BAB 10

1.4K 31 11
                                    

Nadzhan mencuit hidung Tya dan mereka ketawa bersama-sama sambil berlari anak mengelilingi pohon rendang yang berimbun. Tya memeluk Nadzhan dari belakang dan Nadzhan menarik Tya supaya menghadapnya. Sekali lagi Nadzhan mencuit hidung Tya dan Tya membuat perkara yang sama terhadap Nadzhan. Nadzhan mengusik Tya dengan menggeletek pinggang isterinya sehingga Tya terduduk di atas rimbunan rumput hijau. Dia menarik Nadzhan supaya duduk di sebelahnya. Gaya mereka seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Mereka tidak menghiraukan pengunjung yang lalu lalang.

"You... I suka baca novel romantik tau."

"So?" Nadzhan buat-buat tak faham.

"You ni... sengaja tau buat-buat tak faham. Nak merajuk la camni," ujar Tya sambil memalingkan tubuhnya dari menghadap Nadzhan. Perbuatannya itu mencuit hati Nadzhan.

Nadzhan tersenyum melihat telatah Tya yang kebudak-budakkan itu. Dia mencuit dagu isterinya namun ditepis Tya. Nadzhan tersenyum. Dia baring di atas rumput dengan beralaskan lengan sambil matanya melirik ke arah Tya.

"Ala... ada orang merajuk la. Camne nak pujuk ni," lembut suara Nadzhan menyebabkan Tya tersenyum. Nadzhan bangun dan merapatkan wajahnya ke telinga Tya.

"I love you," bisik Nadzhan sambil bermain rambut Tya.

Hembusan nafas Nadzhan di telinga Tya membuatkan Tya berasa geli namun dia tetap keraskan hatinya.

"Cup!"

Bulat mata Tya. Dia menoleh ke arah suaminya dan sekali lagi wajahnya menjadi sasaran sang suami tetapi kali ini bukan di pipi tetapi di bibir. Cepat Tya menarik wajahnya dan Nadzhan nampak wajah isterinya sudah berubah warna.

"You niiiiiiiiii..."

Merona merah wajah Tya. Dipukulnya dada Nadzhan. Nadzhan ketawa gembira dan menggenggam erat tangan isterinya.

"Tadi cakap suka novel romantic. I jadi la romantik," bisik Nadzhan lembut.

"Malu la orang tengok. Kan dekat tempat awam ni," marah Tya dengan muka yang merah.

"Kita dekat Ireland sekarang sayang. Tak ada siapa nak tegur. Tengok sana tu. Lagi teruk."

Tya melihat ke arah yang ditunjukkan suaminya dan dia tersenyum. Kepalanya dilentokkan ke bahu suami. Dia berasa sangat bahagia. Tya merangkul erat pinggang suaminya.

"Jake sanggup membeku demi Rose, Romeo sanggup mati demi Juliet."

Tya angkat muka memandang suaminya. Seperti pernah dengar ayat tu tapi di mana ya?

"I tak mampu berendam dalam Atlantik. I pun sayang nyawa I so I tak sanggup bunuh diri demi you tapi I janji I akan jadi knight in shing amor you. I akan pastikan keselamatan you terjamin and I akan selalu jadi bayang-bayang you walau di mana pun you berada."

Tya menutup mulutnya dengan tangan. Terharu dia dengar ayat romantik Nadzhan itu. Tak sangka suaminya pandai bermadah pujangga walaupun ayat tunggang langgang sikit.

Nadzhan mengenyitkan mata kanannya pada Tya. Terserlah perasaan bangga dan riak di wajahnya.

Tya meletakkan kedua belah telapak tangannya di pipi Nadzhan. Mata Nadzhan ditatap.

"You yang curi diari I kan?"

"Eh, apa pulak cakap macam tu. I fikir tau ayat-ayat tu. I perah otak I yang brilliant mengalahkan Albert Einstein ni untuk buat you rasa kagum dengan I."

Nadzhan berdalih. Tangan Tya dicapai dan dikucup penuh cinta.

"Aku tak mampu melindungimu seperti Jake melindungi Rosenya, aku tidak mampu berkorban seperti Romeo demi Julietnya namun aku akan pastikan aku dapat menandingi Jun Sang untuk terus mencintai dan mengingatimu di setiap degupan jantung ini."

Giliran Tya pula mengangkat sebelah keningnya. Nadzhan mencebik.

"I tak masukkan tang Jun Sang tu sebab I tak tahu dia dari drama apa. You la tak masukkan."

Semakin mengecil mata Tya memandang suaminya. Nadzhan senyum sahaja sehingga menampakkan baris gigi putihnya. Dia mula bangun dan berlari menjauhi Tya.

"Nadzhan! You yang curi diari I kan," jerit Tya sambil mengejar Nadzhan yang sudah jauh di hadapan. Nadzhan ketawa riang sambil melambaikan tangannya.

"Tengku."

Lamunan Nadzhan mati. Dia menoleh ke arah Edrian. Raybannya diturunkan sedikit.

"Kereta dah sampai."

Nadzhan mengangguk. Langkah kaki diatur menuju ke arah Ronger Rover putih. Dia mengambil tempat di bahagian belakang sementara Edrian di hadapan, bersebelahan pemandu.

Range Rover bergerak dari kawasan Lapangan Terbang Penang itu menuju ke Kangar. Nadzhan menyandarkan kepalanya. iPhone di dalam poket ditarik keluar. Kosong. Tiada tanda Tya mencarinya. Satu keluhan dilepaskan. Dia menaip sesuatu di atas skrin rata itu sebelum meletakkan iPhone itu di sisi. Mata dilelapkan. Dia ingin berehat untuk masa dua jam setengah itu sebelum menghadiri kursus yang bakal memenatkan fizikalnya.

Bunyi yang terhasil dari iPhone Tya mengganggu fokus di dilik sederhana besar itu. Tya memandang iPhone di atas meja sepi. Notifikasi yang keluar tidak menarik minatnya.

"Continue," arah Tya. Wani yang sedang membentangkan kewangan syarikat menyambung semula tugasnya.

Fokus dia mendengar pada pembentangan Wani. Sesekali matanya melirik juga pada iPhone di depan. Hanim di sebelah perasan gerak-geri puannya. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang berlaku antara Tya dan Nadzhan namun tidak pula dia berminat nak tahu lebih lanjut.

Selesai sahaja pembentangan, Tya mendahului yang lain keluar dari bilik mesyuarat itu. Hanim membuntuti langkah Tya.

"Hari ni I nak balik awal," beritahu Tya tanpa menoleh ke arah Hanim. Hanim mengangguk.

Tya menolak daun pintu biliknya. Punggung dilabuhkan pada kerusi dan dia menekan butang notifikasi di iPhone.

Nadzhan: I dah sampai Penang. Sekarang kami otw ke Kangar. I miss you.

Lama dia baca pesanan Nadzhan itu. Hatinya agak tersentuh dengan usaha Nadzhan untuk memujuknya tapi dia tiada hati hendak membalas. Nota cinta Nadzhan yang disimpan di dalam laci meja dikeluarkan. Merekah bibirnya dengan senyuman. Sengaja dia nak lihat sejauh mana kesabaran Nadzhan. Kata-kata Syiqin berulang tayang di kepala.

"Kau isteri dia. Kau goda la dia. Kalau tak jalan, kau buat keras kepala kau. Tengok jauh mana ego dia bertahan. Mesti kalah punya. At last nanti dia sedar la kau sebenarnya lebih penting dari Ain."

Tya menggeleng. Tak sangka menjadi juga eksperiment dia. Panahan cinta seorang Tya Medina memang tak ada siapa boleh lawan. Tya yakin sebaik sahaja Nadzhan balik dari Perlis, nama Ain akan hilang dari mulut suaminya. Sengaja dia membiarkan Nadzhan menanggung rindu terhadapnya. Tya juga yakin, perancangan Nadzhan untuk ke Kedah akan dibatalkan.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now