Bab 7

35 10 10
                                    

"Selamat tinggal, sayang." - Aqil Fayyadh

RAYYAN menolak kerusi roda yang diduduki oleh Aqil. Sempat dia menayangkan wajah mengusik kepada Eryna yang terpaku melihat mereka berdua.

Layla menyiku lengan Eryna. Dia berdehem sekejap sebelum ketawa kecil. Kacak sangat ke sepupunya itu sehingga Eryna terpaku?

"Tahulah aku handsome tapi tak payahlah tengok aku dengan mulut ternganga macam tu." Aqil senyum dalam diam. Eryna terlihat terlalu comel ketika ini.

"A... Ap... Apa benda kau merepek ni?" Eryna geleng kepala dengan laju. Wajahnya mula terasa panas. Bibir bawahnya digigit kuat. Malu!

Ketiga-tiga manusia di hadapan Eryna meletuskan tawa melihat kelakuan Eryna. Layla yang biasanya terlihat sedikit dingin juga tidak dapat menahan rasa yang mencuit hatinya.

"Game over, Mika. Game over!" Rayyan kembali ketawa. Berair kelopak matanya akibat terlalu ketawa. Tidak lupa tangannya yang menekan abdomen perutnya yang mula terasa senak.

"It's just a week and she's already like this. Tak tahulah nanti macam mana pula." Layla senyum senget selepas sahaja melafazkan kata-katanya.

Memang diakuinya bahawa Aqil kembali ke wajah lamanya selepas kejadian malang tersebut. Tubuh lelaki itu mula kurus kembali kerana Aqil kurang selera makan akhir-akhir ini.

Begitu juga dengan Eryna. Terlihat jauh perubahan pada gadis itu. Jika dahulu gadis itu sentiasa membawa apa-apa makanan ringan bersamanya, maka sekarang tidak lagi. Perkara yang sama turut dialami oleh gadis itu, hilang selera makan.

Layla beranggapan bahawa kedua-dua sahabat itu mungkin terlalu memikirkan perkara yang baru sahaja mereka terima seminggu lalu. Berpisah walaupun sementara, siapa sahaja yang sudi?

Tiada apa lagi perlu ku katakan
Kerana kau tahu semua

Lagu yang tiba-tiba berkumandang membuatkan mereka berempat terkedu. Siapa pula yang pasang lagu dekat tengah-tengah airport ni?

Tak pernah ku berahsia

Aqil menelan kelat air liurnya berserta rasa yang semakin menyesakkan dadanya.

Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas

Layla melirik ke arah Aqil lalu menekup mulutnya dengan mata yang membulat.

Rasa yang aku rasakan

Eryna menahan debaran di dadanya yang semakin menggila.

Hanya untuk kau saja

Rayyan mengerutkan dahinya melihat mereka bertiga.

Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu
Biar lama tetap saja akan ku tunggu

Rayyan yang menyedari bahawa telefonnya yang berbunyi segera mematikan lagu tersebut daripada terus berkumandang. Sengihan dilemparkan sebaik sahaja lagu tersebut dimatikan.

Eryna menghela nafas lega. Mujur sahaja Rayyan pantas mengambil tindakan. Jika tidak, boleh sesak nafas dia di sini.

Lagu favourite Eryna dan Aqil. Aqil yang sememangnya kurang berminat dengan lagu Melayu terpikat dengan lagu nyanyian Harris Baba ini.

Lagu itu hampir sama dengan hubungan mereka. Bezanya, dua sahabat itu bukanlah insan yang sedang bercinta. Malah, lagu itu merupakan lagu sesi pujuk-memujuk mereka.

"Aku lupa yang aku set alarm tadi. Sorry," ujar Rayyan lalu tersengih.

"Masih muda pun dah nyanyuk. Nanti dah tua, entah anak bini pun dia lupa." Sinis Layla membalas kata-kata Rayyan. Bicaranya berjaya membuatkan Rayyan memutarkan bebola matanya.

"Selamat tinggal, sayang." Aqil tiba-tiba mengungkapkan bicara itu selepas beberapa ketika mereka mendiamkan diri. Bibirnya lebar mengukir senyum.

Dua wanita itu berpura-pura batuk. Eryna dan Layla memandang Aqil dengan riak tidak percaya. Lelaki ni kena rasuk ke apa?

"Geli tekak aku dengar, tahu tak?" Rayyan tekup mulut. Lakonannya sama seperti Mikayla tetapi ini versi lelaki.

