🏠38🏠

2.4K 274 98
                                    

~Kim Taehyung~

Hari ini, aku balik lewat sebab nak buat kerja sekolah bersama dengan Choi Nara or we can call her my love?

Bukan aku saja yang join, ada lagi tiga orang yang turut serta iaitu Jungkook, Byul dan entahlah sorang lagi. Aku tak tahu pun.

Aku menunggu di hadapan pintu perpustakaan memandangkan kelibat yang ditunggu masih tidak kelihatan.

Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya Jungkook, Byul dan Nara tiba bersama dengan

Kim Hyun Bin?

Apa yang jantan durjana tu buat kat sini?!

Oh wait!

Jangan cakap yang dia—

"Hyun Bin join kita sekali tau!" Kata Nara bersama senyuman manisnya.

Izinkan aku mencarut.

SHIT!

Kenapa dia kena join group kami nak buat homework?!

Pengacau betul la!

"Korang semua memang nak jadi patung depan pintu ni ke?" Soal Byul seraya memecahkan lamunan tak terdugaku.

Kami semua melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Aku melangkah dengan muka yang cemberut. Aku rasa aku takkan aman kalau dia ada kat sini.

"Nara, nanti kalau boleh aku nak duduk sebelah kau. Senang sikit nak tanya soalan."

AKU BARU JE CAKAP!

"Tabahlah Taehyung. Nanti kau duduk sebelah kiri Nara ye. Aku duduk sebelah kau berhadapan dengan Byul." Jungkook menepuk lembut bahuku.

Nasib Jungkook faham keadaan aku sekarang ni. Kalau boleh, aku nak je humban Hyun Bin jatuh bangunan ni. Geram aku dibuatnya.

Sesampainya di meja, Nara mengambil tempat di tengah meja diikuti dengan Hyun Bin dan aku di sebelah Nara dan kami berdua saling menghadap. Byul berada di sebelah Hyun Bin dan Jungkook berada di sebelah aku. Juga saling menghadap.

Someone please cungkilkan biji mata Hyun Bin untuk aku.

"So, what subject we want to start?" Soal Nara.

"Akaun. Aku pening dengan tajuk yang berkaitan dengan bank." Kata Byul. Buku latihan akaun dia keluarkan dari beg sekolah. Begitu juga yang lain.

"Okay so, soalan apa yang korang tak faham?"

"Soalan 2." Balas Jungkook sambil tangannya menunjuk ke arah soalan yang dipilih.

"Nyatakan tiga jenis simpanan?" Soal Nara. Jungkook mengangguk.

"So simple. Simpanan biasa, simpanan semasa dan simpanan tetap." Jawab Nara. Jawapan yang diberikan olehnya aku tulis di ruang jawapan yang telah disediakan di dalam buku.

"Apa beza simpanan biasa dan simpanan tetap?" Soal Hyun Bin.

"Yang biasa tu macam kau. Sesuka hati je masuk kelas and keluar kelas. Yang tetap tu macam Nara. Tetap saja di dalam hati aku and tak boleh nak keluar selagi aku tak izinkan. Faham?" Aku membalas pertanyaan Hyun Bin sarkastik.

Pandai tak aku buat perumpaan tu. Tambah tambah perumpaan yang last. Itu fakta okay.

"Maaf, kau langsung tak menja—

"Perumpaan Taehyung tu betul."

Kami semua memandang ke arah Nara yang tiba tiba sahaja mencelah percakapan Hyun Bin. Aku sudah tersenyum senyum.

[C] MY HOUSEMATE | KIM TAEHYUNGWhere stories live. Discover now