» 21

790 60 8
                                    

Aku berlari anak menuju ke padang sekolah. Aku merupakan rumah sukan ungu. Begitu juga dengan Hariel. Kebetulan kan? Manakala Athena rumah sukan hijau manakala Khairul pula rumah sukan merah.

Sedih yang diorang tak bersama.

Pelajar lain sudah siap berkumpul.

"Kenapa lambat?" Tanya Hariel. Ops, Pembetulan. Ketua rumah sukan Ungu.

Kan? Semua jawatan lelaki ni nak rembat.

"Aku ada hal kat bilik pengawas" jawab aku acuh tak acuh lalu bergerak masuk ke dalam barisan.

"Okay, so. Yang mana masuk acara, akan berlatih dengan acara dia. Baki pelajar akan automatik masuk perbarisan.

Adumakk. Aku dah lah tak suka perbarisan. Lari apatah lagi. Tapi okay lah perbarisan dari berlari kan? Hehe.

"Okay yang masuk acara sila bergerak ke kanan. Yang tak masuk apa-apa ke kiri" arah Hariel.

Langkah aku terus bergerak ke kiri.

"Eh kau nak pergi mana?" Tegur Hariel.

"Kiri lah? Tadi kata tak masuk apa-apa pergi kiri?" Aku ingin kepastian. Mana lah tahu aku ni pekak.

"Kat sini tulis kau masukkan diri dalam acara larian 100 meter. Jangan nak kelentong eh. Dah masukkan nama tak nak mengaku pula" kata Hariel

Aku yang terdengar memandangnya tidak percaya. Kertas itu aku rampas dengan kasar.

Weh betul!

"Apa ni? Aku tak nak masuk! Sumpah nillah aku tak letak nama!" Bentak aku.

"Dah tu takkan nak tarik diri? Cikgu kata kalau kau nak tarik diri mesti ada pengganti or else, nope" tegah Hariel.

Aku terus mencangkung lalu menutup wajah. Aiyoo stress lah! Siapa yang bijaksana sangat tulis nama aku? Aiyooooo!!

"Ada siapa-siapa nak masuk acara larian 100 meter tak?" Laung aku.

Namun tiada jawapan. Alahai lagi lah rasa nak rebah.

"Hariel tolong aku riel. Sumpah aku tak tulis nama aku. Aku je benci lari. Tolong doh. Aku tak nak lari.." rungut aku.

Hariel mengeluh berat.

"Kalau aku boleh tolong, dah lama aku buat, Frey." kata Hariel.

"Fine. Fine. Tapi kalau rumah kita kalah, don't blame me" kata aku sebelum berlalu pergi.

Aku mengeluh lalu duduk di tepi padang.

Wajah disembamkan ke lutut.

Jebon mana doh yang letak aku dalam acara larian ni?

"Kau okay?" Tegur Hariel.

Kepala aku didongakkan.

"Okay. Aku happy sangat dapat lari" jawab aku dalam nada sarkastik.

Hariel menggulingkan mata.

"Aku rasa aku boleh tolong kau. Tapi kena ada deal" kata Hariel tiba-tiba.

"Weh aku sanggup doh! Apa?"  Aku tak kisah dah. Daripada lari? Kau nak tahu kenapa aku benci gila berlari? Satu. Sebab benda tu bergoyang. Perempuan pasti faham. Kedua. Semua orang tengok. Kalau menang mungkin aku akan bangga diorang tengok. Masalahnya aku lembab! Siput pun menang lawan aku!

"A date with me"

Aku membulatkan mata tidak percaya.

"Haha funny. Betul-betullah" desak aku.

"I'm not making a joke" jawab Hariel serius.

"Tu je?" Tanya aku ingin kepastian.

"Ada lagi"

Aku mengeluh. Kalau date pun dah susah bagi aku, apatah lagi syarat yang kedua ni.

"Duet dengan aku untuk persembahan hari sukan" jawab Hariel.

Gila! Suara aku dah la macam cengkerik beranak! Eiii..

"Tak apa lah. Aku lagi rela berlari" jawab aku dengan nada pasrah.

"Okay. Tapi kalau cikgu marah kau aku tak tahu" balas Hariel.

Dia ni memang sengaja je. Kepala kembali dihumbam ke lutut

"Fine..." Jawab aku lemah.

"Alright. Tomorrow 3 p.m. I pick you up" kata Hariel lalu berlalu dari situ.

Kepala didongakkan. Hariel menuju ke sekumpulan perempuan. Dia seperti sedang bercakap sesuatu kemudian perempuan itu seperti mengangguk setuju.

Ceh. Set up date for another girl rupanya! Play boy!

Aku tak cemburu lah!

Langkah terus beredar pergi dari situ.

•••

Aku mengetuk pintu dewan. Kosong. Hariel suruh jumpa disini untuk latihan persembahan hari sukan tu.

Tak sangka nanti aku akan mencalar maruah by nyanyi kat atas pentas.

Kawasan dewan memang lenggang betul. Dia yang suruh jumpa, dia yang lambat! Ini lah manusia. Bila berjanji dia mungkiri.

Eh tak ada lah mungkir mana. Dia lambat aje. Over betul kau ni.

Okay aku mengaku aku cemburu sedikit apabila Hariel set up for another girl when he had a date with me.

Tapi kau confident ke dia set up date dengan perempuan tu? Freya, Freya. Suka tuduh melulu.

"Hai" tegur Hariel.

"Ha cepat lah. Lama aku tunggu" kata aku tidak membalas 'hai' dia. Wajah tidak suka dipamerkan.

"Okay. Sorry. Ni script lagu. Link nanti aku akan sha—"

"Ha ye ye. Dah tu je kan? Ok bye" potong aku.

Hariel tergamam.

"Ada lagi" kata Hariel apabila aku baru melangkah setapak keluar.

"Apa cepatlah?"

"Take care"

Wajah aku merah serta merta. Cepat-cepat aku tepis perasaan tu. Dah dah lah tu berharap.

Cepat-cepat aku berlalu pergi.

•••

Pintu dikuak luas. Fareel sedang membelai Kiko.

"Hai" tegur Fareel.

"Hello" balas aku dengan wajah muram.

"What's wrong?" Tanya Fareel.

"Tah kau rasa?" Tanya aku semula sebelum maauk ke dalam bilik.

Fareel tersenyum puas.

' tak sia-sia aku letak nama kakak dalam acara tu. Bagus, Hariel. Cepat bertindak. Hahahahahah ' gumam Fareel lalu tersenyum kemenangan.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now