"Ehem, ehem." Faron berdehem bagi membetulkan suaranya yang telah digunakan berkali-kali untuk berlatih. Olivia yang berada di sebelahnya turut melakukan perkara yang sama.

Reuben dan Lydia yang merupakan pemain gitar kami pula boleh bermain-main di belakang. Mayu juga tidak terkecuali.

Amboi, tidak risau langsung. Aku ni yang kecut perut bagai nak rak walaupun hanya jari sahaja yang akan bergerak nanti. Mayu itu lagilah, dia akan menggunakan segala udara yang ada untuknya meniup seruling. Tapi pemain yang pro lah katakan, apa yang dia kisah.

Justin dan Talha pula sibuk memberikan kata-kata semangat kepada Min Hyuk yang dari tadi berdiam diri di sudut ruang itu. Jarang sekali aku dapat melihat wajahnya yang sedikit ketakutan. Bukankah dia seorang yang sentiasa serius?

"Wah, sungguh hebat kumpulan tadi ya? Selepas ini kumpulan siapa pula?" Suara pengacara majlis mula bergema setelah kumpulan Aesthetic Sketch menghabiskan persembahan dengan penuh hebat sekali.

"Kini tibalah masanya kita menjemput kumpulan.... The Blue Silhouette!" Pengacara kedua pula berkata. Tepukan gemuruh dapat kami dengari dari belakang pentas dengan penuh gamat.

Justin bangkit sambil menepuk bahu Min Hyuk berkali-kali. "Guys, that's our queue." Ujarnya.

♪♪♪♪♪

Sebaik sahaja Olivia dan Faron memunculkan diri di atas pentas melalui sudut yang berlainan, jeritan dan tepukan dapat kami (pemain alat muzik) dengari. Terutamanya para gadis. Jerit macam nak tercabut anak tekak.

Antara jeritan yang memuaskan hati aku ialah, "Tak sangka salah seorang duet terbaik sekolah termasuk dalam kumpulan ni. Menanglah mereka kalau ada Olivia dan Faron!"

Dan juga ini, "Kesianlah Ethan sebab penyanyi dia dah kena rampas."

Benda yang paling penting untuk aku sekarang ialah melakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh dan kalahkan kumpulan Cloud Speaker agar Ethan tidak mengikuti aku ke mana-mana.

Apabila semua sudah mengambil posisi masing-masing, kebingitan dewan mula menghilang. 

Oleh itu, persembahan kami dimulakan dengan ketukan drum sticks yang dipegang oleh Min Hyuk. Selepas itu, barulah kami mengambil giliran untuk menunjukkan kemahiran masing-masing. Aura gembira mula menyelubungi kami. Lagu kami semakin lama semakin rancak.

Nyanyian dimulakan oleh Olivia yang sedang duduk di atas sebuah buaian khas yang telah dihias oleh kami. 

"Do you remember, how life turn us around..." Mulanya dengan suara yang penuh gemersik.

"You wish upon the stars, to hum a lovely sound..." Faron pula menyambut dengan suaranya yang menyentuh hati setiap pendengar.

Olivia bangun dan mendekati Faron yang bersandar segak pada piano yang dimainkan olehku. "Do you remember, how I hold your hand..."

"You wish on the moon, to search for a place to land..." Sambung Faron sebelum berdiri tegak dan menghampiri Olivia.

Okey, kalian memang dengar lagu ni macam pelik mula-mula sebab ini kan permulaan. Lagu ini digubah oleh mereka sendiri bersama aku. Sungguh, kalau dengar sampai habis memang merdu!

Apabila lagu mula memasuki melodi serius, pendengar-pendengar sambung menjerit semula. Suara Olivia dan Faron memang tiada tolok bandingnya!

Dalam kegamatan itu, aku berpeluh-peluh disimbahi cahaya dari atas yang fokus kepada kami. Kalau ada air cond tapi cahaya tu hala ke arah kami sahaja, memang boleh buat orang bahang oi.

Nak je jari-jemari aku ni terseliuh akibat licin. Tapi nasib aku pakai sarung tangan supaya memudahkan aku untuk grip papan piano.

Dengan sorakan dan kemahiran ahli kami, aku pasti kami ada peluang untuk menjulang piala.

♪♪♪♪♪

Selepas makan tengah hari, mengambil gambar, berehat dan maam-macam, akhirnya kami diseru untuk ke dewan semula bagi acara pengumuman pemenang. Sebelum memasuki dewan, Ethan sempat menahan aku dan menarikku ke tepi dewan.

"Good luck sweetie. You're doing great." Katanya padaku bagai kami betul-betul pasangan yang bercinta. Tersenyum-senyum sahaja dia memandang aku.

Aku tidak memandangnya penuh tetapi menjelingnya sekali-sekala sahaja. "You too." Balasku acuh tak acuh. Nanti tak pasal-pasal dia meroyan di sini, aku pula yang susah.

"Awww!" Ucapnya dan hampir memeluk aku. Aku segera menyalam tangannya (ini tindakan refleks) dan berlari memasuki dewan. "Jumpa lagi." Aku sempat menjerit.

Terpinga-pinga dia di situ. "Eh?"

Sewaktu di dalam dewan, kami diarahkan untuk duduk dalam kumpulan. Pentas sudah dibersihkan dan kelihatan empat orang juri berada di atas pentas sambil duduk dengan selesa di atas sebuah sofa panjang. Seorang wanita anggun melangkah masuk.

"Lady Beatrix?" Bisikku pada Faron. Dia mengangguk tanda membenarkan persoalanku.

Lady Beatrix, seorang wanita yang sangat baik hati dan sering membantu pelajar-pelajarnya dalam kesusahan. Untuk pengetahuan semua, beliaulah pengasas Muzika Melodia. Kewujudan sekolah ini adalah hasil usahanya yang bijak dalam menubuhkan sekolah-sekolah elit.

"Baiklah, saya akan mula mengumumkan para pemenang. Mohon bersedia." Tuturnya tenang.

Jantung kami masing-masing berdegup lagu. Mayu sudah menggenggam tanganku kuat-kuat. 

"Kumpulan pertama yang dapat melepasi peringkat pertama ialah... The Flower Garden."

Bersungguh kumpulan itu menjerit sebaik sahaja nama kumpulan mereka diumumkan. Melihatkan tujuh orang daripada ahli kumpulan mereka yang berjantina perempuan, bertambah-tambah bingitlah mendengar suara mereka yang kecil itu.

Please, please, please. Aku nak sangat menang! Tolonglah kami, tuhan!

"Kumpulan kedua yang melepasi peringkat ini ialah...."

Dup, dap, dup, dap.

"Cloud Speaker!"

Terdiam kami di situ. Kumpulan yang terdapat Ethan sebagai ahli kumpulannya bersorak gembira. Walau mereka bergembira di situ, aku tidak dapat melihat Ethan berada di tempat duduknya. Dia tidak kisahkah terlepas saat ini?

"Uso (tipu)! Tak mungkin..." Mayu berkata dengan mata yang sudah berair.

"Kita ada Livy dengan Addy kot!" Laung Lydia yang memandang kami tidak percaya.

Faron sempat mengetuk kepala gadis itu dengan perlahan. "Boleh jangan bagi nama pelik-pelik dekat aku dengan Liv boleh tak?"

Aku tersentak, terpempan, terdiam... Semua ada. Tak akanlah! Aku langsung tak percaya.

Kami.... Kami... Kami kalah?!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now