BAB 16

855 26 0
                                    

Sunyi dan sepi. Itulah gambaran yang sesuai dengan situasi di dalam kediaman Raja Amirul ketika ini. Tidak berkelip mata Tauqif memandang Amira yang duduk di sebelah Raja Diana. Kelu lidahnya untuk bersuara melihat keadaan Amira. Bergerak halkumnya.

"Itulah Amira sekarang."

Beritahu Daniel. Amira masih belum perasan kehadiran Tauqif kerana kedudukannya yang membelakangkan pemuda itu.

"Sebab aku ke dia macam tu?"

Daniel diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Sebaliknya dia menepuk lembut bahu Tauqif membuatkan Tauqif terpinga-pinga.

"Mira, look who is here," ceria suara Daniel memanggil Mira.

Lebar senyum Mira saat melihat Tauqif yang tegak berdiri di sisi abangnya. Terus dia berlari mendapatkan Tauqif dan tangannya didepakan untuk memeluk Tauqif namun perbuatannya mati saat tiba di hadapan lelaki itu. Wajah yang penuh senyum bertukar dengan kerutan di dahi. Kepalanya digelengkan.

"Tauqif dah ada Tya. Tauqif tipu Mira."

Tauqif terkedu. Dia pandang Daniel dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

"Jangan pandang aku macam tu," ujar Daniel tanpa riak. Bersahaja saja mukanya seperti sudah biasa dengan perkara itu.

"Mira. Saya tak pernah tipu awak."

"Tipu! Penipu! Mira ada gambar Tauqif dengan Tya berdua-duaan.

                       🍋🍋🍋🍋🍋

Tya menggoncangkan cuping telinganya apabila terasa gegendangnya berdengung. Entah siapa yang sedang mengata dia. Novel tebal berjudul Bridgeton diletakkan di meja bacaan di tepi katilnya. Comforter tebal yang menyelimuti kakinya di tolak ke tepi dan langkah kaki diatur menuju ke arah baby coat anaknya. Terasa sunyi malamnya hari ini kerana Raid sedari dia pulang dari tempat kerja tadi tidak berbunyi. Tidur sahaja. Bangun pun untuk makan sahaja. Setibanya di sisi Raid, tubuh anaknya yang sedang lena diusap lembut.

"Eh, panasnya,"getus hati Tya. Berkerut dahinya. Telapak tangan diletakkan atas dahi anaknya. Berubah terus air muka Tya apabila suhu badan Raid tidak seperti selalu. Anaknya yang sedang lena di angkat dengan berhati-hati. Sambil itu mulutnya tidak berhenti dari memanggil nama Raid supaya anaknya itu mencelikkan mata namun gagal. Terkocoh-kocoh Tya mencapai handphone  dan kunci keretanya dan bergegas dia membawa anaknya ke hospital berdekatan.

                       🍋🍋🍋🍋🍋

"Tya... Raid macam mana sayang?" tanya Datin Sri Wardah risau. Laju langkah kakinya dihayun menghampiri sang anak yang tampak lesu dan tidak bermaya itu.

Tya pandang bondanya dengan wajah suram.

"Doktor masih pantau. Lepas ni baru dapat keputusan. Bonda.. Tya rasa gagal sangat sebagai ibu."

Datin Sri Wardah menarik anaknya ke dalam pelukan. Diusap bahu anaknya lembut.

"Ni bukan salah Tya sayang. Lumrah la tu. Kita doakan yang baik-baik je untuk Raid okay."

"Tak bonda. Tya alpa. Tya abaikan dia sebab tu dia sampai tak sedarkan diri."

"Tya. Jangan salahkan diri you please sayang. You as her mom dah buat yang terbaik untuk dia."

Tya diam. Kata-kata bondanya tidak mampu menghilangkan kekesalan dan kekecewaannya. Andai sahaja dia tidak terlalu memikirkan masalahnya dengan Nadzhan, tentu anaknya tidak terabai.

"Nadzhan dah tahu?"

Tya menggeleng. Puas di telefon namun panggilannya tidak berjawab. Last dia call Nadzhan, panggilannya masuk ke peti suara terus. Benci sangat Nadzhan dengan dia agaknya sampai matikan telefon.

"Biarlah dia bonda. Tya dah tak nak bergantung harap pada dia lagi. At last nanti, Tya akan ditinggalkan juga."

"Jangan la cakap macam tu. Cara Tya macam dah putus asa. Selagi boleh pertahankan, pertahankan. Jangan mudah mengalah."

Tya menyepi. Bukannya dia hendak mengalah tetapi kalau semua usahanya seperti sia-sia dan tidak dihargai. Lebih baik dia undurkan diri dahulu daripada sakit hati kemudian hari.

                      🍋🍋🍋🍋🍋

"Jumpa tak charge Nadz?" soal Ain di ambang pintu bilik. Nadzhan yang sedang menyelongkar beg sandangnya menoleh ke arah pintu. Kelat wajahnya seraya menggeleng. I-phone yang sudah mati dipandang sekilas. Entah kenapa hatinya rasa tidak sedap. Risau kalau keluarganya mencari tetapi tidak dapat dihubungi.

"Dah cari dalam beg luggage? Mana tau ada dalam tu."

"Tak. Nadz memang letak dalam ni. Entah mana pulak hilang benda ni. Bateri dah kong ni. Risau kalau ada sesiapa cari."

"Nadz nak pinjam phone Ain dulu ke? Nanti besok pagi kita ke pekan cari charger Nadz. Tak pun Ain pergi tanya kawan Ain jap, anak tok ketua tu. Rasanya dia pun pakai charge sama macam Nadz."

"Nadz pinjam phone Ain je la. Ain ada nombor Tya kan?"

Ain mengangguk seraya menghulurkan handphonenya kepada Nadzhan. Melihat Nadzhan seperti tidak selesa dengan keberadaannya, Ain minta diri untuk ke biliknya. Sempat dia berpesan pada Nadzhan supaya tinggalkan sahaja handphonenya di meja depan jika sudah selesai urusan lelaki itu. Nadzhan mengangguk sahaja.

Hilang sahaja kelibat Ain, Nadzhan terus mendail nombor Tya.

Panggilan pertama, tiada jawapan.

Nadzhan cuba untuk kali keduanya.

Jawapan sama dia terima.

Nadzhan cuba untuk ketiga kalinya kerana mungkin melihat nombor asing yang tertera di skrin telefon menyebabkan isterinya tidak mahu menjawab panggilan.

Namun kali ketiga juga sama. Masih tiada jawapan. Nadzhan mula angin. Otaknya mula berfikiran negatif. Entah ke mana isterinya menghilang malam-malam begini. Nadzhan mencari laman WhatsApp dan nombor Tya ditaip di ruangan "search". Dia berpesan pada Tya supaya call dia semula guna nombor Ain. Selesai menghantar pesanan, Nadzhan merebahkan badannya di atas katil. Sesekali dia menampar lengan sasanya apabila lengan itu menjadi sasaran serangga penghisap darah. Jendela kayu yang ternganga dipandang. Dia mula berjeda untuk menutup tingkap itu namun memikirkan kipas dinding yang berpusing sayup-sayup dia mematikan niatnya. Tidak sanggup dia berpanas. Biarlah badannya berbintat-bintat daripada dia tidur ditemani renek-renek peluh yang masam.

Sesekali Nadzhan memandang handphone di sisi. Sunyi sahaja. Dahinya mula berkerut seribu. Laman WhatsApp kembali dibuka. Hanya ada double tick sahaja pada pesanan yang dia hantar pada Tya menandakan yang isterinya sudah terima mesej dia tetapi tidak membacanya lagi. Nadzhan mula berprasangka buruk terhadap sang isteri. Melihat ke arah dinding jam yang sudah menunjuk ke angka 10 tepat, Nadzhan beristighfar. Mungkin sahaja isterinya sudah tidur.  Nadzhan melepaskan keluhan panjang dan langkah kaki diatur menuju ke ruang tamu. Handphone di letakkan di atas meja seperti pinta Ain. Sempat matanya melirik ke arah pintu bilik Ain dan Puan Nadia yang tertutup sebelum dia kembali ke biliknya semula.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now