룸메이트 | 37

1.2K 76 22
                                    

Jeon Jungkook menolak kerusi roda yang diduduki oleh musuh ketatnya.Kalau tidak disebabkan kesabarannya yang tinggi,pasti musuh ketatnya itu sudah lama dia humban ke dalam tasik yang berdekatan.Masing-masing berdiam diri,hanya bunyi kasut Timberland Jungkook yang menapak kedengaran.

Di koridor hospital itu,jururawat sentiasa berulang alik daripada bilik pesakit.Ada yang membawa makanan dan ada yang menolak pesakit keluar daripada bilik mereka dengan menggunakan kerusi roda sepertinya.Setiap jururawat yang melintasinya pasti memberikan senyuman manis.Polisi hospital barangkali.

Apabila sampai sahaja di hadapan lif,Jungkook berhenti melangkah.Butang lif ditekan.Anak panah merah daripada tingkat tujuh terpapar di skrin.

"Lambatlah nak tunggu.Naik tangga jelah" rungut musuhnya.

Jungkook ternganga.Tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut hodoh musuhnya.Kerusi roda disepak dengan kuat.Musuhnya terdorong ke hadapan.Nasib baik tidak jatuh mencium lantai.

"Kau cakap senanglah!.Yang tolak benda alah ni aku,bukan kau!" Jungkook menyekeh kepala musuhnya itu.

"Hek eleh,aku kan kurus.Kau dukung jelah aku"

"Ei,kurus?.Macam badak jer aku tengok kau" Jungkook mencebik.

"Mata kau kan bermasalah.Semua orang kau nampak macam badak en?.Lupa pulak"

"Daripada kau tu.Kepala yang cedera ringan pun nak pakai kerusi roda.Padahal kaki boleh guna lagi.Kalau kau tak nak guna kaki kau,baik bagi orang lain.Bukan apa,kau kan tak reti menghargai" balas Jungkook bersahaja.

Kang Seungyoon mendengus.Tidak berpuas hati dengan ayat Jungkook yang sedikit sebanyak menusuk hatinya.

"Aku bukan tak reti menghargai dengan pemberian tuhan eh.Aku malas nak berjalan sampai tingkat lapan.Jauh pulak tu.Siapa suruh kau letak wad aku dekat tingkat dua" Seungyoon menggulingkan matanya.

Jungkook mengeluh.Ketika dia pergi bertemu Hyu Na untuk memberitahu berita gembira itu,dia terserempak dengan Jin.Apabila dia menceritakan pertemuannya dengan Seungyoon membuahkan hasil,Jin terus menelefon Hyu Na.Selang beberapa minit,dia diberitahu Jin supaya membawa Seungyoon ke wad ibu tirinya.

Hyu Na yang suruh katanya.Disebabkan 'kerana terpaksa aku relakan',Jungkook berpatah balik ke wad Seungyoon.Buang masa sahaja dia pergi ke tingkap lapan.Sempat juga dia menyumpah seranah gadis itu di dalam hati.

Sampai sahaja dihadapan wad Seungyoon.Dia masuk ke dalam.Pujuk punya pujuk,Seungyoon bersetuju untuk ke tingkap lapan.Namun dengan syarat,Jungkook harus mendapatkannya sebuah kerusi roda.Kalau tidak,dia tidak mahu pergi berjumpa dengan ibu tirinya.

Jungkook bergegas keluar mencari kerusi roda.Nasib baik dia terserempak seorang jururawat yang sedang membawa sebuah kerusi roda yang kosong.Dengan menggunakan wajah hensemnya,dia memujuk jururawat tersebut untuk memberikannya kerusi roda tersebut.

Akhirnya,jururawat tersebut akur.Kerusi roda bertukar tangan.Jungkook tersenyum kemenangan,bangga dengan diri dia sendiri.Tidak sangka pula taktik mengayat yang sering dia gunakan membuahkan hasil.(Sebenarnya jururawat tu akur dengan permintaan Jungkook sebab dia tak ada masa nak layan Jungkook.Banyak kerja lagi dia kena buat.Disebabkan Jungkook tak habis-habis mengayat,jururawat tu terus bagi)

Itulah sebabnya dia terpaksa menolak Kang Seungyoon yang masih cukup sifat ke tingkat lapan.Letih dia dibuatnya.

Ding!

Pintu lif terbuka.Jungkook terus menolak Seungyoon masuk ke dalam lif tersebut.Butang untuk ke tingkap lapan ditekan.Lif yang kosong itu memberikan mereka banyak ruang untuk menjauhkan diri.Jungkook bersandar di dinding kiri lif manakala Sengyoon mendekatkan diri pada dinding kanan lif.

MY ROOMMATE IS A BOY?! [DC]Where stories live. Discover now