari pegangan lelaki itu. Dia membetulkan baju, sambil mata memandang kawan-kawannya yang masih berada di meja. Laju Jaan berjalan untuk keluar dari situ.

"Cik Singa?" Suara Firas memanggil dari belakang. Jaan yang baru hendak membuka pintu kereta berhenti.

"Stop calling me, Cik Singa!" Marah Jaan dengan bibir bawah diketap perlahan.

Firas ketawa.

"Okey, sorry. Cik Jaan." Firas membetulkan. Lelaki itu tersenyum membuatkan hati Jaan semakin panas.

"Kenapa senyum?" soal Jaan kurang senang.

"Eh, I senyum pun salah ke?" Firas membalas.

"Tak salah. Senyumlah ikut suka you." Jaan terus membuka pintu kereta dan hendak membolos masuk. Pap! Pintu kereta ditahan Firas. Jaan menjeling dengan mata sengaja dibulatkan.

"I nak balik."

"Nama I Firas. Housemate Latif." Tiba-tiba Firas memperkenalkan diri.

Jaan mencebik bibir.

"Tahu."

"Oh..." Jawapan Jaan itu membuatkan senyuman Firas semakin menyeringai lebar.

"Nak apa lagi?" Jaan mengangkat kening.

"Emm... Nak kenal dengan you."

Jaan terdiam dengan keselambaan Firas. Dia berpeluk tubuh sebelum perlahan-lahan bibir melakar senyuman. Jaan mendekati Firas setapak demi setapak. Apabila kedudukan mereka sedikit hampir barulah dia bersuara.

"Sorrylah Encik Firas. I nak cepat. Dah lambat ni," ujar Jaan dan dengan selamba dia terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Firas terpinga-pinga. Sesaat kemudian dia ketawa apabila teringatkan bicara Jaan tadi. Ayat yang digunakan Jaan itu serupa dengan ayat yang dia cakap di dalam lif tempoh hari. Firas berpeluk tubuh dengan kepala diangguk-angguk.

"Ini baru mencabar." 

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now