» 15

807 59 0
                                    

Aku melangkah longlai ke kantin. Athena yang meneman aku melihat aku pelik.

"Kau kenapa weh? Okay tak ni? Macam jasad yang takde roh je" Tanya Athena risau.

Haih Thena.

"Aku.. okay.." aku melangkah masuk ke dalam koperasi.

Roti coklat diambil dan dibayar.

Sejak pagi tadi, selepas aku disembur oleh Fareel, aku rasa macam aku ni kakak yang tak berguna.

Macam tu ke Yeeq rasa sebelum ni?

"Eh aku kena pergi bilik kaunseling lag. Nak jumpa Mifza kejap" Kata Athena.

"Aku ikut kau lah" balas aku.

Athena mengangguk setuju.

Kami berdua berjalan menuju ke blok Scorpion. Blok itu blok paling sunyi. Sebabnya ini Blok dimana Tingkatan 6 ditempatkan.

Tingkatan 6 semua dah balik. Sebab tu senyap.

"Bilik Kaunseling kat mana?" Tanya aku. Aku kan masih 'pelajar baru'.

"Atas" jawab Athena.

"Malas nya naik. Aku tunggu bawah eh?"

"Okay. Tunggu aku tau" Pesan Athena.

Aku mengangguk.

Roti coklat itu aku buka plastiknya. Lalu aku sumbat hujung roti masuk ke dalam mulut.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit kesakitan dibelakang blok Scorpion.

Terus langkah aku maju mengikut punca suara.

Aku mengintai. Aku memang macam ni lah. Suka intai dulu.

Kelihatan Fareel. Eh kejap. Fareel lagi?

Fareel sedang terduduk di atas tanah manakala ada dua orang pelajar lelaki mentertawakan Fareel.

Cepat-cepat aku bergerak ke arah mereka.

"Woi!" Tengking aku.

Wajah dua pelajar itu aku scan. Manalah tahu diorang nak lari. At least aku ingat wajah diorang.

Dua orang pelajar itu sudah tidak keruan.

"Akak pengawas! Dia buli saya tadi! Akak macam tak tahu dia punya kes ni dah banyak!" Kata salah seorang pelajar tadi lalu menunjuk ke arah Fareel.

Aku mula-mula memang percaya akan kata dua orang pelajar itu. Tapi bila teringat kembali apa yang Fareel katakan pagi tadi, aku cuba berfikiran matang.

Guna otak kau, Freya.

"Betul Fareel?" Tanya aku tidak percaya.

Fareel mengeluh hampa.

Dua orang pelajar tadi tersenyum sinis.

"Kalau betul dia buli korang kenapa dia yang kat bawah?" Tanya aku sinis. Tangan di disilang.

"Erk.. Ta-tadi dia tolak saya. Tu yang saya balas balik" jawab dia lagi.

"Betul?" Tanya aku ingin kepastian.

Mereka mengangguk laju.

Aku berjalan perlahan-lahan ke belakang dua orang pelajar tadi.

Kemudian aku tergelak sinis.

"Kalau betul kau jatuh tadi kenapa baju kau tak kotor? Sedangkan kawasan ni basah akibat hujan malam tadi" Aku bersungguh-sungguh mempertahankan Fareel.

Fareel menoleh ke arah aku tidak percaya.

Lidah mereka sudah kelu untuk mencari alasan.

"Aku nak tengok muka kau kat bilik disiplin esok. Kalau tak ada hukuman lebih berat menimpa korang" pesan aku.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now