Bab 6

30 9 7
                                    

"Ini untuk kebaikan kau juga," - Layla

ERYNA meramas jarinya sendiri. Terasa gentar apabila sepupu sahabat karibnya itu tiba-tiba sahaja mengunjunginya di wad VIP itu.

Hawa dingin berubah menjadi bahang yang menyengat setiap inci tubuhnya apabila berhadapan dengan gadis di hadapannya itu. Hendak berdehem pun Eryna tidak berani apatah lagi hendak memulakan perbualan.

"Luka kau dalam tak?" Soalan Layla menamatkan hening di ruangan itu. Matanya lurus terarah ke leher Eryna yang sudah berbalut.

"Ha?" Eryna kaget seketika. Perutnya tiba-tiba memulas kerana ketakutan. Menyedari Layla yang sudah memutarkan bebola matanya, Eryna lantas menjawab pertanyaan gadis itu.

"Oh, tak dalam sangat. Doktor kata dia bagi tiga jahitan je." Eryna menutur lalu tersenyum. Sebelah tangannya menyentuh permukaan lehernya yang berbalut.

Mujur sahaja Rayyan, sepupu Layla dan Aqil terus membawanya ke hospital selepas insiden itu. Jika tidak, mungkin dia sudah berada di dasar sana agaknya.

"Aku tak tahulah nak kata kau ni bodoh ke apa." Layla tampar dahinya sendiri. Macam manalah Aqil boleh bertahan dengan gadis itu bertahun lamanya.

Eryna hanya mampu tayang sengih. Dia tidak kisah apa yang dikatakan oleh Layla kerana dia sudah biasa mendengar ayat itu daripada Aqil.

Layla berdehem seketika. Langkahnya dibawa menuju ke arah kerusi yang terletak di sebelah katil Eryna. Jelas kedengaran bunyi tapak kasutnya yang berlaga dengan permukaan lantai.

"Actually, aku datang sini berhajat." Layla sekali lagi membuka bicara. Nafasnya tenang dan teratur. Dia sudah merancang bahawa perkara ini perlu segera dibincangkan sebaik sahaja Eryna sedar.

"Kau ni lesbian ke?" Eryna tutup dadanya. Matanya membulat dengan riak yang terkejut. Dia tak silap dengar, kan?

"Otak kau! Aku ni straight, okey?" Layla mencebikkan bibirnya. Boleh pula gadis di hadapannya ini berkata seperti itu.

"Manalah tahu. Dah ayat tu nak berhajat-hajat bagai." Eryna sengih. Rambutnya yang berjuntai ditiup ala kadar. Rasa malu menyerangnya.

"Ada juga yang kena sepak ni nanti." Layla memutarkan bebola matanya. Orang nak berkias pun salah. Persekitarannya mula terasa rimas.

"Back to the topic, please." Layla berdehem apabila melihat Eryna yang sudah tersengih-sengih. Sempat matanya bertembung sebentar dengan mata hazel gadis itu.

"Aku datang nak bagi benda ni. Aku harap kau setuju. Ini untuk kebaikan kau juga." Layla mengeluarkan sesuatu daripada begnya lalu diserahkan kepada Eryna. Segaris senyuman nipis diukir sebentar sebelum dia kembali memasang wajah bekunya.

Sampul coklat cair bertukar tangan. Eryna mengambilnya dengan teragak-agak. Sekeping kertas dikeluarkan lalu tulisan yang tertera dibaca. Eryna gigit bibir saat membaca tulisan berhuruf tebal itu.

Layla hanya mampu memandang reaksi Eryna. Dia tahu gadis itu terkejut namun ini semua untuk kebaikan Eryna juga.

Dia sudah berbincang dengan bondanya dan seluruh kerabatnya mengenai hal ini. Keputusan yang diterimanya perlu dijalankan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Dia tidak mahu berat sebelah apatah lagi perkara ini berkaitan dengan sepupu kesayangan itu.

"Sabah? Are you serious? Habistu Aqil macam mana? Takkan aku nak tinggalkan dia seorang-seorang?" Eryna menjauhkan kepingan kertas itu dari dirinya. Muncung terus Eryna ditambah dengan riak tidak berpuas hati.

Dia takkan sesekali tinggalkan Aqil. Never! Mana mungkin dia mahu meninggalkan sayapnya itu. Dalam mimpi pun dia tak mahu!

"Siapa yang akan seorang-seorang?" Tiba-tiba Aqil muncul dengan kerusi roda. Tayar ditolak ke bawah untuk menggerakannya ke hadapan.

