"Banyak lah kau punya line! Bila masa pulak kau cakap kau minat dia?" mata Ziyad sudah mencerun.

Faizal tersengih. Memanglah dia tak pernah bagitahu.

Tapi, hati di dalam yang merasa. Namun, apabila melihat kemesraan antara Ziyad dan wanita itu, dia tahu kedua-duanya saling berpaut hati.

Bila dah sama-sama suka, takkanlah dia nak jadi penghalang kan? Lagipun apa gunanya kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi, itu semua kisah lama. Sudah berlalu.

Dia juga tidak ada apa-apa perasaan pada Aireen sejak mereka berdua berkahwin.

"Kau jangan macam-macam, Zal! Betul ke dulu kau ada perasaan dekat Aireen? Bertuah punya kawan!" Ziyad sudah menggertak.

Faizal hanya ketawa. Sengaja dia mahu mengusik kawannya itu.

"Kalau bukan sebab kau, agaknya mesti Aireen dah jatuh cinta dengan aku dulu"

Ketawa Ziyad lepas kali ini.

"Blah ah kau!" dia menekan perut yang cukup geli hati.

Wajah Faizal terkulat-kulat. Dia yang nak kenakan Ziyad, alih-alih dia pulak yang terkena.

"Kau ingat, Aireen nak dengan kau ke? Perasan! Kau kalau nak bersaing dengan aku, memang kau kalah dulu lah bro. Huh, ada hati nak kan Aireen!" tempelak Ziyad dengan ketawa yang cukup galak.

"Kau ni, apa punya kawan macam tu! Menjatuhkan saham aku je" wajah Faizal sudah kelat.

"Kalau nak bergurau dengan aku pun, pilih lah tajuk yang elok sikit. Ini hal Aireen yang kau bangkitkan. Aku dahlah masih 'belum on' dengan dia. Sensitif lah jugak" ujar Ziyad dengan wajah mencuka.

"Kau still belum dapat pujuk dia lagi ke? Puihh... aku ingatkan pro. Rupanya hampekkkk!"

"Jangan nak cari pasal, Faizal!"

Kali ini, Ziyad pulak yang kena gelak.

"Aku dah pindah masuk ke rumah dia"

"Pindah? So, kau dah berbaik dengan Aireen?"

Ziyad menggeleng sambil menyedut air lemonade nya.

"Huh, confuse aku!"

"Belum..."

"Habistu, macam mana kau boleh pindah kalau tak dapat pujuk dia lagi? Kau paksa dia ke?"

"Lebih kurang lah. Tapi tak jugak"

"Hoi. Hisy, straight to the point aje lah! Ada kawan macam kau ni memang boleh buat kepala aku cepat botak tahu tak"

"Merajuk dia tu panjang lagi lah, Zal. Macam mana nak pujuk? Aku memang ingat bila pindah masuk lagi senang nak mengayat dia. Manalah tahu dia akan cair. Aku nak dia tahu yang aku ni sentiasa cintakan dia"

"Yang peliknya, macam mana kau boleh yakinkan Aireen untuk pindah ke rumah dia? Tak ke pelik tu?" Faizal semakin tertanya-tanya lagi blur.

"Masalahnya, aku pindah sebab Aireen kena serang baru-baru ni. Teruk jugak, Zal"

Wajah Faizal kelihatan terkejut. Seperti tidak percaya.

Takdir Kita Tercipta [ C ]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα