BAB 9

1.2K 23 2
                                    


Tya masuk office seperti biasa dan saat pintu biliknya dilebarkan, terus berkerut dahinya. Langkah kaki tetap diatur menghampiri meja kerjanya. Jambangan bunga ros dari perlbagai warna di atas meja dibawa ke pelukannya. Sudah lama dia tidak dapat hadiah sebegini, kali terakhir dia dapat selepas melahirkan Raid. Senyuman terukir di bibir merah Tya. Dia mencapai nota bersaiz A4 yang diselitkan di antara bung-bunga itu.

To:My lovely girl.

Merah: I love you

Pink: I bahagia dan kagum dengan kecantikan you

Kuning: Thanks sebab jadi sahabat I walaupun kita lebih kepada tom and jerry

Lavender: I think I love you at the first sign. ( Ingat tak masa I marah you langgar I)

Putih: Cinta kita sangat suci

Hijau: You sebab I terus bersemangat untuk meneruskan hidup

Jingga: I rindu saat saat kita berdua

Biru: Kadang I susah nak faham you sebab you sangat sukar diramal

Krim: Thank you for everything

Tya memanggil Hanim masuk melalui intercom. Tidak sampai seminit, Hanim terpacak di hadapannya.

"Wow, bunga."

Teruja Hanim melihat jambangan bunga di atas meja Tya. Tya senyum padanya.

"Nak?"

Blur muka Hanim.

"Puan nak bagi saya ke? Tapi bunga ni Tengku yang hadiahkan. Tak nak la."

"Tak pe. Saya boleh minta bila-bila saya nak. Ambil la. Jaga baik-baik. Bunga hidup ni. Kalau kena gaya penyimpanan awak tiga minggu bunga ni bertahan.

Hanim pelik. Kalau dia dapat hadiah bunga dari suami, haram dia nak bagi orang lain. Namun dicapai juga bunga yang dihulur Tya. Dilihat warna-warna pada bunga itu.

"Wah, warna warni ya. Kenapa warna warni puan?"

Tya menjongketkan bahunya. Dia kemudian membenarkan Hanim menyambung kerja. Kertas A4 yang mempunyai tulisan tangan Nadzhan dibaca sekali lagi. Tersenyum sendirian dia baca ayat-ayat di situ. Tak sangka Nadzhan boleh jadi seromantik itu.

Nadzhan memandang iPhone di tangan. Dia ternanti panggilan atau whatsapp dari Tya namun sepi. Nadzhan melepaskan keluhan. Lima minit lagi pesawat yang dinaikinya akan berlepas dan handphone terpaksa dimatikan. Nadzhan harap sebelum dia memulakan penerbangan, dapatlah dia dengar suara Tya namun harapan tinggal harapan.

Tya kalau merajuk, segala kata cintanya bagai memantul balik. Letak Leonardo DiCaprio depan mata pun tak jalan. Hilang "you jump, I jump". Yang ada "you jump, I bla". Nadzhan menggeleng sendirian. iPhonenya di offkan.

Dina pergi ke pantry kerana tekaknya terasa kering. Sepaket nescafe 3in1 dicapai dan dibancuh.

"Hai, Di."

Ramah Hanim menyapa. Dina mengangguk membalas sapaan Hanim.

"Kenal tak akak?"

"Eh kenal la, kak Hanim kan? PA puan Tya."

Hanim mengangguk. Risau juga dia kot la Dina lupa dia siapa. Dia tahu tidak semua orang memiliki kelebihan sepertinya yang boleh ingat nama orang dalam masa yang singkat. Bangga betul ada kelebihan begitu. Dah boleh daftar nama jadi salah seorang ahli Avengers rasanya tapi tu la, sayang. Ironman pula dah tak ada.

"Akak dah lama kerja sini," soal Dina sekadar berbasa-basi.

Soalan Dina menyedarkan Hanim yang semakin hanyut dengan dunia khayalannya.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now