룸메이트 | 24

7.4K 590 25
                                    

Seperti yang dijangkakan,Jungkook masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang lebam-lebam.Hyu Na perasan riak muka Jungkook yang seperti tidak puas hati dengan sesuatu.Ekor mata Hyu Na hanya mampu melihat Jungkook yang sudah selamat berbaring di atas katil.

Televisyen yang dibiarkan terbuka di tutup.Selang beberapa saat dia mendengar dengusan Jungkook yang berada di atas katil.Walaupun Jungkook menutup mukanya dengan bantal,dengusannya masih lagi kedengaran.

Nampak sangat kes tak puas hati..

"Urm,awa..." belum sempat Hyu Na membuka mulut,Jungkook sudah memotong percakapannya.

"Jangan bercakap dengan aku" tegas sekali bunyinya.

Terbatal sudah niatnya.Baru hendak bertanya soalan,sudah diberi warning awal-awal.Hyu Na menggelengkan kepalanya melihat Jungkook yang menukar posisinya daripada menelentang terus jadi mengerekot macam bayi di sudut katil.Bunyi dengusannya masih lagi kedengaran.

Jungkook menumbuk-numbuk katil.Geram dengan perbualannya bersama ketua Winner.Asyik dirinya sahaja dipersalahkan.Benci tau!.Tidak pasal-pasal dia terpaksa mengeluarkan penumbuknya yang berharga itu.Dia masih lagi memikirkan perbualannya dengan ketua Winner.

Salah aku ke?Mungkin salah aku..

Jungkook tersenyum tawar dan perlahan-lahan air mata lelakinya jatuh.Sudah berkali-kali dia mempersalahkan dirinya tentang kejadian itu.Berkali-kali itu juga ommanya akan cuba mengatakan bahawa dia tidak bersalah.Kenapa ketua Winner masih menyalahkannya juga jika kejadian itu bukan salahnya?.

- f l a s h b a c k -

"Jungkook,Seungyoon nak jumpa kau.Aku tak tahu dia nak apa" Jimin berbual dengan Jungkook di hadapan pintu bilik.

"Habistu apasal badan kau lebam-lebam?" Jungkook menyoal.

"Kena pukul dengan geng dia lah" Jimin berkata sambil cuba menahan sakit.

"Erm,biar aku settlekan" Jungkook menepuk bahu kawannya dan berpaling ke arah Hyu Na.

"Hyu Na,tolong rawat budak pendek ni.Aku nak keluar"

Di Padang Sekolah:

Jungkook datang ke padang sekolah dengan perasaan marah bercampur geram.Geram sungguh dia melihat Seungyoon dan rakan-rakannya bergelak ketawa menggelakkan seseorang yang terbaring lemah di atas rumput.Sudahlah Jimin dipukulnya,Jin juga disepak dan diterajang di hadapan matanya.

"Hoi!.Kau dah kenapa?!" tengking Jungkook terus meluru ke arah Seungyoon.

Matanya penuh dengan aura kebencian.Jin yang terbaring lemah di atas rumput di tatap.Dia duduk di sebelah Jin dan cuba menolongnya untuk bangun.Belum sempat Jungkook memegang tangan Jin,seseorang telah menumbuk mukanya terlebih dahulu.

"Seungyoon,kenapa kau suka cederakan kawan aku?!" Jungkook bertanya dalam keadaan yang betul-betul tidak berpuas hati.

Seungyoon ketawa kecil.

"Disebabkan kau,adik kesayangan aku mati!.Disebabkan kau appa aku kahwin lain!" Seungyoon menjawab.

Hidupnya hancur kerana lelaki yang bernama Jeon Jeungguk.Setelah adik kesayangannya mati,ommanya pula pergi meninggalkannya yang masih kecil.Selepas beberapa bulan appanya berkahwin dengan seorang perempuan.Omma tirinya itu suka mendera dirinya di rumah.

Badannya sering menjadi mangsa apabila omma tirinya mengamuk.Sudah beberapa kali dia terpaksa menerima jahitan di satu dua tempat.Kerana omma tirinya!.Perempuan tak guna itu telah merampas kebahagiaannya!

"Jina mati bukan sebab aku!" Jungkook mempertahankan dirinya.

"Jina mati sebab kau!.Kau hancurkan dunia aku!.Kau rampas hidup aku!.Kau! Kau tak guna!!" Seungyoon terus menerpa ke arah Jungkook.

Sudah lama dia menderita.Sudah banyak kali dirinya merana.Sudah banyak kali dia dicemuh omma tirinya.Seungyoon benci!.Dia benci dengan dunia!.Dia benci melihat orang bahagia sedangkan dia menderita.Dia benci dua orang yang hadir dalam hidupnya.Jeon Jeungguk dan seorang perempuan.Perempuan itu sebaya dengannya.Perempuan itu adalah adik tirinya.

"Bagi balik Jina aku!"

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Sorry sangat sebab Syaf mengambil masa yang teramat lama untuk update story nii.Sorry beribu-ribu sorry.Okay,kesian Seungyoon kan >_< . Korang ingat lagi tak Jira?Kalau tak igt cuba cari balik dalam cerita ini.Rupa-rupanya Jira ada abang dan abang dia Seungyoon.Tapi apa kena mengena Jungkook dengan Seugyoon ni?Kenapa Seungyoon salahkan Jungkook sebab Jira mati?Kalau nak tahu kenalah tunggu..haha..okay that is.Luv u guys.Thanks sbb masih lagi setia baca buku Syaf.Arigatou Gozaimasu!

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now