🏠50🏠

2.1K 254 11
                                    

"Nara noona! Nara noona!"

Langkah Nara terhenti tatkala terdengar suara lelaki memanggil. Sudah pasti lelaki tersebut pelajar junior. Dia memanggil Nara dengan panggilan 'noona'.

Ketika ini, dia mahu pulang ke kelas kerana sudah tamat rehat. Byul, Jungkook dan Taehyung sudah pulang ke kelas terlebih dahulu. Ini pun atas permintaannya.

Katanya ingin berjumpa dengan Saem Himsio sebab nak minta ubat tahan pening darinya. Maklumlah, Saem Himsio merupakan guru bilik kesihatan sekolah. Semua ubat termasuk alat rawatan ada pada beliau. Nara pula, dari kelas tadi dia pening. Terasa mahu pitam!

"Nae?" Nara membalas panggilan lelaki itu. Pasti lelaki ini pelajar junior aras satu. Hanya junior aras satu sahaja memakai tag nama berwarna kuning

"Ada orang nak jumpa dengan noona di makmal komputer belakang blok E." Kata junior itu.

"Namja or yeoja?"

"Namja!" Nara mengangguk.

"Dia nak jumpa dengan noona sekarang ke?" Soal Nara lagi.

"Yes! Dia kata ada benda mustahak nak dibincangkan dengan noona." Balasnya.

"Nae, noona pergi sekarang." Junior lelaki itu mula pergi meninggalkan Nara. Nara mula melangkah lemah menuju makmal.

❤❤❤

~Kim Taehyung~

"Mana yeochin aku? Lepas rehat terus lesap tak masuk kelas? Dia ponteng ke apa?!" Aku menggaru kepala aku yang terasa gatal ini.

Mana Choi Nara ni?!

"Itulah. Kalau dia nak ponteng, mesti dia ajak aku punya. Tapi aku tak rasa dengan keadaan dia yang tak sihat dan lemah tu, dia masih lagi ada keinginan nak ponteng." Ujar Jungkook.

"Aku rasa Saem Himsio mengajar tadi. Pasti ubat tahan pening tu dia sudah berikan pada Nara." Kata Byul pula.

"Aku risau la. Dia demam, rehat tadi, dia makan roti je. Itupun tak sampai separuh. Aku takut ada sesuatu yang buruk berlaku pada dia." Keluhku. Fikiranku runsing memikirkan keberadaan Nara sekarang.

"Aku pun risau juga. Sudahlah sewaktu rehat dia jamah makanan sedikit sahaja. Dia tu perlu makan banyak. Takut pengsan!" Ujar Jungkook lalu rambutnya diserabutkan.

"Jomlah kita cari dia satu se—

"Nara ada dengan korang tak?" Kata kata Byul dipintas oleh suara seseorang yang datang secara tiba tiba.

"Bangtan?" Aku memandang pelik ke arah 5 orang rakanku. Apa yang mereka buat di sini? Bukan sepatutnya mereka balik dahulu ke?

"Aku tanya, Nara ada tak dengan korang?" Soal Hoseok. Serentak aku, Jungkook dan Byul menggeleng.

Kenapa Hoseok tanya macam tu?

"Korang tahu dia ke mana?" Soal Jin pula. Serentak juga kami bertiga menggeleng.

"Aku dah agak. Perempuan sundal bolong tu memang tak boleh duduk diam selagi dia tak memiliki Taehyung." Berkerut dahi aku mendengar kata kata dari Yoongi.

"Apa yang korang cakap ni?" Soal Jungkook curiga.

"Aku ada terdengar suara orang meminta tolong dari makmal komputer lama belakang blok E. Tapi aku biarkan saja. Aku takut tu bukan manusia." Jelas Jimin.

Aku hanya menaikkan sebelah kening meminta dia menjelaskan lebih lanjut cerita yang ingin dia sampaikan.

"Sewaktu loceng tamat sekolah berbunyi, aku baru saja habis melepaskan hajat dari tandas. Secara kebetulan pula, aku terdengar suara perempuan dan lelaki di depan pintu tandas. Aku curi curi dengar dan apa yang aku dengar ialah berjaya, kunci dan mampus." Jelas Jimin lagi.

"Jadi apa kaitannya dengan kes kehilangan Nara?" Soal Byul pula.

"Suara dan cara percakapan perempuan tu macam Hanee. Korang tak rasa ke—

"Kami gerak ke makmal dulu!" Tanpa berfikir panjang, aku dan Jungkook terus berlari ke makmal komputer lama meninggalkan Byul dan Bangtan di belakang.

Kalau ada apa apa jadi pada Nara, aku takkan lepaskan Jo Hanee.

"Nara! Kau ada kat dalam tak?!" Aku menampar kasar permukaan pintu kayu makmal itu berulang kali namun tiada sebarang sahutan yang aku terima. Senyap saja.

"Aku nak tendang pintu ni." Kata Jungkook penuh keyakinan. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang diikuti juga dengan Bangtan untuk memberikan laluan. Kaki kanannya di angkat tinggi lalu dia menendang pintu makmal. Malangnya, pintu itu tidak terbuka.

"Kita cuba bersama." Byul mula berdiri di sebelah Jungkook. Bersiap sedia untuk menendang.

Nasib sahaja dia mengenakan seluar tracksuit dengan skirt sekolah sama seperti Nara. Aku juga tidak ketinggalan turut join Byul dan Jungkook.

1...2...3!

Dam!

Dam!

Dam!

Dam!

Dush!!

Aku terus masuk ke dalam makmal dan mata aku tertancap kepada sekujur tubuh yang terbaring tanpa sedarkan diri.

"Nara!"

Aku menerpa ke arahnya lalu pipinya aku tampar perlahan.

"Nara bangun Nara." Aku menggoncangkan sedikit bahunya. Mukanya yang sudah berubah dua kali ganda pucat dari sebelumnya membuatkan aku air mataku jatuh setitis demi setitis tanpa dipinta.

Aku tak boleh lihat dia dalam keadaan begini. Aku sakit!

"Nara! Bangun la wey! Kau tak kesian kat aku ke?!" Jungkook menggoncangkan tubuh Nara kasar. Masih lagi dia tidak bangun.

"Kita bawa dia ke hospital sekarang ni. Aku takut benda ni melarat." Jin memberikan cadangan.

"Aku dan Byul pergi ambil beg dan buku sekolah Nara di kelas. Kau angkat dia pergi ke hospital dengan Bangtan dulu. Kita jumpa di sana." Arah Jungkook kepada aku lalu menarik tangan Byul keluar dari makmal itu.

"Sabar Nara!" Tubuh kecil Nara aku angkat lalu keluar dari makmal untuk menuju ke tempat parking diikuti juga dengan Bangtan.

Aku harap Nara okay

TBC

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now