"Eh! Bila kau sedar? Aku tak tahu pun." Eryna memasang wajah ceria. Terlupa sebentar akan soalan Aqil tadi. Rindunya dia pada lelaki itu!

"Dua hari sebelum kau sedar." Aqil mendekati katil Eryna. Sekuntum ros putih diberi kepada Eryna lalu dia bergerak mendekati Layla menggunakan kerusi rodanya.

"Berapa lama aku tak sedar?" Eryna menyoal sambil menghidu haruman ros tersebut. Wangi! Pandai betul Aqil ubah mood dia.

"Seminggu." Layla tolong jawab bagi pihak Aqil. Lelaki itu tersenyum nipis ke arahnya, mungkin berterima kasih. Layla hanya angguk.

"Dah, jangan nak tukar topik. Jawab soalan aku dulu." Aqil kembali bersuara. Tangannya naik memeluk tubuhnya sendiri.

Sejujurnya, dia tidak boleh melakukan begitu banyak pergerakan kerana dia mempunyai empat jahitan pada abdomen perutnya. Dia sendiri juga tidak ingat dari mana dia mendapatkan luka sebesar itu.

Namun, kerana rasa ingin bertemu dengan Eryna begitu menyeksanya sehingga dia ke sini. Gadis itu tidaklah mengalami banyak luka sepertinya tetapi cukup berisiko bagi nyawa gadis itu.

Aqil menumpukan perhatiannya kepada Eryna. Sengaja dia berbuat sebegitu untuk mengundang rasa gelisah dan gugup dalam diri Eryna.

"Err..." Eryna mati kutu. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Aqil pula tak henti-henti pandang dia macam nak tembus.

Layla tertawa kecil melihat kelakuan Eryna. Comel betul dua sekawan di hadapannya ini. Aqil ni pun sibuk juga nak usik Eryna.

"Kita orang just berbincang tentang hal yang aku dah cakap dekat kau tempoh hari." Layla jadi penyelamat keadaan sekali lagi. Dia sempat menangkap helaan nafas Eryna. Mahu sahaja dia tergelak apabila melihat wajah tidak berpuas hati milik Aqil.

"Yang tukar tempat pengajian itu ke?" Layla mengangguk mendengar soalan Aqil. Dia sudah memaklumkan perkara ini lebih awal kepada Aqil. Setidaknya, nanti lelaki itu boleh memujuk Eryna untuk bersetuju.

"Kau pergi jelah, Mika. Lagipun, aku kena balik Brunei. Kalau kau pindah dekat Sabah, at least aku boleh jenguk kau sekali sekala." Aqil memujuk Eryna. Nadanya juga diubah menjadi lebih lembut.

Aqil tahu bahawa perkara seperti ini sukar diterima oleh gadis itu kerana dia juga seperti Eryna dua hari yang lalu. Siapa sahaja yang mahu berpisah dengan orang yang selalu berada di sisi kita?

"Tapi... Nanti aku dah tak ada kawan." Eryna gigit bibir. Dia akui bahawa sememangnya dia tidak mempunyai rakan lain selain Aqil. Sejak kecil, hanya Aqil sahaja yang menjadi penemannya.

"Nanti Layla temankan kau dekat sana." Layla angguk kepala, bersetuju dengan kata-kata Aqil. Terbit rasa kasihan pada gadis itu.

Entah mengapa dulu dia terlalu bencikan gadis itu hanya kerana rupa parasnya. Mungkin dia termakan hasutan Qeisya, musuh dalam selimutnya.

"Family aku?" Eryna menyoal lambat-lambat. Kepalanya yang tunduk tadi diangkat perlahan-lahan. Mata hazelnya memandang sayu ke arah Aqil.

"Dia orang setuju. Tinggal kau seorang je lagi." Aqil senyum segaris. Dia amat berharap agar Eryna menerima cadangan ini. Dia tidak mahu gadis itu terluka lagi.

Eryna mengeluh halus. Nampak macam semua mahu memaksanya untuk pilihan ini. Sejujurnya, dia tidak mahu berpisah dengan Aqil. Siapa yang akan menjadi abang, sahabat dan heronya nanti?

Enam tahun bukanlah masa yang singkat. Jika tersilap langkah, pasti mereka tidak akan menjadi seperti ini lagi.

Bagaimana jika mereka saling melupakan?

Bagaimana jika mereka berubah?

Persoalan itu hanya terkubur di minda Eryna. Eryna hanya mengangguk sebagai tanda setuju bagi cadangan Layla itu. Sabah je, kan? Tak jauh pun. Masih di Malaysia juga.

Cinta Untuk Dia 《UNEDITED VERSION》Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon