룸메이트 | 13

7.9K 710 10
                                    

Di Dalam Dorm Jimin & Hoseok:

Pada waktu malam...

"Bosannya..." keluh Jimin.

Dia sedang bermain dengan alat kawalan televisyen.Tangannya tidak penat langsung menekan punat kawalan televisyen itu.Lama kelamaan Hoseok pula bangun dari tidurnya.Terganggu dengan bunyi siaran televisyen yang makin aneh didengarnya.

"Apa kau ni,dah macam bahasa alien aku dengar siaran tv tu" Hoseok merungut.Dia kini sedang duduk bersila di atas katil.

Jimin mendapat satu idea yang bernas.Dia duduk menghadap Hoseok.

"Erm...Hoseok jom main nak?" Jimin mengajak.Bosan sungguh dia malam itu.

"Main apa?" Hoseok bertanya.

"True or Dare" Jimin tersenyum.

"Alah,malaslah" Hoseok kembali berbaring di atas tilam.Dia menutup matanya.

"Alah,alah.Jomlah main" Jimin merengek seperti anak kecil.Dia menarik tangan Hoseok untuk bangun bermain bersama.

Setiap kali Jimin memegang tangannya dia akan menepis.Namun Jimin tidak pernah berputus asa,dia mencuba sekali lagi.

"Aish!.Yelah aku main" Hoseok terus sahaja duduk berhadapan Jimin.Mukanya di masamkan.

"Yey!.Okay,mula-mula aku lepastu baru kau" Jimin memberikan arahan.Dia berdehem sebelum memulakan permainan.

"True or Dare?" tanya Hoseok.

"True" Jimin pantas sahaja memilih.

"Hurm...kau ada suka seseorang tak?" Jhope bertanya.Muka dia inginkan jawapan.

"Ada" ringkas sahaja jawapan Jimin.

"Siapa?" Hoseok mendekatkan dirinya dengan Jimin.

"R.A.H.S.I.A" Jimin mengeja satu persatu.

"Ceh,tak pe kau" Hoseok berkata.Merajuklah tu.

"Kau pulak,True or Dare?" Jimin berkata,mematikan topik yang berkenaan dirinya.

"Dare,aku bukan macam kau" Hoseok ketawa.Dia dengan bangganya mendabik dada.

"Eleh,okay.Aku nak kau.....cium pipi Namjoon" Jimin sudah tersengih seperti kerang wangi.Dia sengaja mahu menguji Hoseok.

"Yah!.Tak nak aku" Hoseok menolak.

Dirinya lelaki,Namjoon juga lelaki takkan dia tiba-tiba mahu mencium pipi kawannya yang sama jenis.Memang taklah.

"Hahaha..pondan" Jimin mengejek.Dia menjelirkan lidahnya.

"Aku bukan pondanlah!.Okay,aku pergi cium" bentak Hoseok.

Dia menarik tangan Jimin untuk pergi bersamanya.Mereka berdua keluar dari bilik menuju ke bilik Namjoon.

Sementara itu...

Di Dalam Dorm Jungkook & Hyu Na:

"Kau nak tidur mana malam ni?" Jungkook bertanya.

"Mana saya tahu,biar saya tidur kat atas sofa jelah" Hyu Na mengambil selimutnya.

"Takkanlah setiap hari kau nak tidur atas sofa" Jungkook berkata.

Walaupun dia itu kasar tapi dia tahu perasaan belas kasihan.Gadis tetap juga gadis,mesti sakit tulang belakang dia.

Haih dia ni,macam mana.Takkan aku nak offer dia tidur sekatil dengan aku.Katil dahlah ada satu,queen size pulak tu.Aduhai.

Jungkook kebingungan.Hyu Na yang sedang duduk di sofa di tenungnya.Dia melihat Hyu Na yang sedang sibuk menyelesakan diri di atas sofa.

"Kau tidur dengan aku jelah atas katil" Jungkook membuat keputusan.Dia mengeluh.

"Huh?.Tidur dengan awak?.Sekatil?" tanya Hyu Na bertubi-tubi.Matanya membulat.

"Yelah" Jungkook menjawab malas.Dia kini sedang berdiri di hadapan Hyu Na yang sedang duduk selesa di atas sofa.

"Tak payahlah.Saya tidur kat sini jer" Hyu Na menolak dengan sopan.Baru sahaja dia ingin baring dia terasa badannya seperti terangkat.

"Apesallah kau ni degil sangat" Jungkook mengangkat Hyu Na gaya 'Bridal Style'.Dia membawa Hyu Na ke katil.

"Yah!!.Lepaskan saya! Turunkan saya!!" Hyu Na menjerit.Dia memukul-mukul tangan Jungkook.

"Janganlah pukul! Kalau kau jatuh nanti macam mana?!" Jungkook memarahi Hyu Na.Tangannya dikemaskan semula.

"Hish!.Awak ni gatal sangat nak angkat saya ni kenapa?!" Hyu Na memuncungkan bibirnya.

"Dah kau tu degil sangat" Jungkook meletakkan Hyu Na di atas katil.

Hyu Na mendiamkan diri tidak tahu mahu melawan.Jungkook pula sudah baring di atas katil.Badannya menghadap di sebelah kanan katil.

"Ja..jangan berani sentuh saya" Hyu Na memberi amaran.

"Hurm" Jungkook menjawab.

Boleh percaya ke dia ni?

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Yow yow guys ^3^ cian Nam Joon/Rap Monster..haha.Ops,Jimin suka siapa ye?Hurm..???Okay Syaf nak ucap gomawo sgt kepada yang rajin vote & comment ♡(〃・・〃)♡ hehe..thanks guys,wait for the next chapter.Enjoy yourself,vote & comment ♥ ♥

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now