"Kita datang sini nak buat apa?" Soal Justin dengan senyuman yang menakutkan.

"Shopping!" Jerit Mayu dan Olivia tanpa rasa malu.

Talha yang berada berdekatan sudah menepuk dahi. Gadis-gadis ini, memang fikir mereka sahaja.

"Salah! Kita datang sini demi Le Musique Concurrence." Justin mula meninggikan suara.

Namun, perbuatannya itu tidak menakutkan Mayu dan Olivia. Mereka mengetap bibir menahan marah. Sekiranya dibalas kata-kata Justin itu nanti, diajak pulang ke sekolah pula.

"Sudahlah." Tiba-tiba Lydia berkata seraya mencampakkan popcorn-nya ke tepi. Wajahnya menayangkan riak serius. "Kita biarkan Chin Sun yang pilih tempat." 

"Mwo?" Chin Sun yang baru mengambil sekeping roti dari dapur tersentak. Dia menoleh ke arah sembilan orang remaja yang sedang duduk setempat. Empat orang gadis di sofa, lima orang jejaka berada berdekatan dengan tangga.

Olivia dan Mayu mara ke arah Chin Sun dengan wajah ketat. Mereka membisikkan sesuatu pada Chin Sun. Terbantut niat Chin Sun untuk bersantap dengan tenang.

"Baiklah." Keluh Chin Sun.


~~~~~~~~


Kaki aku bagaikan sudah mahu... Patah!

Seronok? Ya, aku sangat seronok dapat shopping macam-macam. Tapi yang tak seronoknya sekarang ialah aku dah penat sangat sebab berjalan dari pagi dan sekarang sudah malam. Kerja aku hanyalah mengekori Mayu ke mana sahaja dia pergi manakala Lydia pula, setia di sisi aku.

Mula-mula, kami ke Myeongdong. Selepas itu, kami ke Dongdaemun pula. Langit sudah gelap! Aku mahu pulang.

"Kalian." Justin cuba menggamit perhatian. Kami yang dari tadi mengekori Mayu dan Olivia dari belakang berhenti daripada terus melangkah. 

"Ya?" Balas Olivia, menoleh.

Justin menarik nafas dalam lalu dihela perlahan-lahan. Aku rasa, dia amat letih kerana harus menjaga kami seharian. Bukan apa, Korea ini besar jadi kami harus bersama-sama. Alasannya, takut kami hilang sepertimana ketika di Jepun dahulu.

"Disebabkan hari ni kita dah banyak berjalan, saya tak mahu sesiapa keluar dari rumah mulai esok. Sepanjang minggu, kita akan fokus dengan persiapan kita." Akhirnya, Justin bersuara tenang. Tetapi, kami dapat lihat api amarah pada anak matanya.

Kini, kami saling memandang satu sama lain. Tiada satu patah pun yang keluar dari mulut masing-masing bagi membalas kata-kata Justin.

"Setuju." Ucap Min Hyuk. Sudah jelas lagi bersuluh, dia kelihatan penat sekali.

Pssh!

Telingaku menangkap satu bunyi aneh. Aku memasang kekuda bagi bersedia sekiranya satu serangan bakal tiba. Aku memejamkan mata bagi menguatkan deria. Beberapa saat selepas itu, aku bertembung mata dengan Lydia. Dia mengangguk.

"Piano Protection!" Jeritku kuat. Satu dinding piano mengelilingi kami.

Faron menjongketkan kening memandangku. "Hailey, kenapa kau-"

Kboom!

Batu-batu kerikil menghujani kami dengan pantas. Akibat daripada tusukan batu-batu tersebut, pelindung aku semakin lama semakin mengecil. Aku lantas meminta pertolongan.

Tali-tali halus daripada gitar milik Lydia membaluti pelindung aku. Buat sementara ini, kami akan selamat.

"Apa jadi?!" Reuben bertanya kuat. 

"Saya rasa orang yang serang kumpulan Aesthetic Sketch haritulah!" Balas Lydia. Tangannya dihala ke atas bagi menjaga magisnya.

Sepuluh minit berlalu, bunyi yang berasal daripada batu-batu yang menjunam itu semakin perlahan. Kami menurunkan pelindung dengan berhati-hati.

"Ini bukan batu kerikil." Talha melutut dan memeriksa lantai. "Ini kastenet kecil." 

"Kastenet? Benda tu macam ketam tau. Kalau kena satu pada tangan, sakit dia memang boleh lebam dibuatnya." Reuben membebel. Tangannya turut menutip kastenet-kastenet kecil itu bersama Talha.

Aku mendongak ke atas. Seseorang berjubah hitam sedang merenung ke arah kami dari atas bangunan. Tidak dinafikan bahawa magisnya kuat. Serangannya hanya pada kami, bukan pada orang lain. Hal ini kerana, aku dapat melihat orang-orang yang berjalan tidak mengambil kisah tentang kami.

Ini baru dua buah negara kami lawat. Belum lagi lima!

"Lepas tiga hari, jom terus ke Malaysia." Saranku dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Hah?!" Mereka semua memandangku tidak percaya. Terutamanya Justin yang merupakan ketua.

"Awak nak cacatkan jadual Lady Beatrix ke?" Tanya Mayu, terkejut.

Tidak, itu bukan niat aku. Aku ingin lihat, sejauh manakah dan seramai manakah puak Lilac ini akan mengejar aku. Jikalau semuanya selesai sebelum Le Musique Concurrence, aku bebas. Aku akan cuba cari dalang semua ini. Apa yang aku pasti, Lady Beatrix mesti akan setuju dengan perkara ini.

Aku menggeleng bagi soalan Mayu. "Min Hyuk, awak okey tak?" Tanyaku lalu menoleh ke arah jejaka yang disoal itu. Kini, semua mata tertumpu padanya.

Min Hyuk berjeda. Dia memandang kami dengan pandangan kosong.

"Saya tak kisah." Balasnya sambil menjongketkan bahu sempoi.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now