Lalu Nora pun pusing kepalanya secara diam untuk tidak ditangkap oleh lelaki itu. Shock.

"Syakir?" tanya Nora dalam hati.

"Nora?" Tanya Syakir dalam hati.

Tiada suara yang dikeluarkan mereka. Lalu Nora pun pusing ke hadapan dan berpura-pura tidak nampak apa-apa.

Pada masa yang sama, guru disiplin mereka pun tiba. Aduuh seram. Dia ni lebih garang dari Singa.

Pintu gate pun dibukanya. Lalu dia mengarah mereka masuk dan mula menyoal mereka, "Ni kali ke berapa lambat?"

"Pertama kali" Syakir menjawab.

Lalu dia memandang Nora dan menanya "Awak pula?"

Mendengar suaranya dengan matanya yang tajam macam pisau tu, membuat Nora rasa seperti hidup akan berakhir sebentar nanti.

"P..pertama kali".

'Aduuuh asal aku gagap pula ni.. Depan Syakir pula tu" Fikirnya.

Kemudian mereka berjalan dan masuk ke kelas melalui tangga yang berbeza. Lelaki dan perempuan ada tangga khas untuk masing-masing.

Setibanya di kelas, semua pelajar baru mulakan peperiksaannya. Mereka pun dengan pantas mengeluarkan beg pensil mereka dan pergi ke meja mereka.

'Selamat.." fikir Nora.

-

"Tak ada kertas yang tertinggal kan kelas?" Cikgu Atiqah menanya.

"Tidaaaak"  Semua pelajar menjawab.

"Baiklah. Kamu semua boleh ambil beg dan bersiap sedia untuk kelas ya." Lalu Cikgu keluar dari kelas dengan kertas peperiksaan yang telah dikumpulkan.

"Wooo" Pelajar lelaki mula menjerit. 

_

Mereka kini mula berdiri dari tempat mereka dan mengambil beg mereka yang diletak di hadapan kelas sebelum memulakan peperiksaan. Sesudah Nora kembali ke tempatnya, terus ramai pelajar perempuan melainkan kumpulan Fatin berkumpul di sekeliling mejanya. Sama juga dengan Syakir, membuat mereka berdua terkejut dengan kelakuan mereka. Lalu mereka semua memberi semyuman sinis.

"Ni dah kenapa dengan korang semua?"Nora menanya.

"Apa korang buat sebelum datang sekolah?" Aini menanya lalu yang lain mengangguk.

 "Buat apa? siap nak pergi sekolah lah" Nora jawab lalu memberi ketawa sarcastic.

"Sebelum pergi sekolah mestilah siap pergi sekolah kan haha.. gila ke kawan-kawan aku ni?" Nora menanya dalam hatinya.

"Ayeee" Mereka semua berkata, termasuk yang lelaki juga. Memberi jawapan yang sama. Dah seperti kembar!

"Habistu... macam mana kau dan Syakir bole datang sama timing pula?" Syafiqah menanya sambil duduk di meja Nora.

"It's a just a coincidence my dear Syafiqah" Nora menjawab.

"Coincidence? maksud kau, secara kebetulan?"

"Yes my dear. So jangan duduk di meja aku dan korang semua pun dah boleh duduk di tempat masing-masing ye. terima kasih untuk masa anda. Sekian" Lalu Nora pun menolak badan Syafiqah dan meletakkan kepalanya di meja, menyandarkan mereka di lengannya.

"Then.. korang buat something the night before?" Aini menanya, tidak berputus asa.

Mata Nora terbeliak kerana terkejut. Tapi syukur tiada yang nampak kerana dia sudah menutup mukanya. 

"Eh dah lah.. kesian Nora. Hish korang ni.. suka kenakan best friend kau eh" Maisarah cuba menghentikan mereka yang hobbynya mengacau orang.

"Ye lah.. Mai ni.. join je lah lain kali." Aini marah tetapi tidaklah serius mana. Cuma gurau-gurauan antara teman.

"Eh eh eh.. saya yang harus join. Dah dah.. pergi ke tempat masing-masing." Cikgu Atiqah bergurau sesudah masuk ke kelas.

Aini pun kini malu sendiri. Dah kali kedua dimalukan dah ni ditegur cikgu. cikgu yang sama lagi. Nora pula terasa lega dan rasa terselamat pula. Mereka memang berchatting malam semalam. Nora tidak sanggup menjawab soalan itu. Fuuh lagi lah akan diejek mereka. Diejek sebagai pasangan lagi. 

'Kalau aku biang tadi, pasti ejekan mereka tambah lebih dasyat. Tak pasal-pasal nanti diejek sebagai pasangan pula' Nora tertawa dalam hati. Tapi beberapa saat kemudian, dia terdiam '.... wait.. pasangan??' Nora menjerit dalam hati, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diacakapkan.

'Aku takkan suka dia pun hahaha bukan handsome macam Yongguk' Dia sambung. Yongguk tu adalah seorang penyanyi dan daripada kumpulan B.A.P yang diminatinya itu.

Tapi entah kenapa hatinya terasa tidak sedap semasa dia membandingkan mereka.


Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now