Bunyi air tasik yang ditolak angin dan burung berkicauan membuatkan Karl terjaga dari tidurnya. What a nightmare. Macam mana si Hana ni boleh masuk mimpi entah. Cruz la ni!
Kepalanya terasa sakit dan sedikit pening. Dia buka mata perlahan-lahan dan mengamati kawasan sekeliling. Ini bukan biliknya. Pipinya betul-betul di atas lantai yang dingin. Dia bangun lemah.
Matanya tertacap pada kaca yang berderai di lantai. Dia gigit bibir bawah. Apa yang kau buat semalam, Karl Harb?!
Dia berusaha untuk mengingati semula apa yan terjadi semalam. Matanya terpandang lantai yang mempunyai kesan darah. Dahinya berkerut. Bentuk tapak kaki. Terus kepalanya teringatkan Drea.
Kaki pantas berlari mendapatkan Drea di bilik. Pintu bilik gadis itu diketuk dan cuba dibuka. Malangnya ia berkunci.
"Drea!" tempik Karl.
"Andrea!"
"Andrea DeJann!" terus pintu bilik dibuka. Wajah Drea masam mencuka.
"Don't you dare calling me with that full name!" Drea beri amaran.
"Darah... Kau luka ke?" Karl telan air liur.
Drea peluk tubuh dan menjeling. "No." Jawabnya ringkas.
"Then darah tu?"
"I don't give a shit. Just clean the hallway."
"Are you okay?"
"Do I look okay?" Drea memerli.
"Bagi aku tengok." Karl melangkah setapak ke dalam bilik.
"No need. Kalau kaki aku tak luka pun, I'm not okay. I'm not okay with this marriage, I'm not okay with you!"
"Just let me see." Karl berdegil.
"Jangan berani dekat dengan aku!" Drea melangkah ke belakang. Karl sedar kaki gadis itu sedang berbalut dengan kain putih.
"Just let me see it." Karl menunduk untuk capai kaki Drea tetapi gadis itu lagi jauh menjarakkan diri.
"I don't need it!"
Karl ketap gigi. Dia akhirnya berdiri tegak dengan wajah dingin sambil tepat memandang ke arah Drea. Terus tubuh gadis itu dicepung secara paksa.
"Karl!" menjerit kuat Drea dibuatnya. Karl meletakkan Drea ke katil. Dia kemudian mencapai tapak kaki Drea dan melepaskan simpulan kain, mendedahkan luka di tapak kaki Drea. Agak besar sebenarnya luka itu.
"Besar mana kaca yang kau pijak?" tanya Karl.
Drea tak menjawab. Dia cuma buang pandang ke arah tasik dengan muka bengis.
"Jom aku bawa kau pergi klinik." Ajak Karl.
"And then what?" Drea pandang ke arah rambut Karl yang mendongak kepadanya.
YOU ARE READING
The Elite of Cyrille [T.E.C]
RomanceDrea antara mereka yang berada di dalam golongan Cyrille. Satu komuniti elit yang dipandang tinggi oleh orang lain. Tapi jangan ingat hidupnya indah. Dia seakan boneka yang dikawal kedua orang tuanya. Harus hidup seperti yang dimahukan tradisi. Sem...