Chapter 13-PERJUMPAAN PERTAMA

3.7K 97 1
                                    

12 tahun lalu.

Sejuk.

Kedinginan lantai mencengkam tubuhku. Aku memeluk lutut rapat ke dada. Kedengaran bunyi rantai besi berlaga. Sesekali aku mendesis apabila luka mengena permukaan lantai atau mengena pada rantai besi.

Tubuhku dibiarkan berbogel dan aku terus terbaring mengerekot menahan sejuk. Petir dan kilat sambung menyambung. Hujan lebat diluar pondok menambah kesejukan dan air hujan pula tempias masuk ke dalam pondok usang ini.

Sebiji lampu malap dipasang di tengah-tengah pondok bagi menerangi suasana. Mataku meliar ke sekeliling, mencari air untuk aku teguk. Kelihatan sebotol air tergeletak di atas meja. Aku berusaha untuk bangkit dari berbaring. Setelah itu aku usaha untuk merangkak ke meja.

Tiba-tiba kakiku tersangkut. Aku memandang ke belakang. Rantai yang berlingkar di kaki kiriku tersekat kerana rantai itu pendek aku tak boleh menggerakkan kaki ke hadapan lagi walaupun aku cuba berkali-kali. Aku mengeluh perlahan sambil memejamkan mata.

Aku usaha untuk mencapai botol air itu dengan sebelah tangan. Bunyi rantai kedengaran lagi tatkala aku menggerakkan tangan itu. Sikit lagi, Maya. Sikit lagi. Ucapku dalam hati. Aku cuba berkali-kali untuk mencapai botol itu. Apabila masih tak boleh, aku tarik lagi kakiku ke hadapan dan aku capai. Terasa perit di pergelangan kakiku akibat luka yang terhasil dari rantai besi itu.

Yes, dapat! Desis hatiku. Aku tersenyum lalu aku buka penutup botol itu. Air mineral yang cuma separuh aku teguk hingga habis dengan sekali nafas. Ahhhh, leganya. Aku tersenyum sendiri sambil mengelap baki air di bibir.

Kedengaran lagi rantai besi berlaga. Aku memandang ke arah kedua tangan yang terikat dengan rantai besi karat itu. Aku melihat kulit pada tangan kecilku. Tangan yang dulunya bersih sekarang penuh dengan luka dan kesan lebam. Penuh dengan debu dan kotoran tanah. Terdapat bintik-bintik merah akibat gigitan nyamuk dan semut. Laju saja air mataku mengalir.

"Ibuuuu.... tolong Maya..." ucapku sambil menangis. Tangisanku tenggelam dalam hujan lebat. Lutut aku dekatkan ke dada dan aku tumpahkan seluruh tangisanku. Aku meraung sekuat hati.

Aku patut bersyukur. Malam itu aku dibiarkan sendirian di pondok usang itu. Sekurangnya aku tidak disiksa oleh mereka itu. Sejak semalam mereka tak datang ke sini. Aku patut bersyukur. Tapi itulah, aku terpaksa menahan lapar dan haus kerana tiada apa yang ditinggalkan di sini. Hanya tubuh aku yang menjadi jamahan nyamuk serta semut api di pondok usang ini.

"Besar sangat ke salah aku? Kenapa aku diuji semacam ni?"

"Kenapa diorang siksa aku?"

"Kenapa mesti aku?!"

Aku menangis lagi. Dalam keadaan begini, pada siapa aku boleh minta bantuan? Pada siapa? Tak ada siapapun kat sini. Dan tak ada siapapun yang dengar jeritan aku.

Aku hilang. Aku betul-betul hilang arah. Tak ada siapa yang boleh bantu aku.

Sekali lagi aku meraung. Aku betul-betul dah tak tahan disiksa begini. Mereka perlakukan aku seakan-akan aku sudah tiada harga diri. Tiada maruah diri. Tubuh yang dahulu aku balut dengan baju kurung atau baju menutup aurat, rambut yang dahulu aku tutup ia dengan tudung, kini semuanya sudah dibiarkan terbuka. Apabila mereka datang, mereka pergunakan aku semahu mereka. Mereka siksa aku sehendak mereka. Apabila mereka marah, mereka lepaskan segala kemarahan mereka pada tubuh ini.

