Part 4

1.7K 102 1
                                    

Firas baring di atas katil dengan bibir yang tersengih-sengih. Kepala teringat akan pertemuan dengan Jaan siang tadi. Tidak menyangka dia akan bertemu wanita itu secepat ini. Dia bangkit lalu menuju ke arah meja kerja. Laci dibuka dan kertas pemberian Latif diambil. Ya, dia masih belum menghubungi Jaan walaupun nombor wanita itu sudah berada dalam tangan.

"Patut mesej ke tak?" Firas bercakap sendiri.

Was-was dengan tindakan yang harus dibuat. Dia tidak mahu dicop gelojoh. Tapi, kalau hati dah berkenan isu gelojoh itu ditolak tepi. Takut dia sendiri yang melepas.

"Tenung je buat apa. Bukan nombor tu boleh bergerak sendiri cari tuan dia."

Terdengar sindiran dari muka pintu. Firas mengangkat muka. Choi! Latif sedang berdiri di situ sambil berpeluk tubuh.

"Apanya?" Tangan Firas laju menyimpan kertas itu di bawah bantal. Latif ketawa.

"Tak payah nak sorok. Terang lagi bersuluh aku nampak kau tenung nombor tu. Takut apa, bro? Call jelah," giat Latif mencucuk.

Firas mencebik.

"Cik Singa kau tu lain macam tahu tak. Siang tadi dia blah macam tu je." Cerita Firas.

Sekali lagi Latif ketawa, tetapi kali ini lebih lantang.

"Kau kena tolak ke bro? Wei, seriuslah!" Latif siap bertepuk tangan.

"Sakan kau gelak."

"Yalah. Firas lelaki kacak dan berjaya ni kena tolak? Memang terbaik Jaan ni. Bukan kaleng-kaleng."

"Siapa kata dia tolak aku? Aku belum mulalah." Firas menarik kerusi dan duduk di situ.

Latif melangkah masuk dan duduk di atas katil Firas. Selamba tangannya menyauk ke bawah bantal dan mengambil kertas tadi, kemudian dihulur kepada Firas.

"Setahu aku Jaan masih single. Tak ada boyfriend. Jadi, kau pandai-pandailah ya." Latif tepuk bahu Firas dan berlalu keluar.

Firas kembali melihat nombor di tangan. Tanpa membuang masa dia menekan nombor Jaan dan butang call. Tidak sampai 10 saat panggilannya berjawab. Firas tersenyum lebar.

"Helo." Suara Jaan kedengaran di talian sana.

"Helo. Boleh I bercakap dengan Cik Jaan?"

"Yes."

"Kalau macam tu boleh I kenal dengan Cik Jaan?" Firas menambah lagi.

"Mamat lif?" Jaan bertanya.

Firas semakin melebarkan senyuman.

"You nak apa telefon I malam-malam ni?"

"Kan I dah cakap yang I nak berkenalan," jelas Firas selamba.

Terdengar Jaan ketawa di talian sana. Entah kenapa telinga Firas rasa begitu damai mendengar tawa itu. Firas bergerak ke katil dan berbaring di situ.

"Apa motif you Firas? Latif suruh ke apa?"

"Eh, tak adalah. I sendiri yang nak kenal you. Bukan atas desakan orang lain."

"Iya ke? Alasan macam tak logik. Baru jumpa sekali terus nak kenal." Jaan masih lagi ketawa.

"Why not? Pernah dengar tentang cinta pandang pertama tak?"

"Itu semua dalam drama je Firas."

"Siapa cakap dunia nyata tak berlaku semua tu? Kalau dah namanya jodoh, cinta pandang pertama ke, kedua ke, tetap bersatu. Betul tak Cik Jaan?" Firas mula bermadah.

Jaan terdiam. Hanya kedengaran deruan nafas wanita itu di talian. Firas jadi nanar. Dia tidak mahu perbualan ini berakhir. Entah tarikan apa yang membuatkan dia senang dengan Jaan. Dia sendiri tidak percaya tentang cinta pandang pertama. Tetapi, apabila bertemu Jaan dia merasa hatinya berdebar dan suka.

