☏Chapter 7☏ Kill

Start from the beginning
                                    

Aydan yang mengenakan kemeja putih dan sarung tangan hitam itu jelas menampakkan aura kekacakannya.


"Kau.... nak tahu siapa yang bunuh si cengal?",tanya Aydan. Encik Merb menggelengkan kepala. Tak mungkin!


"Apa kau nak?",tanya Encik Merb. Haish lembap betullah dia ni. Aydan berasa geram.

"Kau.... ke yang.... bu... bunuh....?", Encik Merb tergagap-gagap untuk mengucapkannya. Sungguh dia tidak percaya bahawa lelaki yang bergelar si lembap ni adalah seorang pembunuh yang dicari oleh orang ramai.

Aydan ketawa. "Akulah yang bunuh", ringkas dan padat jawapan Aydan. Encik Merb menggelengkan kepalanya. "Tak... Tak mungkin! Mesti korang nak kenakan aku kan?!", marah Encik Merb.

Aydan tidak membalas pertanyaan Encik Merb sebaliknya dia mencucuk jarum picagari untuk mengambil darah ketuanya. "Susah betul nak percaya kan?Tapi memang akulah yang bunuh"

"Kau kan nak sangat jumpa pembunuh si cengal. Dah ada kat depan mata ni",Aydan mengeluarkan jarum tersebut dan simpan sampel darah Encik Merb di dalam satu kotak kecil berwarna putih.

Darah Encik Merb serta merta naik apabila nama si cengal terpacul keluar dari mulut Aydan. Sesungguhnya si cengal itu adalah teman rapatnya yang selalu berada disisinya. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa si cengal telah meninggalkannya.

"TAK GUNA KAU! SANGGUP KAU BUNUH DIA!",Encik Merb meronta-ronta untuk meleraikan tali yang mengikatnya. Mahu belasah sehingga lunyai sahaja. GERAM!


"Shhh... Jangan bergerak... sekali kau gerak, kau akan mati tau",Aydan meletakkan jari telunjuknya ke arah mulut Encik Merb.

"Kejap lagi kau akan bersama si cengal di Neraka",bisik Aydan ke telinga Encik Merb. Sungguh dia teruja untuk melakukan aktiviti rutin dia ni.

"By the way... Masa kau selalu ungkit tentang kedudukan aku sebagai pekerja kau... Kau nak tahu tak apa perkara pertama aku nak buat?",tanya Aydan.
Aydan pergi ke arah begnya untuk mengambil sesuatu.

Encik Merb mendiamkan diri. Dia ketakutan untuk bersuara. Aydan menoleh ke arah Encik Merb lalu tersenyum.

"Aku rasa nak jahit mulut kau",senyuman Aydan semakin luas hingga menampakkan garisan giginya yang putih. Tangannya ligat menegeluarkan barang jahitan bedah. Encik Merb sudah ketakutan apabila melihat jarum yang besar-besar itu.


"Kau jerit macam mana pun kau tetap akan mati di tangan aku", sengih Aydan. Tanpa ada belas ehsan, Aydan menjahit mulut Encik Merb. Sakit teramat!! Darah-darah keluar dari bahagian yang dijahit. Encik Merb berasa sakit sehingga juraian air mata keluar dengan deras.

Setelah beberapa minit sesi menjahit, akhirnya hasil tangan Aydan selesai juga. Badan Encik Merb sudah longlai kerana menahan perit. Apa aku kesah.

"Hmmm... Boleh tahan cantik aku jahit",Aydan berasa bangga melihat karya seninya. Macam jahitan mama.

Aydan melihat keadaan Encik Merb yabg sudah lesu. "Hei janganlah mati lagi",rengek Aydan. "Pertunjukan kita belum tamat lagi", sambungnya.

Encik Merb mahu bersuara tapi mulutnya dijahit. "Haa??? Apa dia? Tak dengarlah! ", Aydan mengajuk Encik Merb yang pernah melayannya sebegitu. Encik Merb menggelengkan kepalanya.

"Ha ah lah! Aku lupa yang aku jahit mulut kau!",Aydan menepuk dahinya. Aydan ketawa sekuat-kuatnya.

"Kau nak tahu... Aku ada seorang kenalan... Dia bukan kawan aku.. sebab aku benci dia", Aydan mengeluh berat. "Jadi aku bunuh dia", Aydan tersenyum apabila mengingati peristiwa itu.

"Dialah orang pertama aku bunuh..",Aydan mengguis lantai.

"Kau tak nak tahu kenapa aku bunuh dia?",tanya Aydan. Encik Merb menggelengkan kepalanya.

"Tak seronoklah kau ni... Baik aku bunuh kau je terus",Aydan berdiri dan cuba untuk mencapai tali yang diikat di leher Encik Merb.

Encik Merb segera menganggukkan kepala supaya Aydan tidak mencabut nyawanya. Aydan tersenyum puas. "Baguslah kau ni. Aku bunuh dia sebab dia sombong... Muka je kacak tapi perangai macam jahanam!", geram Aydan.

"Masa tu aku noob sikit.. Jadi aku banyak cuai. Dia hampir nak larikan diri. Tapi aku sempatlah bakar bilik dia",Aydan menghembus nafas lega.

"Aku tengok kat pak cik Google, gantungkan diri dapat mencabut nyawa seseorang dalam 10-15 minit sahaja.. Sebab tu aku buat teknik macam ni kat semua orang yang aku pernah bunuh",sambungnya.

"Eh banyak pula aku cerita kat kau. Tak boleh jadi ni. Kau kena mati dulu",Aydan berdiri dan memegang tali. Encik Merb ketakutan, dia merayu untuk dilepaskan. Posisi Encik Merb yang berdiri di atas kerusi. Aydan segera menolak kerusi tersebut. Encik Merb meronta-ronta seperti ulat beluncas.

Aydan ketawa terbahak-bahak melihat adegan tersebut.

3 minit

4 minit

6 minit.

"Dah tak bergerak?",Aydan menghampiri tubuh lelaki yang terapung di udara. Cepatnya dia mampus. "Aku patut tikam dia",Aydan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Dia mengemaskan barang-barangnya dan menghapuskan semua buktinya. Aydan bergerak meninggalkan Encik Merb yang tergantung bersama tali dan berlumuran darah di mulutnya.

☎☎☎☎
Hai selamat petang readers! Jangan lupa vote lepastu komenlah apa pandangan korang tentang pembunuhan yang Aydan lakukan kali ini 😉😉😉

Untuk yang curious siapa lelaki berbaju hitam pada permulaan cerita, bolehlah terus baca 🥰

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now