Bab 12

1.6K 146 26
                                    

Bulan madu dah tamat dengan jayanya. Mereka tidak ke mana-mana. Walaupun Karl dah ajak banyak kali, tapi Drea tetap bertegas untuk duduk dibiliknya. Tapi apa yang menyakitkan hati, adalah pintu.

Pintu sudah dibaiki. Tapi semuanya tombol sudah ditukar kepada fingerprint door lock! Sakit hati Drea bila setiap pintu itu boleh diakses oleh Karl dan dirinya. Lebih menyakitkan hati bila dia tak tahu kata laluan untuk mengubah kebenaran akses.

Pintu bilik diketuk. Drea buat bodoh. Dia sambung membaca bukunya di birai katil.

"Drea." Panggil Karl.

Bisu. Karl tarik nafas dan menekap ibu jarinya pada tombol pintu. Automatik pintu itu boleh dibuka dari luar.

'Aku benci lelaki ni.' gumam Drea dalam hati bila kelibat Karl kelihatan di hadapannya.

"Aku nak pergi kerja ni." beritahu Karl.

Diam.

"Aku dah buat breakfast."

Diam lagi.

"Lunch nanti aku balik. Kita boleh pergi makan."

Bebola mata Drea fokus pada susuk tubuh Karl.

"Aku nak balik rumah mak aku. Aku nak ambil kereta." Beritahu Drea.

"No need. Aku dah minta orang hantarkan kereta kau ke sini."

Terkejut dengan kata-kata itu, Drea kerut dahi.

"Kau cakap dengan mak aku..?"

"Not that car. Kejap lagi akan ada orang datang untuk hantar kereta."

"New car?"

"Hope you like it." Karl senyum dan berlalu pergi. Drea katup buku. Dia selak comforter dan melihat kelibat Karl pergi dari cermin di sisi pintu.


MATA Drea besar melihat kereta yang ada di hadapan pintu rumahnya. Selepas menandatangani beberapa dokumen, kunci kereta diserahkan dan lelaki itu berlalu pergi dengan sebuah lagi kenderaan.

Drea pusing keliling Porche Boxster itu. Rambut yang jatuh ke dahi diraup ke belakang. Keningnya terjungkit sebelah.

Dia cuba duduk di tempat duduk pemandu. Dia perhati sekeliling. Di stereng belah kanan ada butang 0, S, S+ dan I. Drea muncung bibir sebelum menggigit bibir bawahnya. Dia lihat jam di tangan.

Sudah hampir ke waktu makan tengah hari. Bila-bila aje Karl akan pulang ke rumah. Kenapa kau nak peduli bila dia balik atau tidak, Drea?

Gear dimasuk pada R, kereta diundur ke belakang hingga ke jalan raya. Drea telan air liur. Butang di stereng itu di putar hingga ke simbol S+ (Sport Plus). Kaki yang berpijak pada brek diangkat dan diletakkan ke padel minyak. Pantas padel itu ditekan kuat! Rapat hingga ke lantai.

Hanya dalam kurang 4 saat, kereta itu boleh mencecah hingga ke 60km/h. Bunyi ngauman enjin kereta memberi kepuasan pada hati Drea. Rambutnya melayang ke belakang ditampar angin yang berkelajuan 120km/h itu.

Jalan yang rasa dan lurus itu dia redah. Jarum meter mencecah 200km/h. Ia makin naik dan menaik.

"Wohooooo!" Drea menjerit kepuasan dengan tawa. Dia membawa kenderaan itu menaiki bukit yang lengang.

Kenderaan di hadapannya dipotong tanpa rasa gerun. Ianya menyentak Hayla bila kenderaan di belakang itu begitu laju menaiki bukit.

Tanpa berfikir panjang, Hayla turut sama menekan padel untuk mengejar porche hitam di hadapannya. Dia tak tahu siapa yang memandu kenderaan itu.

The Elite of Cyrille [T.E.C]Where stories live. Discover now