Forgiveness (Part 2)

En başından başla
                                    

Taufan: Hali.

Suara Taufan menyedarkan Halilintar dari lamunan kosongnya. Halilintar melihat ke arah adiknya dan dia dapat lihat Taufan sedang berdiri di tangga beserta Ais di belakangnya.

Halilintar melihat satu per satu wajah adiknya itu. Di dalam fikirannya serta-merta memikirkan tentang kemungkinan yang adiknya itu ingin menyatakan sesuatu kepadanya.

Taufan: We need to talk.

Benar dugaan Halilintar. Mereka berdua ingin membincangkan sesuatu. Dan dia pasti ia amat penting. Bagaimana Halilintar boleh begitu yakin adalah kerana Ais juga turut terlibat. Dia cukup dengan adik kembarnya yang seorang itu. Ais tidak akan membazirkan masanya untuk perkara sia-sia melainkan ia amat penting. Begitu juga Solar. Tetapi Ais untuk perkara yang betul-betul serius sahaja.

Hali: Duduk.

ⓢⓐⓓ💔💢💔ⓢⓐⓓ

Hali: Apa yang korang nak bincangkan?

Taufan: Tentang Gempa.

Halilintar sedikit mendengus apabila dia mendengar jawapan daripada adiknya. Sungguh, kalau boleh itulah topik yang dia paling tidak mahu dengar sekarang. Lebih-lebih lagi di saat dia sedang keletihan.

Hali: Aku takde masa untuk bincang tentang benda ni.

Ais: Abang tak perlu cakap apa pun. Just listen.

Halilintar menjeling ke arah Ais. Dia akui, sebagai abang dia hanya mengagumi Ais seorang sahaja kerana hanya Ais satu-satunya kembarnya yang boleh berfikir dengan baik. Walaupun Solar juga boleh tapi Halilintar lebih menghormati Ais. Mungkin kerana adiknya yang seorang itu sering diam jadi dia lebih tumpukan perhatiannya kepadanya seorang kadang-kadang.

Hali: Go on.

Taufan tersenyum lega. Tidak menyesal dia mengheret Ais untuk join sekali kerana dia tahu Halilintar hanya akan ikut jika Ais ada bersama.

Taufan: Baiklah... Mula-mula sekali untuk mengelakkan kita bergaduh, aku nak cakap awal-awal yang apa yang bakal aku dan Ais katakan ini hanyalah pendapat kami sendiri dan kami tidak bermaksud sepenuhnya untuk terlalu berpihak kepada Gempa.

Hali: Why?

Taufan: Hali... Kau tu abang kitorang. Jadi kitorang pun dah tentu akan fikirkan pihak kau juga. Kami fahamlah apa yang kau fikirkan. Cuma sekarang, kami kena adil. Sebab 50/50 kau dan Gempa tidak bersalah dalam situasi ni. Kau faham, kan?

Halilintar hanya berdecih. Tapi dia biarkan sahaja Taufan meneruskan kata-katanya.

Taufan: Hali, tentang kejadian kehadiran Gempa pada hari pertama dia ke sini sangatlah tidak disangkakan. Kau sendiri juga tahu yang kita semua, bertujuh, baru tahu tentang Gempa bakal pindah ke sini, kan?

Halilintar mengangguk.

Taufan: Tapi ia tidak bermaksud untuk kita berikan layanan dingin kepada dia. Hali, Gempa baru saja tahu yang kita ni adalah sepupu dia.

Hali: Correction. Sepupu angkat.

Taufan memutarkan bola matanya. Nampaknya perbincangan mereka akan lebih lama.

Taufan: Yes. Tapi Hali, kita kena cuba sambut kedatangan dia dengan baik. Not like what you have done!

Hali: So what? Lagipun yang buatkan dia lari keluar dari rumah Solar, kan? Aku yang bawa dia balik semula.

Taufan: Dan waktu dalam bilik tu apa?

Halilintar terdiam. Dia juga tidak tahu kenapa waktu itu dia gatal sangat nak masuk ke dalam bilik Gempa. Padahal dia tahu Gempa tidak akan berani menceritakan apa yang telah terjadi waktu dia dan Gempa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ais: Abang takut kami risau, kan?

Halilintar memandang ke arah Ais. Dirinya mula tertanya.

'Betul ke? Kan diorang dah tahu tentang masalah aku dan diorang terima je. Tapi kenapa aku nak marah? '

Ais melihat sahaja perubahan reaksi Halilintar. Dia tahu, abang kembar pertamanya itu pasti sedang berada dalam dilema.

Ais: Abang Hali bukan ke tak perlu risau sangat? Kami kan dah tahu? Siapa musuh abang? Siapa yang suka cari pasal dengan abang? Apa kelemahan abang? Semuanya kami tahu.

Taufan mengangguk setuju.

Taufan: Dan secara ringkasnya, tak kira Gempa ceritakan apa yang telah berlaku ataupun tidak, kami tidak akan terkejut. Mungkin ada sikit tapi... Apa je yang kami akan buat? Takkan kami nak tangkap kau dan masukkan kau dalam penjara?

Halilintar mengigit lidahnya. Dia setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ais dan Taufan. Tapi masih, dia tidak faham. Kenapa dia boleh buat sampai macam tu sekali?

Ais: Abang Hali... Sukakan Gempa, kan?

Taufan menoleh ke arah Ais dengan terkejut. Begitu juga dengan Halilintar.

Hali: Huh?!

Taufan: A-apa?!










•°•°•°•° TO BE CONTINUE °•°•°•°•

Apa akan jadi kalau nama Gempa digabungkan dengan nama Gopal? ( ̄∀ ̄)

Ok hambar. Haha.

See you guys next chap!

Who Are You? [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin