룸메이트 | 32

1.5K 102 18
                                    

Song Hyu Na duduk di sebelah Miy Ra.Mereka berdua langsung tidak berbicara walhal sudah setengah jam mereka berdua berada di dalam wad itu.Masing-masing melihat kepala Kyo Mi yang berbalut.

Jung Hoseok pula duduk di luar wad.Tidak betah duduk di dalam wad itu lama-lama,itu alasan yang diberikannya.Setelah beberapa minit,Miy Ra menegur gadis yang berada di sebelahnya.

"Hyu Na,awak dah okay ke?" soal Miy Ra tanpa memandang wajah Hyu Na.

"Entahlah" bahu dijongketkan.

"Sabarlah,lama-lama Seungyoon mesti nak ikut awak balik.Awak jer keluarga dia sekarang ni"

"Mana awak tahu pasal benda ni Miy Ra?" Mendatar saja suara Hyu Na bertanya.

Miy Ra mendiamkan diri.Ditarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.

"Jungkook bagitahu" mata masih lagi terarah pada Kyo Mi.

"Owh"

"Bukan saya sorang jer yang tau.Diorang semua pun dah tahu jugak" sambung Miy Ra lagi.

Hyu Na meraup wajahnya.Tidak sanggup dia untuk berhadapan dengan Seungyoon lagi.Kalau dia ditampar lagi macam mana?.

Miy Ra yang perasan dengan tingkah laku kawannya bertindak dengan mengusap belakang Hyu Na.Pasti gadis itu dalam kebimbangan.Bimbang yang dia tidak sempat membawa abang tirinya itu untuk pulang ke rumah.

"Awak nak saya pujuk Seungyoon?" jatuh simpati dia terhadap Hyu Na.

"Tak,biar saya yang lakukan.Ini hal keluarga saya" Hyu Na menolak secara baik.

Hal keluarga aku,biar aku yang uruskan.

Miy Ra akur.
____________________________________

Jung Hoseok masih lagi duduk di luar wad Kyo Mi.Kejadian yang menimpa rakannya itu diimbas buat beberapa kali.Sedang otaknya ligat berfikir,dia tidak sedar tentang kehadiran seseorang di sebelahnya.

Bahu Hoseok ditepuk perlahan.Dia kembali ke alam realiti.Wajahnya diangkat untuk melihat siapakah yang menepuk bahunya.

"Dah lama kau dekat sini?"

"Kau ni Jungkook.Buat terkejut aku je" tangan diusap ke dada."Baru setengah jam aku dekat sini" jawab Hoseok.

"Kyo Mi macam mana?"

"Masih tak sedarkan diri lagi.Miy Ra dengan Hyu Na ada dekat dalam.Pergilah masuk" mata dipejam rapat.Mengantuk mungkin.

"Yelah,aku masuk dulu"

Jungkook bangun daripada tempat duduknya.Dilihatnya Hoseok yang kepenatan.Kesian pula.

"Wei,kau baliklah dulu.Suruhlah Eun Hee jaga Kyo Mi pulak"

Hoseok hanya mengangguk.

Jungkook menggelengkan kepalanya.Degil betul.Pintu wad di buka dan dia melangkah masuk.
____________________________________

Di taman hospital ;

"Kenapa awak bagitahu diorang semua pasal masalah saya"

Jungkook hanya berdiam diri.

"Jawablah!" Gadis itu meninggikan suaranya.

Masih sama.

"Apa masalah awak ni.." suaranya mulai serak.Tanda-tanda yang dia akan menangis.

"Aku bagitahu sebab nak tolong kau lah.Kau ingat kau sorang je boleh bawak Seungyoon balik?.Kau tak nampak ke dia benci kau sangat?.Sekurang-kurangnya kitaorang ada.Boleh tolong kau pujuk dia" terang Jungkook.

"Nak tolong?.Awak tak sedar ke apa awak cakap ni?.Dia pun bencikan awak jugakkan!" Api kemarahan jelas terpancar di wajah Hyu Na.

Jungkook hanya mampu mengeluh.Tidak mahu dia bergaduh dengan Hyu Na di tempat awam begini.Buat malu mereka berdua saja.

"Memanglah.Tapi benci dia tu tak berasas.Adik dia mati kemalangan,dia salahkan aku pulak"

Apa kaitan adik dia dengan awak Jungkook?.Apa kaitan awak dengan Jina?.

>>>>>>>>>>>>>♡<<<<<<<<<<<<<

Author's Note ;

Short update.Sorry sebab pendek.Entah bila nak habis story ni pun tak tahu.

Thanks yang rajin comment suruh update,cuma tolong faham keadaan author sekarang ni.Author ni tak sehebat author yang ada dekat luar sana yang boleh tulis ff bila-bila masa dan ada idea yang mencurah-curah.

Masa author tak banyak,dengan kelas tambahan lagi.Dengan kerja sekolahnya lagi.Otak ni dah tepu dengan macam-macam masalah.Mental atau fizikal dua-dua terseksa.

Maaf luah dekat sini.Have a nice day.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now