Muz yang masih dengan sisa tawanya membuatkan aku bertambah geram. Andai diikutkan hati yang hitam dan berkeladak dengan titik-titik dosa ini, dah lama aku wrestling juga dia di sini. Sebuah jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya.

"Aik, marah? Bukan tadi dah janji ke?" tanya Muz. Dia merenung wajahku dari dekat. Segera aku memalingkan muka menghadap ke tempat lain.

"Ini bukan marah la! Merajuk je!" Aku memberi jawapan balas. Mana boleh kalah.

Muz tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Alolo... majok eh? Awok majok ngan titew te? Titew tori ngat-ngat. Awok angan ah majok ngan titew ama-ama. Nanti titew indu ah..."

Boleh pula dia cakap pelat macam itu dengan suara budak yang sengaja dibuat-buat. Apabila didengar betul-betul sebiji macam pelat Ahmad, anak Kak Tim itu. Aku tergelak sendiri. Wajah Muz kembali dipandang.

"Ya ke pasni awok tak wat agi camtu?" Aku join dia membangang sekali. Apa salahnya, membangang laki bini. Lama tak buat macam ini. Muz turut tersengih melihatkan aku yang kini mula mengikut rentaknya.

"Iya... titew tak wat camtu dah." Muz menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"Janji ulu ah ngan titew, baru oleh caye." Aku mempamerkan muka simpati. Sengaja ingin menguji sejauh mana Muz mampu bertahan dengan permainan ini.

Muz membetulkan duduknya supaya kelihatan tegak dan lurus. Tangan kanan pula diangkat rapat ke sisi. Sekali tengok, macam sungguh-sungguh saja. Paling tak tahan, riak wajah serius turut dikekalkan.

"Titew janji lain kali titew buat lagi."

Kepala aku dah terangguk-angguk. Hmm, bagus-bagus! Tidak lama kemudian baru aku tersedar. Muz tergelak besar.

Cis! Dia kencing aku lagi! Tak guna! Tanpa menunggu lama, jari-jemariku bertindak menggeletek pinggang Muz. Malam itu, bilik tidur kami bertukar bising dengan suara Muz yang lemak-lemak merdu meminta tolong supaya aku berhenti menggeleteknya.

Kacau orang lagi. Hah, padan muka!

*******

"Abang, malam tadi abang ada dengar bunyi bising tak?" Suara bonda memecah sunyi ketika kami semua berkumpul di meja makan untuk bersarapan pagi itu.

"Entahlah Rina. Abang tak dengar apa-apa pula. Kenapa? Budak-budak dah start main mercun ke? Raya dah lepas, kan? Ke... mercun untuk Deepavali pula?" Acuh tak acuh ayahanda menjawab. Dia sibuk menyapu jem anggur di atas roti.

Bonda membuat muka bosan sambil itu menjeling ayahanda di sisi.

"Abang ini lambat pick up la! Tak nak kawanlah macam ini!" Habis monyok muka bonda. Bibirnya pun dah muncung sedepa. Tambah lagi satu depa boleh dah buat sangkut baju Muz yang penuh satu almari itu.

"Dah kenapa dengan awak ini Rina? Peninglah saya. Merajuk pula dia." Ayahanda dah geleng-geleng kepala. Roti yang siap disapu jem dimasukkan ke dalam mulut. Aku dan Muz hanya diam memerhati. Masih tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Saya maksudkan budak berdua depan inilah, abang oi!" kata bonda.

Huh? Aku dengan Muz? Kenapa pula? Pandangan mata kami bertemu. Masing-masing belum mengerti apa yang bonda cuba sampaikan.

"Kau orang berdua buat apa hah malam tadi? Bisingnya, Ya Allah! Tembus sampai bilik bonda tau!" Renungan tajam bonda membuatkan selera makanku terhenti.

"Ish, awak ini. Boleh pula tanya soalan macam itu. Malam tadikan malam jumaat!" tegah ayahanda.

Dush! Darah merah terasa menyerbu ke seluruh muka. Apakah? Jujur, tiada reaksi yang mampu dipamerkan sekarang. Muz dah tergelak besar. Anggap sahajalah itu gelak yang paling kuat dia pernah buat.

