CHAPTER 8- RASA SEDAP

6.6K 97 0
                                    

Bukk!!

Sekali lagi bunyi benda terjatuh kedengaran dari tingkat atas. Aku merengus geram. Dia ni asyik bising je dari tadi. Aku terus memanjat tangga naik ke tingkat atas.

"Apa yang you bising sangat ni?" Soalku setelah membuka pintu bilik. Kelihatan meja di tepi katil sudah terguling di atas lantai. Habis bersepah gelas dan baki spaghetthi yang aku baru aku berikan sebelum aku pergi tadi di atas lantai.

Aku berdiri memeluk tubuh sambil melihat Luqman yang cuba untuk melepaskan diri. Dia menjerit-jerit tapi suaranya tak terkeluar kerana aku sudah menyumbat mulutnya dengan kain dan mengikat tangannya supaya tak bergerak.

"Sayang, one more thing yang you kena tahu pasal I, I paling benci orang buat sepah-sepah macam ni," ucapku perlahan, tapi tegas.

"Dan you tahu kan macam mana I kalau marah? Ke you tak tahu lagi?"

Luqman meronta-ronta. Dia seperti hendak berkata sesuatu. Aku terus membuka ikatan pada mulutnya dan menggeluarkan gumpalan kain dari mulutnya itu.

"TOLO..."

Pang!

"HEI, DIAMLAHH!"

"Lepaskan akulah! Lepaskan aku! TOLONG!!!"

Pang!! Aku menampar dia sekali lagi lalu menarik rambutnya hingga dia terdongak ke atas.

"KALAU KAU BISING LAGI, AKU TAK TERAGAK-AGAK UNTUK TOREH-TOREH LIDAH KAU TU! FAHAM!!"

Aku terus menolak kepalanya kuat. Gelas kaca yang bersepah di atas lantai aku ambil lalu aku tunjukkan ke arahnya.

"NAMPAK NI? JANGAN INGAT AKU TAK BERANI!"

"PEREMPUAN GILA!" Jeritnya kuat. Mataku sudah mencerlung melihatnya. Aku terus naik ke tubuhnya lalu menarik rambutnya hingga dia terdongak.

"GILA? HA? GILA? SIAPA YANG GILA? ENGKAU KE AKU? KAU DAH LUPA APA YANG KAU BUAT KAT AKU DULU? KAU NAK AKU INGATKAN SEMULA KE APA?"

"LEPASKAN AKULAH! LEPASKAN AKU!"

"Aku cuma akan lepaskan kau lepas kau jadi mayat je..." ucapku perlahan. Wajahnya aku usap perlahan. Kaca yang berada di tangan kananku aku leretkan pada wajahnya itu. Terbentuk satu garisan berwarna merah pada wajah itu.

"ARGHHH!!!! SAKITLAH!!!"

"Sayang.... you tahu? Betapa bencinya I dengan muka you ni?" Ucapku lagi.

"Kalau ikut hati I, I nak robek-robek kulit muka you ni. Tak pun I nak bakar je muka you ni hidup-hidup. Tapi, I tak nak you mati," sambungku lagi sambil merenung dalam matanya yang berair itu. Wajahnya hanya seinci dari wajahku.

"Kalau you mati, siapa nak teman I?"

"Lebih baik aku mati dari aku kena hadap perempuan gila macam kau!"

Aku menarik kuat rambutnya ke belakang. Nafasku laju kerana marah.

"GILA? AKU GILA? HA?! KAU SEDAR TAK APA YANG KAU CAKAP NI?!"

"Ya, kau gila! Psiko! Patutnya dulu kau mati je! Patutnya dulu aku bunuh kau terus!"

Nafasku termengah-mengah menahan rasa geram dan marah yang membuku di dada. Datang imbasan memori kelam suatu ketika dahulu.

.....

"Horayy!!! Harini kita party!!!" Jerit seorang lelaki yang duduk di ruangan hujung bilik itu sambil menjulang botol arak. Sahabatnya di sebelah lantas dipeluk dan dicium pipinya. Terus sahabatnya menolak mukanya menjauh.

"Arghhh!!! Najislah kau!"

"Hahahahaha. Aku sayang kau, Am. Aku sayang kau. Ahahahah..." dia masih menarik tubuh sahabatnya itu dan mahu dipeluk dan diciumnya. Kawannya berusaha menolak tubuh lelaki itu yang semakin menghimpitnya.

DUNIA BATINKUWhere stories live. Discover now