Bab 3

55 10 30
                                    

"Akulah jodohmu," - Syauqi Irfan

TOMBOL pintu diputar perlahan-lahan. Eryna melangkah masuk bersama Aqil ke dalam bilik muzik itu. Senyuman Eryna mula melebar ketika sepasang mata hazelnya menemukan sosok yang dicarinya.

Selesai sahaja kuliah bersama Puan Alia tadi, Eryna terus heret Aqil ke bilik muzik yang terletak di hujung Blok Perkasa itu. Eryna tidak mahu terlepas untuk melihat jejaka pujaan hatinya itu bernyanyi.

"Irfan dekat mana, Mika?" Aqil meliar mencari keberadaan crush Eryna. Matanya bergerak rawak ke sekeliling.

"Dia tengah main gitar tu. Shh! Nak mula dah." Makin lebar senyuman Eryna saat melihat jejaka pujaan hatinya hendak bernyanyi.

Aqil memutarkan bebola matanya. Gadis di sisinya ini bukan boleh percaya sangat. Kalau Eryna dah jumpa crush dia, kawan sehidup semati pun dia dah tak nampak.

Jika 'ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Irfan mula bernyanyi. Suaranya tak ubah seperti penyanyi asal lagu tersebut, Aizat Amdan. Bezanya, suara Irfan lebih menusuk ke kalbu bagi Eryna.

Jika 'ku air wudhuk mu
Menjadi seri mu
Dalam lima waktu

"Malangnya, aku tak pernah nampak kau berjemaah dekat surau kampus ni." Aqil tarik senyum sinis. Nak jadi air wudhuk konon.

Eryna menghadiahkan sebuah cubitan berbisa kepada Aqil. Mulutnya dicebikkan sambil menjeling sekilas ke arah Aqil.

Jika kau kuat percaya
Akulah jodoh mu
Jaga mu selalu

"Aku percaya, Irfan. Sebab tu aku tunggu kau sampai sekarang." Eryna menongkat dagunya sambil tersenyum nipis. Buku yang menutupi separuh wajahnya digenggam erat.

"Dah kena reject banyak kali pun tak pandai serik." Aqil meletakkan kepalanya ke tangan kirinya. Sebuah senyuman sinis diukir.

"Aqil!" Merah wajah Eryna. Bertambah masam wajahnya apabila mendengar ayat Aqil.

Menarilah sayang di hari bahagia
Di bawah bulan bintang
Kasih kita berdua

"Eryna ni mana pandai menari. Kalau kau bagi dia makan banyak-banyak, bolehlah." Sejurus sahaja berkata sedemikian, lengan Aqil menjadi mangsa cubitan berbisa Eryna.

"Tak pandai, boleh belajar." Eryna tarik senyum bangga. Matanya masih ralit merenung ke arah Irfan yang sedang menyanyi.

Jangan bimbang sayang
Kita harungi bersama berdua selamanya
Sampai ke hari tua
Mencintaimu

"Kalau kau suka dia, kau takkan reject dia. Lirik je lebih." Sekali lagi Aqil membalas dengan menyampah lagu yang dinyanyikan oleh Irfan. Sakit betul hatinya mendengar nyanyian lelaki itu.

"Itukan lirik lagu je. Apa masalah kau?" Nada suara Eryna mula keras. Pelik dengan sikap Aqil hari ini.

Kaulah watak utama dalam setiap drama
Yang sering dimainkan menjadi kegilaan
Begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Aqil memandang ke arah Eryna. Bibirnya perlahan mengukir segaris senyuman nipis. Senyuman yang hanya Tuhan sahaja yang mengetahui erti dibalik garisan melengkung itu.

Jika 'ku air wudhuk mu
Menjadi seri mu
Dalam lima waktu

"Ah! Bosan aku. Jomlah, Mika." Hujung baju Eryna ditarik. Aqil membuat muka malas.

Entah mengapa hari ini dia tidak dapat mengawal emosinya dengan baik. Nak kata bulan merah, dia itu lelaki. Aqil sendiri bingung akan sikapnya hari ini.

MEREKA bergerak keluar daripada bilik muzik tersebut. Langkah Eryna longlai sahaja ketika meninggalkan ruangan tersebut. Berbeza dengan Aqil yang tidak sabar-sabar hendak hendak beralih ke kawasan lain.

"Kau kenapa hari ni, Aqil? Sejak pagi tadi lagi macam ada yang tak kena. Kau okey ke tak?" Tanpa basa basi, Eryna terus menghunus Aqil dengan soalan yang ingin diutarakannya sejak tadi. Eryna memeluk tubuh sambil menjongket keningnya ke arah Aqil.

"Aku okey. Yang tak okey tu hati aku." Perlahan sahaja suara Aqil membalas. Pandangan dibuang ke arah lain.

