| Pintu Kebaikan |

5 1 0
                                    

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahir Rahmanir Rahiim...
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈

PINTU KEBAIKAN

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi ﷺ bersabda;

"Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari."

(Musnad Ahmad No: 21628)
Dar Ihya Turath Arabiy
Status: Isnad Hasan

PENGAJARAN:

1. Nabi ﷺ menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka.

Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ

"Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (H.R. Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’)

4.  Perbanyakkanlah ibadat puasa khususnya puasa sunat pada bulan Syaaban ini. Moga ia menjadi perisai buat kita dari api neraka.

5.  Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah wabak Covid 19.

6.  Ambillah kesempatan untuk menyumbang kepada tabung Covid 19. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka.

Sabda Nabi ﷺ:

اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ

"Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji kurma." (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7.  Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah.

Semoga amalan ini  mampu membina kekuatan rohani kita. Ambillah kesempatan bermunajat dan berdoa di malam hari agar Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 sekarang.

Rebutlah peluang di bulan Syaaban ini ditambah dengan musim PKP sekarang, untuk melaksanakan amal-amal  yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban, bersedekah dan qiamullail.

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

Islam Quotes 2 Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum