Bab 14

3.3K 196 56
                                    

"Mr. Karl!" Noah sedikit terkejut melihat kelibat Karl di sini, pada waktu sebegini pula tu. Noah terus bangun dari kerusi dan bersalaman dengan lelaki itu. Wajah Karl kekal tenang saat dia dan Noah berjabat tangan.

"Noah, Karl. Karl, Noah. Karl, cousin I." Suara Drea. Dia tak mahu memandang wajah Karl saat ini. Dia betul-betul marah.

"Cousin?" Karl pandang tepat ke arah Drea.

"Long lost cousin, aren't we?" Drea senyum lebar ke arah suaminya. Karl mengangguk dan tahan sabar.

"You buat apa kat sini, Drea?" tanya Karl.

"Coffee with friend." Drea tahan suara. Macam mana Karl boleh tahu dia kat sini? Lelaki ni curi-curi menghendap dia ke?

"New friend?" Karl senyum.

"Yeah. Kita orang baru jumpa semalam kat pasaraya." Noah yang tolong jawab.

"Semalam?" kening Karl terjungkit.

"May I?" Karl mahu duduk di sebelah Drea.

"Sure! Sure!" Noah mempersila Karl. Drea tak buka mulut dan hanya membiarkan karl duduk di sebelahnya.

"I tak tahu pula you ada kenalan baru." Sinis suara Karl.

"I was surprised you dengan Drea sepupu. Actually dari hari tu I nak bercakap dengan you. Tapi takde peluang lagi." Ujar Noah.

"You nak bercakap dengan I?" Karl sedikit pelik.

"Well actually, I'm a student from Gia Unversity. Majoring in Gemologist."

"Oh." Karl buat-buat terkejut padahal sebenarnya dia sudah tahu latar belakang Noah. Drea hanya membisu dan menunduk memandang telefon bimbitnya. Dia hampa. Betul-betul kecewa. Karl menoleh ke arah Drea. Marahnya masih belum surut. Tapi dia mula syak yang Drea sudah tahu kenapa Noah berjumpa dengannya.

"I akan habis semester dalam bulan ni and akan mula practical bulan depan. So I thought about applying to your company if that's possible." Mata Noah penuh harapan.

Karl senyum. Sekarang dia tahu niat sebenar Noah mendekati Drea. Laju budak ni buat kerja. Opportunist. Good candidates for business.


DREA tolak daun pintu kasar. Karl di belakang mengekori. Masing-masing sedang berbara. Tolonglah jangan ada sesiapa yang mula menyimbah apinya.

"What the hell Drea?! Aku dah bagi tahu kau jangan jumpa dia kan?!" tempik Karl. Suara lelaki itu begitu kuat. Drea pula jenis kaki melawan. Dia menoleh laju.

"Kau stalk aku ke hah? Macam mana kau tahu aku pergi sana?!"

"Aku stalk ke tidak, itu terpulang pada aku. Kau isteri aku!"

"Pernah kau tanya aku, siapa kau pada aku?! You're nothing! Nothing at all! Not even a friend!" jerkah Drea dan ingin berlalu pergi.

Lengan Drea ditarik kuat.

"Bahasa apa lagi yang aku kena pakai supaya kau faham dan masuk dalam otak sempit kau tu hah?!" tengking Karl.

"Lepaslah!" Drea menolak tubuh Karl.

"Kau jangan ingat kau boleh kawal aku Karl. Aku masih isteri kau hari ni bukan sebab aku nak! Tapi aku terpaksa!"

"Kau nak keluar dari Cyrille? Pergilah! Pergilah kalau kau boleh! A spoiled brat like won't even survive a day out there without money!" cabar Karl.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Elite of Cyrille [T.E.C]Where stories live. Discover now