☏Chapter 2☏

381 36 2
                                    

Aydan membawa beberapa helaian kertas untuk disemak kepada ketua editor. Lama juga ketua itu merenung laporan yang Aydan bawa. Tak lama kemudian dia mengeluh.

"Awak salah buat data", Encik Merb menghulurkan helaian kertas itu semula.

Aydan menundukkan muka. Ah sial.



"Saya tahu awak sebenarnya boleh..Cuma typo sikit je", tegur Encik Merb. "Tapi saya dah habiskan masa satu malam untuk menyiapkan laporan ini", kata Aydan lemah. Pura-pura lemah.

"Apa dia?", Encik Merb membuat gaya seolah olah orang  pekak. "Err.. tiada apa-apa! Saya akan buat semula Tuan!", kata Aydan semangat.

"Hei.. dengar sini. Saya bukan nak berlagak tapi awak kenalah tahu kedudukan kita. Awak cuma orang bawahan sahaja. Awak tak layak sandang jawatan saya. Faham?", tali leher Aydan ditarik halus oleh Encik Merb.


"Fa.. faham tuan", Aydan masih menundukkan muka. Dalam fikirannya ligat membayangi cara Encik Merb perlu dibunuh.



"Saya tahu awak baru sahaja kerja di sini. Tak sampai sebulan, kan? Tapi saya harap awak tidak melebihi bataslah ya", sambung Encik Merb.

Aydan hanya mengangguk.

"Haish... Mana pula si Cengal tu.. nak kena pecat ke?! Menyusahkan aku je", bentak Encik Merb.


Kemudian Aydan keluar dari bilik ketua editor tersebut lalu menuju ke tangga kecemasan untuk naik ke tingkat atas sekali.


Aydan menendang tong-tong yang berselerak di atas bangunan itu. "TAK GUNA.  KAU TUNGGU JE AJAL MAUT KAU. AKU LUMAT DAGING KAU UNTUK KASI BURUNG MAKAN. KAU TUNGGU SAHAJA!", bentak Aydan kasar.

Tak lama kemudian dia tersenyum sinis. Dia mengeluarkan buku berwarna hitam dan menulis sesuatu lagi. Senyumannya tak lengkang dari bibir setiap kali menulis sesuatu dari buku tersebut.

Setelah habis waktu rehat.
Aydan menuju ke tempat duduknya. Matanya menangkap fail-fail yang berselerak di atas meja kerjanya. Dia memandang rakan sekerjanya yang sudah siap mahu pulang.

"Nak pergi mana?", tanya Aydan kepada lelaki itu. "Ah sorry sangat-sangat! Hari ini aku kena pergi ambil anak aku kat tadika. Kalau aku lambat, aku kena marah dengan isteri aku. Kau tolong siapkan kerja aku boleh? Kerja ni kena hantar sebelum habis waktu kerja!", kata Amir laju.

"Ah tapi aku kena...", Aydan tak sempat mahu habiskan kata, Amir sudah menghilangkan diri.

Tak guna.

Beberapa pekerja yang melihat adegannya memandang sinis.

Barangkali mereka mengejek aku. Bisik hati Aydan.

Jelek betul.

Aydan mengeluh memandang fail yang berselerak. Susahnya jadi baik.

Aku baikkah?

Mestilah aku baik. Aku bunuh semua orang jahat. Mereka semua jahat. Aku sahaja yang baik.

Kau tunggulah Amir.

Coretan Pembunuh ☏COMPLETE☏Where stories live. Discover now