Pukul 11:30 , aku pack makanan yang perlu aku hantar nanti. Tak banyak pun. Caramel macchiato,ice americano dan red velvet cheese cake 1 big slice.

Sementara tak ada customer,  aku goyang kaki di kaunter dengan Bella. Aku memerhati gelagat customer Bella pula entah apa yang dia tengok pun tak tahu lah. Kejap senyum pastu buat muka terkejut.

" Gila lah. Dia dah nak kahwin baii." Ujar Bella perlahan tapi aku yang hanya duduk di sebelah dengar je.

"Apa yang gila?"

"Ni ha."

Bella tunjuk phone dia. Okay sesi gossip dah nak mula.

"Jutawan Malaysia Aqif Irfan bakal berkahwin dengan model terkenal Tengku Eryn Antasha."

Aku baca perlahan tajuk artikel itu.

"Siapa ni?"

"Kau tak kenal Aqif Irfan dengan Eryn Antasha ? Biar betul?"

"Eryn tu aku kenal lah kot sebab pernah tengok dia dalam majalah. Aqif Irfan aku tak kenal."

Bella mengeluh.

"Noob lah kau ni Kira."

Eh eh dia kutuk depan-depan. Tapi tak dinafikan , aku memang kureng sikit bab-bab artis Malaysia ni . Aku cuma layan artis Korea. Cewah.

"Aqif Irfan ni jutawan paling muda dekat Malaysia kau tahu. Umur dia sekarang baru 30-an macam tu lah. Business dia tak payah cakap lah. Berjuta-juta.Aku pernah baca lah tak tahu betul ke tak , dia ada private island. Island beb! Ish untung gila siapa yang jadi bini dia nanti. Mesti syok."

Bella dah mula nak berangan.

"Kaya tapi tak menjamin kebahagiaan tak guna juga."

Kata aku penuh makna.

"Betul juga kan. Eh kau dengan Qasyaf macam mana? Bila nak kahwin rasa macam lama sangat korang bertunang."

Aku buat muka menyampah. Qasyaf...sejak kejadian semalam hati aku dah separuh terpadam nama dia. Aku masih tak percaya yang dia dah berkahwin. Sampai hati.

"Jangan cakap pasal dia lah."

"Aih, asal ni? Gaduh ke?"

Aku tak membalas. Tiba-tiba tangan kanan aku diangkat.

"Mana cincin kau?"

Tanya Bella sambil belek tangan runcing aku.

"Ada orang makan."

"Makan?"

"Aah , semak makan."

Aku masih tak bersedia untuk bercerita tentang kecurangan Qasyaf terhadap sesiapa. Biarlah aku seorang yang tahu.

Jam aku lihat. Allah , lambat dah wei!

Beg kertas berisi delivery food aku ambil lantas beredar meninggalkan Bella yang nampak masih terpinga-pinga. Tak payah faham pun Bella.

>>>>>>>>>

Tak! Tuk!

Bergema ruangan pejabat itu dengan bunyi tapak kasut 5 inci nya.

Ish tak jatuh ke nanti?

Jangan risau, dia pro. Terpeleot pun boleh cover lagi.

Semua orang yang berselisih menunduk hormat kepada nya . Seolah-olah macam anak raja lagak nya.

"Aqif ada?"

Tanya nya sebaik sahaja sampai dia meja yang tertera nama Yana.

"Ada , Cik Eryn. Tuan Aqif memang menunggu kehadiran cik. Silakan masuk."

Kata perempuan bertudung itu sopan. Dengan penuh bergaya nya tanpa ucapan terima kasih Eryn masuk ke dalam pejabat Aqif.

Yana mencebik. Dasar perempuan tak cukup kain! Dia bukan suka sangat dengan Tengku Eryn tapi sebab dia tunang boss nya , haruslah hormat.

Aqif yang sibuk meneliti dokumen mendongak apabila terdengar bunyi kuakan pintu.

"Sayang~!"

Eryn melangkah masuk lalu leher Aqif dipeluk manja. Aqif meleraikan pelukan lalu membuka cermin mata nya.

"Eryn. Behave."

Eryn mencebik mendengar suara dingin Aqif.

"Sayang, what's wrong with you? Almost 2 months kita tak jumpa tau. Boleh tak you lain I baik-baik?"

Ujar Eryn. Dia berada di bumi London selama 2 bulan disebabkan kerja modelling nya.

Aqif tidak membalas malah dia merenung Eryn tajam.

Kecut perut Eryn dibuat nya.

"W-why you pandang I macam tu?"

Tanya Eryn takut-takut.

"Kenapa you announce dekat public about our wedding tanpa pengetahuan I?"

Tanya Aqif tenang tapi terselit nada marah di situ. Mana tak nya malam tadi artikel tu dah tersebar. Banyak wartawan yang dah berpusu-pusu depan company dia pagi tadi.

"Alah memang kita nak kahwin pun kan. Biarlah public tahu. Tak ada lah perempuan lain tergedik-gedik dekat you lagi."

Aqif mengeluh. Tak guna cakap dengan Eryn ni.

Eryn merupakan rakan kecil nya dulu. Disebabkan keluarga mereka rapat, Aqif banyak meluangkan masa dengan Eryn. Aqif ibarat abang kepada Eryn sebab dia selalu protect Eryn.

Bila umur nya menginjak ke angka 26, dia bertunang dengan Eryn atas kehendak keluarga. Dia tak rela ketika itu , kerana dia tak pernah sukakan Eryn. Dia hanya anggap Eryn sebagai adik dan tak lebih dari itu.

Tapi sebab tak nak kecewakan kedua-dua belah pihak , Aqif terpaksa setuju.

"Sayang tengah hari ni lunch dengan I jom?"

"Tengok dulu lah. I busy."

Aqif kembali membuat kerja.

Eryn mencebik lagi. Dia duduk di sofa bersebelahan rak fail. Dia memerhati kan side view Aqif.

Hot weh! Dengan baju kemeja lipat paras lengan, muka serius macam tu. Nak-nak lagi cermin mata yang dipakai menambahkan lagi kekacakan nya.

Dapat bayang kan? Hot!

'Kenapa kau terlalu perfect wahai Aqif Irfan? Buatkan aku taknak lepaskan kau walau apa pun terjadi.'

Monolog hati Eryn.

Aqif yang perasan Eryn memerhatikannya hanya buat tidak tahu.

He's A KillerWhere stories live. Discover now