Bab 22- Debaran

20 2 0
                                    

Harinya pun sudah tiba,semalam Suraya dan Farah banyak meluangkan masa mereka berborak dan membawa Farah berjalan di sekitar bandar dan hari ini akan bermulanya persepsi pernikahan antara Farhan dan Suraya. Pagi ini Suraya akan didandankan oleh kakak sepupunya dan akan dipakaikan baju berwarna putik berkain lembut dan beropol-ropol di bawah walaupun simple tapi cantik dipakaikan oleh Suraya.
            "Wahh cantik lah kau, Suraya,"ujar Farah
            "Yeke, terima kasih Farah, hmmm Farah terima kasih tau sebab temankan aku kalau kau nak tahu aku macam mimpi je lagi tau tak, wehhhhh aku nak nangis lah wehh canne ni weh,"ujar Suraya sambil mengelap sedikit titisan air matanya tadi
            "Wehh, janganlah nangis rosakkan mekap, lempangkan Suraya... Hmm yelah-yelah meh sini peluk,"balas Farah membuatkan Suraya tergelak sedikit sambil mereka berdua berpelukan

Walaupun mereka hanya mengenal satu tahun sahaja tapi seolah-olah mereka mengenal sudah lama. Itulah kawannya yang paling rapat dan bukan itu sahaja hanya Farah sahaja mengetahui mengenai perkhawinannya ini.

          "Farah dah pukul berapa dahh... Uishhh deborlahh wehhh,"ujar Suraya yang tak henti mengomel katanya berdebar sangat

           "Rilek.... Cool ok, aku ada ok lek... Lek, "balas Farah sambil meredakan gugup Suraya

Tetiba ada orang ketuk pintu membuatkan Suraya terkejut disebabkan takut tak habis-habis dan masuk ke dalam bilik. Rupanya cik Roziah
            "Dah ready dah, ok jom masuk  kereta cepat katanya keluarga lelaki dah sampai masjid, "ujar Cik Roziah

            "Ouh yeke, okok jangan risau Farah boleh pimpin dia masuk kereta ok, "balas Farah seolah PA Suraya sambil meyakinkan Cik Roziah

              "Ok Farah terima kasih, " balas Cik Roziah sambil senyum

Dalam berapa minit semuanya dah settle masuk ke dalam kereta dan mereka terus pergi ke masjid tanpa melengahkan masa.

Farah memimpin tangan Suraya disebabkan bajunya yang terlalu labuh sedikit dan membuatkan Suraya tidak boleh berjalan dengan lancar dan dengan adanya PA Suraya boleh menolongnya. Dalam masjid, sudah ramai saudara Farhan mereka semua memandang Suraya dan membuatkan Suraya tak selesa tapi nak buat macam mana Suraya malu kalau dipandang orang macam itu seolah dia macam tuan puteri masuk ke dalam istana.

Dan Farah memimpin Suraya untuk dudukan Suraya dengan berhati-hati.
Suraya tak sedar bahawa Farhan memandangnya daripada tadi sambil tersenyum dan Farhan terus memandang tok kadi dengan cepat supaya Suraya tak perasan
             "Ok, dah bersedia pengantin perempuan pun sudah sampai dan tanpa melengahkan masa kita mulakan ye, " ujar tok kadi itu kepada semua orang di masjid tersebut sebelum dimulakannya

Dan semua disitu hanya meresponkan  mengangguk sahaja tanda dah bersedia.

          "Ok, bismillahhirahmanirrahim, Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Suraya Batrisha binti Razali dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 ringgit tunai, " Tok kadi
          "Aku terima nikahnya Nur Suraya Batrisya binti Razali dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 ringgit tunai, "hanya 1 kali lafaz oleh Farhan dengan tiada gugup dan terus melafazkan nya dengan lancar

           "Sah, "Tok kadi berkata
        "Sah.... Sah... Sah! , "balas oleh walinya dan saksi nya disitu untuk meyakinkannya

Suraya hanya mendengar sekali sahaja lafaz sebentar tadi membuatkanya lega dan  terbukti dengan semua saksi di dalam masjid yang melihatnya tadi bahawa Farhan pun telah melafazakannya sebentar tadi.

Ibunya Suraya dan mamanya Farhan menitiskan air mata dan segala mak-mak disitu pun menangis sekali membuatkan tak percaya Suraya dan Farhan sudahpun dinikahkan tadi.
Farhan akan memulakan air batal sembahyang iaitu akan disarungkan cincin ke jari Suraya. Manakala Suraya agak susah untuk memberikan tangannya kepada Farhan kerana dia tak pernah menyentuh mana-mana lelaki pun sebelum ini kecuali ayah dan adik-adiknya. Jadi dia perlahan-lahan memberikan jarinya dan Farhan menyentuh tanganya dengan perlahan untuk disarungkan cincin. Dan terakhir Farhan menciumkan dahi Suraya dengan berhati-hati. Suraya merasakan bahang kecupan yang terhinggap di dahinya dan juga Suraya menyalamnya suaminya untuk tanda rasa hormat kepada suaminya.

Jadi akhirnya sudah terbukti mereka pun sudah menjadi suami isteri yang sah dan semoga hingga ke jannah.

TBC

That!!!  Ma boyWhere stories live. Discover now