"Itu kata you. I susah nak percaya cakap lelaki macam you ni." Jaan masih berkeras.

Firas menarik senyuman pendek. Dia tahu ini bakal menjadi satu perjalanan yang panjang dan tidak mudah. Lihat saja cara Jaan sekarang. Seolah-olah ada tembok besar menghalang untuk sesiapa mendekati Jaan.

"I boleh buktikan yang I ikhlas nak kenal dengan you," janji Firas.

"Ikut suka you lah. I nak tidur. Good night."

Dan panggilan terus terputus. Firas merenung telefon pintar di tangan bersama sebuah senyuman yang sukar dimengertikan.

"Okey. Tunggu dan lihat. Sejauh mana dia boleh tolak aura seorang Firas."

+++

Jaan melangkah masuk ke dalam perut lif. Dia menjeling apabila ternampak kelibat Firas menghampiri dan berdiri di sisinya. Jaan buat tidak tahu.

"Good morning dinda," sapa Firas ceria.

Jaan perasan beberapa pasang mata sedang memandang ke arah dia dan Firas. Dan beberapa orang itu adalah staf di pejabatnya. Masing-masing sedang tersenyum sumbing mendengar sapaan Firas itu. Sekali lagi Jaan buat tidak endah.

"Tak baik tak jawab. Dinda..." Kali ini Firas menoleh kepala betul-betul memandang Jaan. Jaan mengetap bibir. Malu apabila stafnya turut menyaksikan kejadian itu.

"Morning!" jawab Jaan laju. Tahu kalau dia tidak menjawab, pasti ada lagi bom yang akan dibaling Firas.

Kebetulan lif sudah sampai ke tingkatnya. Buru-buru Jaan keluar tanpa berpaling. Sebenarnya dia terkejut dengan sapaan Firas itu. Apabila melalui meja Latif dia sekadar menghadiahkan jelingan kepada lelaki itu.

"Dinda?" Jaan menggeleng kepala. Berani sungguh Firas memanggilnya begitu. Memang nak kena.

"Hai. Pagi-pagi dah berangin. Siapa tekan suis?" Latif muncul di pintu.

"Kawan kaulah. Memang hantu betul," luah Jaan. Latif mengerut dahi sebelum ketawa berdekah-dekah.

"Firas?"

"Yalah. Selamba dia panggil aku dinda dalam lif tadi. Memang... urgh!" Jaan mengetap gigi sambil mengangkat penumbuknya.

"Wei, pantas betul Firas. Syabas!"

"Syabas apanya. Aku geram tahu tak." Jaan mengangkat fail hendak memukul Latif, tetapi lelaki itu segera mengelak. Tahu sangat perangai Jaan kalau sudah geram habis apa yang ada di tangan dicapai untuk memukul.

"Alah... Firas tu macam syok dekat kau. Jadi, aku sebagai kawan yang prihatin dan berhati mulia ini, ingin membantu Cik Jaan dan Encik Firas untuk berkenalan," ujar Latif dengan nada seperti sedang memberi pidato.

Jaan menjegilkan mata.

"Kaulah yang bagi nombor aku dekat dia, kan?" Jaan serkap jarang.

Latif ketawa dan terus berlari ke pintu.

"Aku ni cupid kelas A tahu tak. Mana tahu esok lusa boleh makan nasi minyak kau dan Firas. Kenyang aku!"

"Eee!" Jaan mengangkat lagi fail di tangan. Latif terus mencicit lari dari situ bersama tawa masih di bibir.

Sedang elok Jaan meletak fail di atas meja, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan WhatsApp. Tertera nombor tidak dikenali naik di skrin notifikasi.

Unknown : Dinda jangan marah-marah... Nanti takut lekas tua...

Jaan mengerut dahi melihat mesej yang dihantar.

"Dinda? Ni Firaslah ni. Eee..." Cepat-cepat dia menutup telefon dan dicampak masuk ke dalam beg tangan. Berangin betul dengan sikap Firas dan Latif! 

DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED)Where stories live. Discover now