PROLOG

140 10 0
                                    


Senja menjelang, lolongan pelajar wanita yang kesurupan yang kedengaran memekakkan telinga aku. Aku berada bersama sekumpulan penghuni-penghuni asrama yang lain, berlindung di surau sekolah. Kami semua diarahkan untuk melakukan bacaan Yasin berjemaah, mudah-mudahan dibantu oleh Allah Yang Esa. Wajah ketakutan jelas terpancar di muka mereka. Ada yang berpelukan antara satu sama lain sambil berkain pelikat, ada yang menangis teresak-esak memanggil nama ibu-bapa mereka. Ah, kenapa perkara ini harus terjadi semasa aku bertugas sebagai warden pada pertama kalinya? Buku Yasin aku selak satu persatu. Mulut aku tak lekang membaca ayat-ayat suci-Nya. Titik peluhku mengenai helaian surah tersebut.

Berakhirnya sesi bacaan Yasin, tiba-tiba satu surau jadi gelap-gelita. Angin kencang menerbalikkan almari simpan telekung di belakang. Nasib baik tidak terkena aku dan orang lain. Semua orang kecut perut, sehingga mikrofon yang ustaz pegang terjatuh. Sekumpulan pelajar perempuan yang dirasuk merempuh masuk melalui pintu depan dan mula menyerang ustaz tersebut. Aku yang berada di barisan hadapan saf tak dapat menjangka kehadiran pelajar tersebut. Mata pelajar perempuan itu hitam pekat, darah tersembul keluar dari mulutnya yang tersenyum. Tangannya mencakar-cakar muka ustaz itu. 

Aku bangun dan arahkan tiga orang budak asrama lelaki cepat-cepat pisahkan perempuan itu daripada ustaz. Budak perempuan itu dipaksa baring di atas lantai, pergelangan tangan diikat dengan kain. Orang yang berada di sekeliling tempat kejadian menjauhi, itupun sempat lagi mereka bersorak menyaksikan kejadian itu. 

Keadaan bertambah teruk bila ada seorang budak lelaki pula meracau tak tentu pasal, diikuti dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka berlari di sana sini seperti orang gila. Baju melayu yang dipakai ditanggalkan dan dikibas-kibas. Aku yang melihat pun tak tahu sama ada nak gelak ataupun tidak, walaupun benda ni amat serius. 

"Aku rasa benda ni dah jadi semakin teruk. Ustaz Sariman pun struggle nak ubatkan budak perempuan tu ni tambah lagi enam orang. Apa yang kita nak buat ni? Hal luar pun tak terkawal." rakan sekerja cuit bahu aku, menyuarakan kerisauannya. Aku hanya geleng kepala. Ustaz backup yang aku call lima minit tadi pun tak sampai-sampai. 

Semua warden-warden plus ustaz, ustazah kat sini buntu tak tau nak buat apa sebab sebenarnya inilah kali pertama sekolah ni ada kes histeria. 

ASRAMAWhere stories live. Discover now