"Aku nak buat drama dengan Mika pun nak jealous. Tahulah single." Aqil mula menayangkan wajah masam mencuka miliknya. Sibuk betul sepupu lelakinya yang satu ini. Kacau!

"Kau dengan Mikayla couple ke?" Layla menyoal. Pertanyaan hanya dibalas dengan Aqil yang mula tersenyum lebar.

"Eh? Ma... Mana ada!" Eryna pantas menafikan. Matanya membulat. Berkali-kali dia menggeleng.

Aqil ketawa kecil melihat kekalutan Eryna. Baru usik sikit, dia dah terlebih kalut. Lama, Aqil simpan senyum sendiri.

Ah! Enam tahun saja, tak lama pun. Aqil mengingatkan dirinya sendiri. Sebak terasa melihat Eryna.

Dia dah tak dapat usik gadis itu lagi macam selalu.

Dia dah tak dapat tengok senyuman gadis itu lagi.

Dia dah tak dapat dengar ketawa gadis itu lagi.

Janjinya seminggu lalu pun belum tentu dia dapat penuhi.

Kepulangannya ke negara seberang itu tidak hanya untuk bertukar tempat pengajian tetapi juga beberapa urusan yang perlu diselesaikannya dengan segera. Perkara itu termasuklah kes kematian ayahnya yang dibuka semula.

Rayyan memandang ke arah Aqil. Ditepuk dua kali bahu lelaki itu sebelum menayangkan jam tangannya. Sudah tiba masanya.

"Ray, jaga Yadh elok-elok. Kalau aku dapat tahu benda buruk jadi, kau orang yang pertama aku cari!" Layla memberi amaran keras. Melihat anggukan Rayyan, spontan dia mengukir segaris senyuman nipis.

"Kau orang gerak dulu. Aku dengan Ray stay sini sekejap." Aqil ukir senyum. Terasa begitu berat hatinya ketika ini.

"Okay." Layla angkat bahu. Kakinya lantas dibawa menuju ke Gate 8, penerbangan menuju ke negeri di bawah bayu.

Eryna gigit bibir. Matanya sekejap memandang ke arah Aqil kemudian beralih ke arah Layla yang semakin menjauh. Kepalanya digeleng laju kemudian kakinya dibawa mendekati Aqil.

"I just want to say that whatever happens, please don't forget me. You're my brother, my bestie, my hero and... my wing." Eryna tertawa kecil pada hujung ayatnya. Sayap? Lelaki itu sendiri yang menggelarkan dirinya.

"Jangan lupa janji kita." Serentak dua sahabat itu mengangkat kepala. Mata hazel itu bersabung dengan mata coklat gelap.

"Walaupun jasad kita terpisah, our soul's are not." Bergetar sedikit suara Eryna ketika mengungkapkan bicara itu. Tubir matanya terasa hangat.

Aqil senyum. Dadanya semakin sesak ketika mengungkapkan bicara itu tadi. Apatah lagi dengan keadaan sekarang.

"Of course not! You're like my soulmate. How could I forget you? Kau special. Remember that? I've said it before and I won't take it back." Aqil pasang ketawa palsu.

Namun begitu, ayat yang baru sahaja dilontarkannya tadi semuanya benar belaka. Tidak ada yang palsu.

"Mikayla!" Layla melaung dari jauh. Tangannya dilayangkan ke udara, memanggil Eryna mendekatinya.

Eryna menghela nafas panjang. Dipandang sekali lagi wajah sahabatnya itu sebelum sebuah senyuman paling manis diukir.

"Take care, Qil. Miss you to the moon and never come back!" Eryna letak dua jarinya ke sisi telinga sebelum menayangkan wajah paling cerianya.

"Got to go!" Aqil hanya mampu memandang ke arah Eryna yang sudah berlari menuju ke arah Layla. Wajah gadis itu cemberut apabila mulut Layla bergerak seperti sedang membebel Eryna.

"You love her that much?" Rayyan menyoal sambil menolak kerusi roda yang diduduki oleh Aqil ke arah Gate 9, penerbangan menuju ke Brunei.

Pertanyaan Rayyan hanya dijawab dengan senyuman yang penuh tersirat. Aqil usap dadanya sendiri. Helaan nafas terasa kasar.

We'll meet again soon, gumamnya perlahan.

Cinta Untuk Dia 《UNEDITED VERSION》Where stories live. Discover now