Apalah nasib aku. Seorang budak yang mentah dan malang. Kini tak ubah ibarat haiwan. Disiat hati, maruah dan tubuhnya tanpa perikemanusiaan. Sempat aku mengerling ke dinding pondok yang berdindingkan kayu. Terdapat sepuluh baris kecil yang diukir dengan batu di situ. Ini bermakna sudah sepuluh hari aku di sini. Dan aku masih lagi disiksa tanpa belas ihsan.

Daripada aku hidup macam ni, lebih baik aku mati je! Jerit hatiku.

Aku nekad. Aku tak sanggup untuk hidup lagi. Kalau hidup pun cuma untuk derita, lebih baik aku mati saja!

Mataku lantas meliar sekeliling pondok, mencari apa-apa objek yang boleh aku gunakan untuk aku ragut nyawaku sendiri. Mataku terus melekat pada botol arak yang tergeletak di lantai pondok yang berdebu. Aku tersenyum sambil mengelap baki air mata dan terus merangkak mengambil botol itu.

Botol itu aku hempas ke lantai hingga kacanya berderai. Perlahan-lahan, kaca itu aku gapai dengan tangan yang menggeletar. Bibir yang ikut menggeletar aku ketap rapat-rapat. Aku kuatkan semangat aku untuk ambil kaca itu dan letakkan ke leher. Perlahan-lahan aku tutup mata rapat, deras mengalir air mata yang berkantung di mata.

Tiba-tiba terbayang wajah ibu dan ayah. Aku terbayangkan senyuman mereka. Aku terus meletak semula kaca itu ke lantai. Aku tak boleh! Aku tak boleh! Ibuuu... Maya tak boleh! Maya tak sanggup!

"APA AKU NAK BUAT??!!!" Jeritku kuat. Aku menjerit dan meraung sekuat hati. Tiba-tiba datang pula bayangan segala siksaan yang mereka lakukan padaku. Terbayang bagaimana jijiknya saat aku diragut dara buat pertama kalinya. Aku menjerit lagi sekuat hati.

Aku nekad. Aku betul-betul nekad. Tak ada siapa yang boleh bantu aku sekarang ni kalau bukan diri aku sendiri. Aku tak nak rasa sakit lagi. Cukuplah. Aku tak sanggup!

Kaca itu aku ambil dan aku genggam kuat. Aku kuatkan hati dan perasaanku lalu aku angkat kaca itu ke leher. Bibir aku ketap kuat dan mata aku pejam rapat-rapat. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku tekan kaca itu pada permukaan kulit di leher.

"Kau tak perlu bunuh diri kau," bisik satu suara. Aku yang terkejut terus membuka mata.

"ARGHHH!!!!" Aku menjerit kuat. Kaca di tanganku aku campak dan aku merangkak laju menjauhinya. Aku mengerekot rapat ke dinding. Mataku terbuntang melihat susuk tubuh itu.

"SIAPA KAU?" Jeritku kuat. Mataku membulat memandang ke arah sebatang tubuh seperti tubuhku sedang tersenyum mendengar kata-kataku. Tubuhnya juga berbogel tidak berpakaian, tapi nampak elok tanpa kesan luka atau apapun.

"Aku adalah kau," jawabnya sambil tersenyum. Aku menggelegkan kepala.

"Tak... tak. Aku... a.... aku tak kenal kau. Ahhh... aku... aku dah gila ke? Aaaahhhh... takkk. Kau bukan aku... bukan..." aku mengetuk-ngetuk kepalaku. Adakah aku berhalusinasi? Dia cumalah bayangan aku saja, kan?

"Ahahahahahaahah...." dia tertawa kuat lantas berjalan mendekati aku. "Kau perlukan bantuan dan aku datang untuk membantu kau."

"Kau... kau siapa? Tak ada siapapun kat sini. Aku... aku pun tak kenal kau. Siapa kau sebenarnya?"

"Kalau tiada siapa kat sini.. maksudnya aku..?"

Mataku terbeliak. Mungkinkah dia... hantu?

"Tolong... tolong jangan kacau aku. Tolonglah. Jangan makan aku. Tolongg..." aku menekup kepala ke bawah. Tubuhku menggigil menahan rasa takut.

Tiba-tiba terasa seseorang menyentuh kepalaku. Diusap kepalaku lembut dan terdengar ketawa halus darinya.

"Aku bukan nak makan kau. Aku datang untuk tolong kau."

Aku mengangkat kepala memandangnya. Dia yang juga berwujud dalam wujudku tersenyum memandang aku.

"Kau boleh tolong aku?"

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now