"PANGGIL AKU PUAN! BERAPA KALI AKU NAK CAKAP?!!! " Jerkah seorang wanita berambut hitam ikal mayang kepada seorang kanak-kanak perempuan.
"Iya Pu...an... " Gementar kanak-kanak itu.
"Buat kerja ni! " Wanita yang menyuruh memanggilnya 'Puan' tadi menyampak penyapu kepada kanak-kanak perempuan tadi.
Kanak-kanak perempuan itu terus menyapu ruang tamu.
"Mak Jah! Nanti mop rumah ni! Jangan lupa, aku nak keluar sekejap!!! "Kata Puan dengan nada suara yang tinggi.
"Baik Puan. Tapi Puan, Tuan balik hari ini. " Mak Jah menundukkan kepalanya.
"Kata kat dia, aku keluar jumpa client. Settle! Itupun nak ajar ke?! " Kata Puan lalu keluar dari rumah dengan berpakaian baju dan skirt ketat.
"Annisa, biar Nek Jah yang buat. Annisa belum makan kan? Pergi makan... " Arah Mak Jah lalu mengambil penyapu yang ada di tangan kanak-kanak itu atau Annisa.
"Tapi, Puan tak kasi Annisa makan spaghetti. Dia kasi Annisa makan nasi dengan kicap je... " Terkebil-kebil mata coklat Annisa.
"Makan je. Nanti Annisa sakit perut... " Mak Jah menarik tangan Annisa ke dapur.
"Okay Nek Jah! Terima kasih, Ya Allah, murahkanlah rezeki Nek Jah... " Berdoa Annisa. Baru 6 tahun, hal ini kerana Mak Jah selalu mengajar Annisa tentang Islam.
"Dan murahkanlah rezeki Puan kerana sudi membela Annisa walaupun Annisa ni budak yang nakal... " Berdoa Annisa lagi.
"Aminnnnnn..... " Mak Jah mengusap mukanya dengan telapak tangan yang menadah tangan tadi. Mak Jah mengusap kepala kecil Annisa.
Ding... Dong...
Bunyi loceng berbunyi menandakan tetamu datang.
"Annisa duduk sini diam-diam tau, Nek Jah nak tengok siapa datang... " Mak Jah terus bergegas membuka pintu utama untuk melihat siapa ada di luar pagar.
"Annisa! Papa dah balik lah!!! " Panggil Mak Jah. Annisa berlari keriangan kerana ingin berjumpa dengan papa yang sangat dirinduinya.
"Annisa.... " Panggil Papa Annisa.
Annisa terus memeluk tubuh sasa papanya.
"Tuan Adam kata sampai petang, ni awal ni. Baru pukul 11 tengah hari. " Mak Jah hairan.
"Saja balik awal, nak jumpa anak kesayangan saya ni! Lama tak jumpa, Rindu! " Tuan Adam mendukung Annisa.
"Lauk dengan nasi belum masak lagi, spaghetti adalah. Nak makan ke? " Tanya Mak Jah.
"Saya dah makan tadi. "Kata Tuan Adam lalu mengeluarkan satu anak patung lalu diberikan kepada Annisa.
"Ni anak patung dari Jepun tau! Jauh papa bawa anak patung ni, Annisa jaga betul-betul tau. " Pesan Tuan Adam.
Annisa terus memeluk anak patung yang diberikan.
"Bila sampai Malaysia? " Tanya Mak Jah.
"Malam tadi, bermalam dekat hotel. " Jawab Tuan Adam.
"Saya ada belikan teh hijau untuk Mak Jah, dari Jepun tau. " Tuan Adam memberikan kotak berisi teh hijau kepada Mak Jah.
"Terima kasih, tuan. " Mak Jah berterima kasih.
"Mana Rania? " Tanya Tuan Adam.
"Puan Rania? Oh, dia pergi jumpa client. " Mak Jah terpaksa tipu Tuan Adam. Padahal, Puan Rania pergi jumpa dengan Mateen, skandalmya.
Tuan Adam hanya mengangguk kepalanya.
*****
"I sayang U tau. " Puan Rania menghirup arak Champagne.
"Kalau sayang, kawin dengan I. Tinggalkan lelaki tak guna tu! "Kata Mateen sambil memegang tangan halus Puan Rania.
"Tunggulah Si Adam tu mati dulu, Biar I dapatkan harta-harta dia dulu. Lepas itu, kita baru boleh buat majlis kawin kita glamour-glamour... " Puan Rania menatap mata kekasih hatinya.
"Budak tu? U nak bela ke? " Tanya Mateen.
"I tahulah nak buat apa dekat budak tu! " Puan Rania menyandang kepalanya di bahu Mateen sambil menikmati Champagne.
~To Be Continued~
VOUS LISEZ
ANNISA
Roman d'amourFirst Story of VelvetRosey: Nur Annisa Rachel, seorang gadis yang hidup dengan pelbagai cabaran... Bertemu dengan dua jejaka yang sangat memahaminya dan mula mencintai mereka. "The Stars Are Beautiful Tonight, I Wanna Marry Her. "-Alvin Jeffrey "Th...
