BAB 5

1.4K 27 0
                                    

Sepanjang perjalanan pulang Tya lebih selesa mendiamkan diri. Dia tiada hati hendak berbual. Kepalanya terasa berat. Emosinya penat dengan apa yang berlaku hari ini. Dia memicit-micit kepalanya dengan jari.

"Sakit lagi ke kepala tu?"

Tya menoleh ke arah pemilik suara. Dia mengukir senyuman kelat sebelum mengangguk.

"Nak singgah 7E tak beli Panadol?"

Tya menggeleng. Nadzhan diam dan meneruskan fokusnya pada pemanduan. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada isterinya tetapi tadi, sebaik sahaja isterinya balik dari ladies. Wanita itu terus mengajaknya pulang dengan alasan pening kepala. Nak tak nak Nadzhan terpaksa menurut lebih-lebih lagi melihat muka pucat Tya. Tak sempat dia hendak berpamitan dengan Tauqif kerana pemuda itu tidak masuk dewan lagi sejak keluar.

"Ada something happen yang I tak tahu ke?"

Tya menggeleng. Malas nak menjawab persoalan Nadzhan yang sudah seperti polis pencen itu. Tak faham agaknya dia tengah sakit kepala.

"Kalau besok you masih pening lagi tak payah masuk office la. Mc je."

Tya merengus. Penat mendengar suara Nadzhan yang tak henti bercakap dari tadi. Nadzhan menjeling sebelah. Tahu isterinya itu sudah berada di takat didih. Sejujurnya dia gusar melihat kebisuan Tya kerana selalunya sama ada isterinya itu marah, sakit atau sedih. Mulut mungil itu tidak pernah diam dan sering sahaja ingin berdebat dengannya.

"You marah I ke?"

"Nadzhan. You boleh diam tak? Just focus on your driving."

Nadzhan diam. Bibirnya menuntum senyuman.

Tauqif diam membatu di hadapan babanya. Dia sudah bersedia untuk dijerkah. Tauqif tahu tujuan babanya memanggil dia masuk ke bilik belajar itu. Tempat yang selalu digunakan babanya untuk melepaskan amarah padanya.

Syed Achbar mengepal buku limanya. Diasah penumbuknya itu dengan sebelah tangan yang lain. Punggungnya dilabuhkan di atas meja study.

"Tahu kenapa aku panggil kau masuk?"

Tauqif mengangguk.

"Nak jelaskan apa-apa?"

Syed Achbar memberi peluang. Tenang dia berkata-kata. Tauqif mengangkat muka memandang wajah babanya.

"I can't move on from her."

Melayang penumbuk di muka Tauqif.

"I still love her."

Sekali lagi penumbuk Syed Achbar hinggap di rahang Tauqif. Kali ini lebih kuat dari tadi sehingga menerbitkan warna kebiruan di rahang pemiliknya.

"Aku tak tahu apa yang perempuan tu bagi pada kau sampai kau tak boleh lupakan dia. Aku tengok perempuan tu happy je dengan kehidupan dia yang sekarang. Kau memang suka memalukan aku. Sama macam mak kau.'

Kini tubuh sasa itu pula menjadi sasaran. Tauqif menekan perutnya yang terasa senak. Dia mengetap gigi saat nama arwah ibunya diungkit.

"Betullah, kalau dah darah perempuan tak guna tu mengalir dalam badan kau. Aku ubah macam mana pun tak akan ada kesan. Sebab apa? Sebab spesis korang ni memang spesis yang menyusahkan hidup aku. Tak sedar diri."

Tauqif diam. Penumbuknya dikepal sehingga timbul urat-urat biru pada tangannya. Ikutkan hati, dia hendak melawan. Tapi dia harus bersabar sehingga Attar Group menjadi milik mutlaknya.

"Besok pagi aku nak kau jumpa dengan Raja Amira. Lunch dengan dia. Pastikan dia attracted dengan kau."

Fail di atas meja dicampak tepat ke muka Tauqif. Tauqif membongkok mengutip fail yang dicampak babanya.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now