Beberapa orang pelajar melihat mereka dengan pandangan jemu. Jemu kerana sering disajikan drama tidak berbayar oleh Eryna dan Aqil. Jika sehari tidak berperangai seperti orang terencat akal, maka tidak lengkaplah hidup dua sekawan itu.

"Apa yang tak okey? Aku tak dengarlah. Kau nak cakap pun perlahan sangat." Eryna mencebik.

"Aku lapar. Itu je." Aqil ketap bibir. Aqil mengutuk dirinya sendiri kerana terlepas bicara. Mujur sahaja gadis di hadapannya itu tidak mendengarnya dengan jelas.

"Serius ni? Aku tak nak sayap aku ni patah. Nanti tak dapat dah tengok bulan sama-sama." Eryna menyoal dengan ragu-ragu. Hatinya kuat mengatakan bahawa Aqil sedang menyembunyikan sesuatu namun dia sendiri tidak tahu apa itu.

"Pandai kau pujuk aku eh. Sejuk sikit hati aku." Aqil sembunyi senyum mendengar bicara gadis itu. Hilang terus bahang yang mengelilingi tubuhnya tadi.

Walaupun terselit ayat yang kurang enak di telinganya, namun hatinya masih berbunga-bunga kerana Eryna sudi menganggapnya sebagai sayap gadis itu. Bukannya dia tidak tahu bahawa bulan yang dimaksudkan oleh Eryna adalah Irfan, pujaan hatinya itu.

"Eh? Kau merajuk ke tadi?" Eryna terkejut. Matanya membulat dengan mulut yang sedikit ternganga. Seketika kemudian, wajah terkejutnya berubah menjadi wajah mengusik.

"Ha? Mana ada! Aku...." Aqil menggaru kepalanya sendiri. Anak matanya sengaja memandang ke bawah. Tidak mahu tertangkap dengan sepasang mata hazel itu. Bahaya!

"Nak tipu pun tak cari pandai alasan awal-awal." Bibirnya tersungging sebuah senyuman sinis. Terselit rasa bangga kerana dapat mematahkan hujah lelaki itu hari ini.

"Aku tak merajuklah! Ish!" Aqil mula menayangkan wajah masam. Matanya menjeling halus ke arah Eryna yang mula mengetawakannya.

"Ampun beribu ampun, Putera Aqil. Ampunkan hamba atas kelancangan bicara hamba sebentar tadi." Eryna tunduk 45 darjah. Tawa kecil terbit di bibirnya.

"Beta murka! Tak nak kawan!" Aqil menjeling gadis yang sedang menunduk itu. Tangannya naik memeluk tubuhnya sendiri. Senyuman kecilnya mula melebar.

"Oh, kejamnya! Dada ini terasa seperti dirobek-robek. Tidak sudikah tuan putera hendak berteman dengan hamba?" Eryna sudah mengekek ketawa. Lakonannya kali ini sungguh menghibur hati.

"Dahlah. Aku nak balik." Aqil menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan-lahan. Naik sesak dadanya melihat celoteh Eryna.

"Awalnya?" Eryna pandang sekilas ke arah jam tangannya. Biasanya Aqil akan pulang setengah jam selepas tamat kuliah bersama Puan Alia.

"Kau nak ke aku jalan kaki balik?" Aqil soal semula Eryna. Keningnya dijongket berulang kali berserta mimik muka menyampah.

"Kau ikut aku jelah. Tak payah susah-susah nak kejar bas lagi." Eryna sengih. Bibir bawah digigit lalu ketawa kecil terlepas dari dua ulas bibirnya.

Aqil memutarkan bebola matanya. Jam pada telefonnya dipandang sekali lagi. Sebenarnya, dia bukanlah terburu-buru hendak pulang ke rumah. Sebolehnya, dia mahu melarikan diri daripada Eryna kerana mulutnya itu sering terlepas bicara. Parah!

"Jumpa esok. Bye!" Aqil terus berjalan laju meninggalkan Eryna. Sebuah senyuman diukir sambil tangan dilambaikan ke udara.

"Aqil! Aqil Fayyadh!" Eryna melaung nama Aqil berulang kali namun lelaki itu hanya mengabaikannya. Eryna berdecit halus.

"Aku tak habis cakap lagi, dia dah blah. Apalah si kacak ni." Bagasi kecilnya dibuka lalu sebungkus makanan ringan dikeluarkan. Eryna mengeluh perlahan. Sekarang, siapa nak habiskan makanan banyak-banyak ni? Dia bukannya dapat makan banyak. Kalau ada Aqil, bolehlah dia kenduri.

Cinta Untuk Dia 《UNEDITED VERSION》Where stories live. Discover now