Bab 3: Keluar [EDITED]

Start from the beginning
                                    

Melihat muka Jet yang tidak lepas memandangnya, Rudy akhirnya mendengus kasar sebelum mengalah.

"Yalah, yalah aku tolong kau. Tunggu aku siap."

Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya, lalu mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan pintu ditutup rapat.

Jet bersorak kemenangan. Ungkit adalah cara yang paling berkesan untuk memaksa orang. Walaupun dia tak ada la mengungkit sangat pun tapi lebih kepada menyatakan kebenaran.

"Cepat sikit tau. Aku tunggu kat luar," pesan Jet di luar bilik mandi.

"Ya! Dah keluar," arah Rudy dari dalam. Bergema suara dia dalam bilik mandi itu.

Jet menurut sahaja sambil terloncat gembira. Langkah pertama, selesai!

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

RUDY berjalan di taman. Kedua-dua tangannya, diseluk ke dalam poket. Telinga dia kini merah padam menahan malu.

Malu ada, marah ada, menyampah ada, meluat ada... ah! Semualah ada! Sehabis baik dia cuba untuk mengawal emosi dan ekspresi mukanya. Namun itulah... dah serupa kerbau tenat pun ada.

"Nak aiskrim?" minta gadis itu lembut, memandang ke dalam anak mata Jet.

"Nak aiskrim? Jom," ajak Jet sudah menukar langkah.

Rudy perhatikan sahaja merpati haram dua sejoli di hadapan matanya. Dia membuntuti mereka berdua dari belakang seperti yang dilakukannya sepanjang hari ini.

Ya! Rudy ikut Jet dan teman wanitanya dating sepanjang tengah hari ini. Gila tak gila? Kalau la kewarasan akal fikirannya ditarik, sudah lama dicekik cekiknya pakcik getah ni! Gatal!

Ajak aku keluar sebab nak minta teman dating. Heh! Patutlah beria kejut aku bangun. Kalau tidak, aku yang bangun dulu.

Motif ajak aku keluar, kalau asyik layan perempuan aje? Tak nak berduaan konon takut nanti mengundang fitnah. Acah couple islamic. Tuihh!

Bebel Rudy panjang lebar di dalam hati. Tambah pula dengan matahari yang memancarkan sinar teriknya. Lagi berganda panas yang dirasa hati Rudy.

Marah, dia sungguh marah. Menyampah pun ada. Terlentok-lentok suara, tak takut dosa ke?

"Nak aiskrim mana?" soal Jet memandang ke arah gadis yang di sebelahnya.

"Nak ni." Tunjuk gadis tersebut dengan jari telunjuknya yang kecil.

"Nak cup ke cone?"

"Hehe, nak cup lah. Sekali dengan coklat. Boleh?" minta gadis kecil itu dengan membuat muka comel.

"Boleh je. Untuk awak kan." Jet tersenyum ke arah gadis tersebut.

Berderau laju darah Rudy saat ini. Kalau bukan sebab mereka di luar, sudah dibelanjanya penampar sebijik dekat muka Jet. Gelilah, siot!

Rudy menarik nafas dalam sambil mengusap dadanya lembut secara mental. Tenang wahai diri... kau nak menasihat lebih kau bukan muslim. Sabar jelah.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now