| Ringkasan Bab Puasa |

2 1 0
                                    

*RINGKASAN BAB PUASA*

*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci Dari Haid Dan Nifas (yakni sudah berhenti darahnya walaupun belum mandi suci).

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka. *Seperti* (lubang 👃, 👂🏻👄 2 lubang kemaluan)
3. Muntah Dengan Sengaja.
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan dlm basuhan nya.
6. Mencicipi Makanan Di Hujung Lidah

*5 HAL YG MENGHILANGKAN PAHALA PUASA*

1. Berdusta
2. Ghibah
3. Ado Domba
4. Sumpah palsu
5. Memandang seseorang dgn nafsu sahwat
6. mengeluarkan kata kata keji, cacian maki

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan tujuan Maksiat)
3. Orang Yang Haid Dan Nifas
4. Orang tidak berniat Puasa dimalam harinya.
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara² Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-

1. Mereka Yang Tidak Mengqada'kan hutang Puasanya Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua -
(Fidyahnya : 1 mud (700 gr) Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka berlipat 2 mud (mud akan berlipat sesuai jumlah romadhon yg terlewat sedangkan dia belum membayar hutang puasanya) Tetapi jumlah hari puasanya tetap Juga 1 Hari (Tidak berlipat)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.

3. Orang Yang sangat Tua Dan Tidak Berdaya/mampu Untuk Berpuasa

4. Orang Yang punya hutang Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya/peninggalan nya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya wajib ¹) Mengqada' Puasa Dan ²) Membayar Fidyah 1 mud Beras (700 gram) Setiap Hari Yang Di Tinggalkan jika Dia Meninggalkan Puasa Karena mengkhawatirkan Anaknya.

Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya sendiri Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya saja.

*Kafarat (denda) Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua² Suami Isteri Tersebut wajib Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kafarat (Denda) secara tertib (berurutan jika tidak mampu melaksanakan no 1 maka pindah ke no 2, jika tidak mampu melaksanakan no 2 maka pindah ke 3)

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Jika Tidak Mampu, maka pindah ke no 2)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya, maka pindah ke no 3)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Namun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Karena:
- Lupa jika dirinya sedang berpuasa romadhon.
- Jahil (tidak mengetahui) Tentang keharaman bersetuhuh disaat puasa,
- Di Paksa
Maka,
Tidaklah Wajib membayar Kafarat.

*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan dzahir Dan Batin

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Baik Daripada Tahun Sebelumnya.
*💎مجلس إمرأة عظيمة💎*

Islam Quotes 2 Where stories live. Discover now