룸메이트 | 15

7.5K 666 27
                                    

Di Dalam Dorm Jungkook & Hyu Na:

"Tak guna kau Jungkook!.Kau tunggu bila aku keluar nanti!.Memang nahas kau" Hyu Na membebel sendirian di dalam blik air.

Tangannya sudah tidak boleh bekerja.Sudah 4 jam dia terkurung di dalam bilik air.Mencuci bilik air sudah dia kerjakan.Hanya penat sahaja yang dia rasai.

Sesiapa pun,tolonglah...

Mata Hyu Na terasa berat.Kepalanya disandarkan ke dinding.Perutnya berbunyi,kepalanya amat sakit.Akhirnya dia rebah di lantai bilik air.

Di Dalam Dorm Miy Ra dan Eun Hee:

Apasal aku rasa tak sedap hati ni?

Miy Ra terkenang Hyu Na yang bersendirian di dalam biliknya.Dia melihat jam di dinding.

1:00 pm.....

"Eun Hee,aku nak keluar kejap" Miy Ra berkata.Telefone yang berada di atas mejanya diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Okay" balas Eun Hee.

Selepas sahaja mendengar balasan Eun Hee,Miy Ra terus sahaja keluar dari biliknya.Kepalanya dipenuhi dengan bermacam-macam perkara buruk yang terjadi ke atas Hyu Na.

Di Dalam Perjalanan Ke Dorm Hyu Na:

Miy Ra berjalan dengan pantas.Tiba-tiba sahaja dia ternampak kelibat si 'dia' menuju ke arahnya.Si 'dia' melambai Miy Ra.

Time-time macam ni lah kau nak muncul....

Miy Ra memasamkan mukanya.Tangannya digenggam.Takut dia geram sangat sampai tertumbuk pula si 'dia' memang habislah dia.

"Baby.." ujar si 'dia' manja.

"Bila masa pulak aku jadi baby kau?" tanya Miy Ra dingin.Dia mengalihkan pandangannya dari si 'dia'.

"Tak lama lagi jadilah" si 'dia' tersenyum.

Miy Ra mencebik.Tak kuasa dia nak melayan.

Tak lama lagi jadilah tu.Puih!.Angan-angan kau jelah!.

"Baby,jangan lupa tau minggu depan" si 'dia' mengingatkan.

"Iye" jawab Miy Ra dengan malas.

Baru sahaja Miy Ra mahu melangkah pergi tiba-tiba sahaja si 'dia' memeluknya dari belakang.Miy Ra pula terus sahaja mencubit lengan si 'dia'.

"Yah!.Lepaslah!" Miy Ra meninggikan sedikit suaranya tetapi si 'dia' masih lagi memeluknya.

Si 'dia' mengalihkan sedikit rambut Miy Ra.Dia berkata separuh berbisik di telinga Miy Ra.

"Kau milik aku" nada suara si 'dia' bertukar.

Miy Ra terkesima mendengar suara si 'dia' yang hampir dengan telinganya.Hembusan nafas si 'dia' dapat dia rasai.Tidak semena-mena tangannya menggigil ketakutan.

"Bye baby..jaga diri tau" ujar si 'dia' dengan ceria bagaikan tiada apa yang berlaku.

Akhirnya si 'dia' meninggalkan Miy Ra yang kaku tidak bergerak.Tangan Miy Ra akhirnya berhenti menggigil.

Perasaan kau jer tu.Dia main-main jer tu...

Miy Ra mengurut dadanya.Dia cuba menenangkan dirinya dari ketakutan yang dialaminya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengabaikan sahaja perasaannya itu.Miy Ra terus sahaja menyambung perjalanan ke dorm Hyu Na.

Di Dalam Dorm Jungkook & Hyu Na:

"Hyu Na" Miy Ra membuka pintu dorm Hyu Na.

Kenapa dia tak kunci pintu?

Miy Ra melihat sekelilingnya dan nampaknya tuan empunya bilik sudah pun balik.Barang-barang Jungkook sudah pun dia kenali.

"Hyu Na,awak kat mana?" Miy Ra berkata sekali lagi.

Dia menuju ke pintu bilik air.Apabila sahaja dia membuka pintu bilik air,dia melihat Hyu Na yang terbaring lemah di atas lantai.

"Hyu Na!!" Miy Ra menjerit.

Dia terus sahaja memapah Hyu Na keluar dari bilik air.Air matanya hampir menitis melihat Hyu Na yang lemah dan pucat.Dia meletakkan Hyu Na di atas katil.

"Ni mesti kerja dia!.Selalu susahkan orang" Miy Ra menyelimuti Hyu Na dan kemudian dia keluar dari bilik.

Memang siap kau Jungkook.Hyu Na yang perempuan tu pun kau nak buli jugak.Kau memang tempah maut dengan aku.

Miy Ra menahan kemarahan yang meluap-luap di dalam dirinya.Mahu sahaja dia lepaskan kemarahannya dengan menumbuk dinding.Tapi apakan daya,dirinya juga yang akan luka.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Yow2,akhirnya Syaf update jugak..hehe..dlm part ni banyak pasal Miy Ra dan Si 'Dia' jer Syaf rasa (^v^)btw enjoy yourself..gomawo for the vote ^^ Luv U All..vote and comment ♥ ♥

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now