"Cikgu tak payah la fikir pasal dia, cikgu." Lantang Suria bersuara, berjaya mendiamkan semua pelajar di dalam kelas itu.

"Lagi cikgu fikir, lagi pening. Baik cikgu fokus kat kitorang yang datang sekolah ni nak belajar. Bukan setakat tahu mengumpat aje." katanya lagi, menjeling sorang-sorang daripada mereka di dalam itu yang rancak mencanang tadi.

"Mana ada kitorang mengumpat. Benda betul," kata salah seorang murid perempuan di dalam kelas itu.

"Tak kisahlah betul ke tak betul, bercakap belakang orang tu dosa. Dosa dengan Tuhan kau boleh taubat. Dosa dengan manusia? Kau nak cari Rudy tu kat mana? Padang mahsyar?" Pedas sekali soalan yang ditubi Suria.

"Rudy tak datang baru lima hari pun nak kecoh gantung sekolah. Kau yang couple nak dekat setahun tu pula apa? Bukan setakat peraturan sekolah, peratuhan Tuhan pun kau langgar. Takda pula Allah panah kau dengan petir terus." Selamba sahaja Suria menyambung membuatkan masing-masing tersentap.

Terteguk masing-masing ludah sendiri. Kerana memang tak dinafikan, ramai saja pelajar di dalam kelas itu baik lelaki mahupun perempuan yang menjalinkan hubungan secara haram.

Alasannya kerana ingin mengikut trend. Mahu membuktikan yang diri mereka laku dan tak mahu kesunyian.

Barang kalau dah murah, mestilah laku.

"Dah, sudah. Jangan gaduh. Suria..." Cikgu Lina cuba menenangkan Suria yang sudah naik angin.

Suria yang menggalas jawatan sebagai penolong kelas itu mengeluh perlahan tatkala cikgu memanggil namanya sebegitu rupa.

"Macam saya cakap, kita fokus belajar je cikgu. Kalau Rudy nak datang, dia akan datang. Yang saya tahu, saya datang sekolah nak belajar, bukan bazirkan masa fikir pasal orang yang tak datang."

Cikgu Lina menghelakan nafas panjang mendengar leteran Suria. Tak lama dia tersenyum di dalam hati. Betul juga kata-kata Suria itu. Takkanlah kerana seorang murid yang tidak hadir, dia perlu sia-siakan lagi 20 murid yang ada ini?

"Hm, yalah. Kita sambung tema kita yang lepas. Keluarkan karangan yang saya bagi minggu lepas dan letakkan di atas meja masing-masing. Yang tak siap, berdiri."

Sejurus arahan Cikgu Lina, selaku Cikgu Bahasa Melayu mereka dikeluarkan, lantas semua berpusing ke belakang mengeluarkan kerja yang diamanahkan untuk mereka selesaikan.

"Cakap dengan Rudy, lebih baik dia datang sekolah minggu depan," bisik Suria membuatkan Iman sekali lagi memandangnya.

"Aku back-up kawan kau tu sekali ni je. Lepas ni aku tak buat dah. Malas."

Iman tersenyum kecil. Lega rasa hatinya kerana sekurang-kurangnya ada yang memahami. 

"Terima kasih."

"Dah takyah sedih. Aku tahulah kau kisah sangat pasal dia."

Iman tersentak kecil. Mati langsung senyumannya. Dia tersentak bukan kerana Suria dapat membaca air mukanya, kerana Suria memang handal membaca gerak tubuh orang.

Namun yang membuatkan Iman tergamam adalah apabila Suria kata dia sedih. Iman terkebil-kebil seorang diri. Dia sedih?

Pasal Rudy?


═ ∘◦❦◦∘ ═


HABIS sahaja kelas masing-masing di Akademi, mata Iman melilau mencari Jet. Jumpa sahaja gadis itu dengan orang yang dicari, dia terus memanggil lelaki tersebut dan berlari ke arahnya.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now