Bab 10

1.7K 141 9
                                    

Hana ketap gigi. Selepas beberapa saat, dia masuk semula ke balai dan menarik surat kenyataannya. Di hadapan Karl, dia mengoyak kertas itu.

"Puas?"

"Thank you, Hana." Karl senyum sederhana.

"Jangan ingat I berhenti kat sini. Eventually, you'll be mine." Janji Hana.

Karl hanya senyum. Hana menjeling dan terus berlalu pergi.

Selepas Drea dibebaskan dari jejari besi itu, gadis itu langsung tidak berkata sepatah pun. Dahlah masuk lokap yang jauh berbatu dari rumah mereka pula tu.

Disebabkan kereta Karl digunakan Drea, terpaksa lelaki itu memanggil Grab dan pulang dengan memandu Teslanya.

Karl tak mahu cakap apa-apa lagi. Dia perlukan Drea dalam keadaan tenang. Melihatkan keadaan Drea sekarang, dia tahu kepalanya tidak ada di sini. Entah terbang ke mana.

"Do you want to drink?" soal Drea tiba-tiba sambil membuang pandang ke luar perut kereta. Meskipun jalan raya lengang dan gelap. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lihat.

"Sure. Tapi lepas kita sampai rumah. I can't drive if I drink."

Drea hanya diam. Bersetuju, tapi sudah tidak ada tenaga untuk membalasnya.

Selepas hampir sejam, mereka tiba di rumah. Dari cabut kasutnya dengan malas. Balutan di tapak kakinya berwarna coklat. Mungkin darah keluar dan sudah mengering.

"You need to change your bandage." Beritahu Karl.

Drea tidak menghiraukan tapi terus ke meja bar. Dia buka almari dan mencari botol apa yang selayaknya.

Karl di belakang terus menutup pintu almari yang menempatkan koleksi araknya. Drea pandang ke arah Karl dengan riak tak puas hati.

"Pergi mandi dulu. Kejap lagi aku tukar bandage kaki kau baru kita minum."

Drea merengus.

"I can promise you this whole cabinet is yours."

Drea pandang malas dan berlalu ke biliknya. Masih tidak berpintu. Dia tarik nafas dalam-dalam. Malas nak hiraukan. Lantaklah takde pintu pun! Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan menukar pakaiannya.

20 minit kemudian, Drea keluar semula dengan rambut yang tidak berikat dan sedikit basah di hujung. Rasanya mandi tadi pun, mandi kerbau aje.

"Duduk kat sofa. Kejap lagi aku bawa." Ujar Karl. Drea menurut aje. Dia betul-betul tak larat untuk bergaduh. Beberapa minit kemudian, Karl bawa dua botol bersama gelas petak. Bekas ubat sudah disiapkan. Lelaki itu ambil tempat di hujung kaki Drea.

Balutan itu basah lencun. Sewaktu mandi tadi, Drea langsung tak tanggalkan balutan. Itulah orang kata, mandi kerbau.

Drea mula capai botol Khortytsa yang sudah dibuka Karl sementara lelaki itu mengemas lukanya. Dituang air itu ke dalam cawan dan tanpa mempelawa, dia terus meneguk tanpa rehat. Karl memerhati.

"Rough day?" tanya Karl.

"I feel useless." Tubir mata Drea bertakung.

Dituang lagi ke dalam cawan. Pantas dia meneguk lagi.

"Are you okay, Drea?"

"Do I look okay? Kalau kau rasa aku okay, then I'm okay. Kalau kau rasa aku tak okay, then I'm not okay." Tegukan ketiga. Karl juga sudah siap menyapu ubat dan membalut.

The Elite of Cyrille [T.E.C]Where stories live. Discover now