Bab 11

1.8K 141 5
                                    

Cruz serah satu sampul surat bersaiz besar kepada Karl. Setelah dibelek lelaki itu, mereka berjabat tangan dan bertukar senyuman.

"Aku ingat kau takde interest dengan Hana." Usik Cruz.

"Aku memang takde interest dengan what ever shit affair she had. Tapi kalau berkait dengan Drea, I want to know."

"Aku dah go through document tu. And aku nak minta maaf awal-awal. I really can't help for what ever had happened."

"Aku belum tahu benda ni sepenuhnya.."

"You should read it. Apa yang aku boleh cakap, I can't do much to help."

Karl mengangguk tanda faham. Sekali lagi Cruz berjabat tangan dan memeluk bahu Karl sebelum berlalu pergi. Karl mulanya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Cruz tapi setelah dia menelaah dokumen itu, dia menarik nafas panjang.

Dia tersandar di tempat duduk pemandunya. Nama Hana bersih dari rekod polis. Tapi rekod itu tiada bukan kerana dia tak bersalah. Tapi kerana di belakangnya berdiri golongan Cyrille manakala si mangsa adalah golongan bawahan.

Kronologi itu dibaca dengan begitu teliti. Tapi Karl agak ragu-ragu jika masih ada kebenaran yang masih terkubur dan disimpan kemas.

Telefon Karl berdering menandakan panggilan masuk. Selepas beberapa minit bersembang, dia mulakan pemanduannya pulang ke rumah.


KARL tolak daun pintu. Ada bunyi kaca berlaga lembut dari ruang tamu. Kunci kereta disangkut di dinding dan kakinya melangkah perlahan ke arah Drea yang sedang minum di ruang tamu.

"Drea! It's still early for a drink!" Karl pantas merampas botol kaca itu dari tangan Drea. Sudah hampir setengah botol diteguknya. Tapi itu bukan botol pertama Drea. Sudah masuk botol kedua.

Wajah Drea kemerah-merahan dan sah-sah tidak sedarkan diri. Makanan di meja langsung tidak disentuh. Karl agak geram dengan kelakuan Drea. Siang-siang dah buka botol! Dahlah dengan perut kosong.

Air kosong dibawa ke bibir Drea.

"Minum ni." minta Karl sambil memapah tubuh gadis itu.

Drea menggeleng dan menepis dalam lembiknya lenggok tubuh.

"Andrea."

"I don't need you." Ujar Drea lemah.

"Drea, pull yourself together!" Karl menggoncang tubuh Drea. Mata bundar gadis itu menatap Karl.

"I'm breaking. I can't." Akuinya.

"C'mon Andrea! This is not you!"

Drea tergelak kuat tiba-tiba. Dia menolak tubuh Karl jauh darinya dan bangun dari sofa. Kaki yang melangkah berjalan bersilang. Hampir terjatuh, tapi Karl lebih cekap menangkap.

"Andrea deJann!"

"Can we get a divorce, right now?" soalan itu terpacul dari mulut Drea.

Karl terkedu.

"Lepas tu? Kau nak keluar dari Cyrille? Hidup merempat?"

Drea senyum dan mengalih kepalanya ke tempat lain. Sudah tidak mahu memandang Karl.

"You should get some rest." Karl terus mencempung tubuh Drea yang hampir tidak sedarkan diri menuju ke ruangan biliknya.

Elok sahaja tubuh itu dibaringkan, gadis itu terus lena diulit mimpi. Tidak pasti berapa lama gadis itu akan tidur.

The Elite of Cyrille [T.E.C]Where stories live. Discover now