CHAPTER 5: LAMARAN

6.6K 111 4
                                    

"Sayang!" ucapku separuh menjerit lalu aku berlari-lari anak mendapatkan lelaki separuh abad yang baru saja keluar dari perut kereta Vellfire berwarna hitam. Lehernya aku rangkul kemas sebelum satu kucupan singgah ke pipinya.

"I miss you sooo much!"

"Me too. But. Not here, honey. Sini terlalu terbuka. Come," ucapnya lalu mengajak aku masuk ke keretanya.

Apabila aku masuk, pemandunya menutup pintu itu dan kereta mula bergerak meninggalkan kawasan parking penthouseku.

Setelah masuk ke dalam perut kereta, pinggangku lantas ditarik ke dalam pelukannya. Sebelah tangannya pula mula menyengetkan kepalaku dan wajahnya kian mendekat.

"Sayang... Ada driver youlah," aku menepuk pipinya lembut. Datuk Azhar hanya ketawa kecil.

"Tadi lama ke you tunggu?"

Aku menarik muka masam. Pautan tangannya pada pinggangku aku lepaskan perlahan sebelum aku memeluk tubuh.

"Setengah jam. Lama tahu tak!"

"Alaaa... Merajuklah tu...."

"You memang tak sayang I kan sebenarnya. You buat I rindu lama-lama, lepas tu you buat I macam tu. Sampai hati..."

"Alaa... Alaaa... Alaaa..." pinggangku kembali ditarik semula dan tubuhku disandarkan pada tubuhnya dan dia memelukku erat. Aku menahan rasa mual dipeluk sebegitu.

"Sayang..." rambutku yang menutupi bahagian kiri wajahku mula diselak ke belakang. Aku sempat mengerling ke arah cermin pemandu. Khai, pemandu Datuk Azhar sedang memandang sambil menelan air liur.

"I pun rindu you sangat-sangat tau. Rindukan you. Rindukan... Haruman you..." Datuk Azhar menarik nafas panjang di leherku dan dilepasnya perlahan. Aku terus menarik tubuhku dari dipeluknya dan berpusing menghadapnya.

"Apa bukti you rindu I?"

Wajahku masih mencuka. Datuk Azhar mula mengoyak senyuman.

"I ada surprise untuk you."

"Surprise? What?"

"Taraaaaaa..."

Satu beg kertas dikeluarkan dari belakang tubuhnya. Mataku membesar melihat beg kertas itu.

"Surprise dari Milan. Untuk you!"

"Wahhh!!!" aku terus mencapai beg kertas itu.

"What is it?"

"Bukaklah. Baru tahu."

Aku terus melihat ke dalam beg itu sedangkan Datuk Azhar pula meletakkan dagunya pada bahuku yang terdedah. Dia mengusap-usap perlahan kedua-dua bahagian atas tanganku. Aku cuba menahan rasa geli geleman.

Sebuah kotak kecil aku keluarkan dari beg kertas itu. Aku toleh padanya dan satu senyuman aku hadiahkan sebelum aku membuka kotak berwarna merah hati itu.

"Cincin?" soalku padanya. Aduhhh... Janganlah. Takkanlah dia nak melamar aku lagi.

"Jom kahwin, sayang..." bisiknya perlahan di telingaku sebelum memperketatkan pelukannya. Aku pula menelan air liur.

"Datuk..."

"Apa pulak datuk-datuk ni, sayang..." bahuku dikucup sekali.

"Sayang... I.... I..."

"Kenapa?"

"You tahu kan... I tak boleh..."

"Tak boleh apa? Apa dia, sayang?"

"I tak suka jadi isteri nombor dua. You tahu, kan?"

"Kenapa? Isteri nombor dua pun isteri jugak. Lagipun, kita akan halal dan kita boleh jumpa bila-bila masa je tanpa perlu sembunyi-sembunyi."

Pelukannya cuba aku lepaskan tapi semakin erat pula aku rasa.

"Lagipun... I nak ada zuriat dengan you..." bisiknya lagi.

Aku sempat menggulingkan mata ke atas lalu menangkap pandangan mata dari Khai. Dia cepat-cepat menoleh ke arah lain apabila mata kami bertembung.

Khai... Dia selalu memperhatikan aku macam tu. Walaupun aku selalu berjumpa dengan dia setiap kali aku berjumpa dengan Datuk Azhar, tapi kami tak pernah bersapa. Jauh sekali berbual.

Aku melihat tangan sasa yang erat memegang stereng kereta. Tangan itu nampak berurat dan berotot besar. Aku menjeling pada bahunya yang kekar itu pula. Dan pandanganku naik keatas pada rahangnya yang cantik terbentuk.

"Kalau macam ni... Sesuai jugaklah untuk berkahwin dengan aku..." bisik aku dalam hati.

"Sayang... You dengar tak ni?"

Aku menutup semula kotak cincin itu lalu memberi padanya semula.

"Eh, kenapa ni?"

"Macam I cakap, I tak nak jadi isteri nombor dua," jawabku. Kedengaran Dato' Azhar mengeluh perlahan.

Aku tahu, dia takkan lepaskan isterinya itu. Sebab semua harta dan perniagaan yang dia dapat adalah dari isterinya itu. Kalau dia lepaskan isterinya, dia takkan dapat walau satu sen pun. Lagipun, isterinya masih pemilik syarikat yang dia usahakan.

"I boleh lepaskan dia, asalkan you sanggup hidup dengan I. You sayang I, kan?"

"Sayang... What wrong with you?"

"What? Betullah. I sanggup je hilang semua harta I. I sanggup hilang syarikat-syarikat I. Kalau I boleh dapat you."

Dah gila ke orang tua ni?

Kedua tanganku memegang kepalanya.

"Yes, I love you! I really love you. But no need, sayang. I'm here, right? I memang dah ada dengan you. Apa yang you nak risaukan? Takkanlah you nak rosakkan hidup you untuk I. Semua yang you dah korbankan. Masa you, tenaga you untuk syarikat tu. No, sayang. You tahu kan, I sayang you sangat-sangat."

"Kalau you sayang I sangat-sangat. You jadi isteri I. I akan bagi segalanya yang you nak. Segalanya."

"You know what I really need. I just need your love. Your attention. Tapi I tak nak jadi isteri nombor dua. I tak nak orang panggil I perampaslah, pisau cukurlah. I tak nak, sayang. I pun sedih sebab hubungan kita macam ni. Tapi, apa yang I boleh buat? Sayang, you ada dengan I pun dah cukup," jawabku lagi. Datuk Azhar menarik aku rapat ke pelukannya. Aku hanya menurut.

"Ok, I ikut, I ikut. Anything you say, I akan ikut. I cuma nak you tahu yang I sayang you sangat-sangat."

"I tahu..."

"But this..." kotak itu dibuka dan cincin itu dikeluarkan. "... Yours."

Cincin itu disarungkan pada jari manisku. Aku tersenyum melihat cincin bertahtakan berlian itu. Cantik. Cantik sangat.

"Ni bukti bahawa I sangat sayangkan you," ucapnya lagi sebelum belakang tanganku dikucup sekali.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now