"Eh abang ini. Malam jumaat pun mana boleh buat apa-apa! Lelakan tengah dalam pantang! Lambat nanti luka itu sembuh!" Bonda merengus geram mendengarkan kata-kata ayahanda.

Aku terkedu. Air liur yang ditelan terasa kesat. Sumpah la, bonda dan ayahanda fikir tentang benda-benda itu?

Tawa Muz semakin lama semakin kuat. Aku menjeling Muz di sebelah. Bagaikan memahami isyarat mataku, sisa tawanya segera dihabiskan.

"Hahaha... apa ayahanda dan bonda fikirkan ini? Teringin sangat ke nak timang cucu? Tak apa, jangan risau. Kalau pasal itu nanti pandai-pandailah Muz uruskan tapi bukan waktu sekaranglah."

Aku menyepak kaki Muz di bawah meja. Ish! Kenapa jawab macam itu pula! Ngok ngek la Muz ini. Aduhai, encik suami. Wajah yang merah menyala tak tahu nak disorok dekat mana dah. Dia ini tak pernah mengenal erti malu ke? Berkerut dahi Muz menahan sakit akibat penangan aku tadi.

"Ya ke? Boleh percaya ke kau orang berdua ini?" Bonda masih berbelah bagi ingin percaya atau tidak. Aku dan Muz dipandang silih berganti.

"Betul la, bonda! Takkanlah Muz nak buat macam itu dekat Lela. Muz waras lagi. Muz tahulah Muz pun kena berpantang sekali." Sungguh-sungguh Muz menerangkan. Aku mengangguk mengiakan.

"Lela!" Spontan aku mengangkat kepala. Bonda dah menyeru namaku, meminta penjelasan daripada aku pula.

"Err... be... betul itu bonda. Muz dan Lela tak buat apa-apa pun malam tadi. Tak tipu!"

"Kalau buat pun, buat yang ringan-ringan saja bonda!" Suara Muz menyampuk. Aku jeling dia sekali lagi. Muz tak tahu ke bahawa sesungguhnya pernyataan dia itu cukup untuk menimbulkan fitnah kepada manusia di bumi?

"Tuan Salahuddin Muzaffar Shah Al-Din!" Bonda menyeru nama panjang Muz pula. Terkunci mulut Muz jadinya. Aku menarik nafas dalam.

"Betul bonda! Tak jadi apa-apa pun semalam. Muz dan Lela bising sebab... Muz inilah! Dia kacau Lela tidur, bonda." Aku mengadu meminta belas kasihan bonda. Tak naklah kena marah sebab bukannya salah aku! Semuanya berpunca daripada mamat sengal kuasa lima di sebelah ini.

"Ish, nakal betul la Muzaffar Shah ini! Salah abanglah, ajar anak sampai terikut-ikut dia perangai tak semenggah itu." Aduh, kesian ayahanda terjebak sekali. Ayahanda hanya mengekalkan muka tak bersalah. Malas hendak melayan bonda agaknya.

"Kalau macam inilah jadinya... bonda nak asingkan tempat tidur Lela dengan Muz," ujar bonda lagi. Aku terkedu. Tidur asing? Wah, aku tak pernah la pula imagine sampai ke situ. Muz seperti tak boleh menerima hakikat sebaik mendengar kata-kata bonda.

"Ah, bonda! Takkanlah sampai macam itu. Tak elok tau bonda buat macam ini," rintih Muz dengan nada sayu. Riak wajahnya juga bertukar sendu dan mendung.

Bonda berpeluk tubuh sambil sesekali memandang ke arah kami berdua.

"Okey, fine! I'll give you the second chance. But, kalau malam ini ada bunyi bising-bising lagi ataupun Muz kacau Lela lagi... memang bonda proceed saja dengan apa yang bonda nak buat."

Muz tersengih. Suka sungguh! Aku hanya tertunduk patuh. Nampaknya, selepas ini tiada peluang dah la untuk Muz mengusik lagi, kan?


Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
TITLE MRS. UNTUK DELAILA [COMPLETED] ✔︎Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon