26 • Is he the one?

Beginne am Anfang
                                    

          "Erm... sikit je aku faham. Heheh. Laju sangat kau ajar." Ain tersengih.

          "Kau ni buang masa aku jelah." Buku Kimia ditolak oleh Airil di depan Ain semula.

          "Ala, sorrylahhh. Jap jap, aku baca balik biar faham."

          Ain membuka buku rujukan Kimia topik bab lapan, tingkatan empat dan mula membaca. Airil pula menarik keluar semula kertas latihan eseinya tadi lalu sambung menyiapkannya.





~~~~





          Kringggg!

          Dengar saja bunyi loceng waktu rehat, Airil mengemas barangnya lalu membawa buku rujukan Fizik untuk ke pusat sumber.

          "Airil, tunggu aku!" Kata Ain sambil menyimpan barang-barangnya ke dalam laci meja. Kelam-kabut dia.

          Airil hanya memekakkan telinga dan keluar meninggalkan Ain di dalam kelas. Pelajar lain turut meninggalkan kelas untuk ke kantin. Ain terus berlari anak mengejar Airil yang semakin menjauh. Bahu lelaki itu ditepuk kasar.

          "Eish, aku suruh kau tunggu kan!" Marah Ain. Mukanya cemberut.

          "Buat apa aku nak kena tunggu kau?"

          "Eyy, kenapalah kau ni kejam sangat?" Soal Ain.

          Airil tidak membalas apa-apa. Dia terfikir kenapa wanita itu suka rapat dengannya padahal dia selalu bersikap dingin terhadap Ain. Hatinya mula berasa lain.

          "Weh, teman aku pergi kantin jap."

          "Malas. Kau ajaklah kawan kau tu." Balas Airil.

          "Siapa? Farah? Ugh, aku dah tak kawan dengan dia."

          "Apasal? Sebab dia rampas boyfriend kau, sanggup eh nak putus kawan? Apa yang special sangat dengan budak tu sampai korang berebut dia?" Soal Airil pelik. Keningnya bertaut.

          "Selama tiga tahun kitorang bersama, takde pun Farah tunjukkan yang dia tak suka or tak puas hati dengan hubungan aku dengan Izz. Tiba-tiba je tahun ni dia- haih..." Ain menunduk. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedih dan kecewa terhadap Farah dan Izz.

          "Tak payah la kau buang masa fikir pasal diorang. Tak dapat apa pun kalau berdendam." Ujar Airil.

          "Habis tu nak buat macam mana lagi?"

          "Maafkan jelah. Apa susah?"

          Ain memandang Airil bagaikan tak percaya. Ternganga mulutnya.

          "Weh, aku dahlah sakit hati gila-gila! Kau fikir senang ke aku nak maafkan diorang? Eyy, memang taklah."

          "Hm, suka hati kaulah."

          Airil sememangnya tak kisah dengan masalah orang lain. Malas nak masuk campur dengan drama mereka.

          "Jomlah gi kantin. Kejap je. Nak beli roti."

MathsWo Geschichten leben. Entdecke jetzt